Menu Utama

   WebLog PakLang Al-Azhary
 & Kroni

Paklang's profile




Tanda Buku Lawatan

Bunyi latar & Tag Mesej

Midi , Lagu & Radio

<bgsound src="http://geocities.com/mustanni/kennyg2.mid" loop="true">


<a href='http://cybermedia.mmu.edu.my/ext/ikimfm.asx'>Play Radio IKIM.fm</a>
(klik play)

                      TagBoard

Nama Anda

Web atau Mail-E Anda

Messages(emoticon)

Antara Coretan² Lalu

  • Gejala Sosial- Realiti Malaysia
  • Rahmat Ramadhan
  • Untuk Apa Wakil Amerika Hadiri Perbicaraan Lina Jo...
  • kekejaman israel zionis laknatullah
  • Terhina akibat perbuatan sendiri !
  • Cerita lengkap seorang pengunjung hadir di Hotel C...
  • Apakah Kita Perihatin Sebagai Ummat Islam ?
  • Takziah Untuk Keluarga Allahyarham Emy @ Sri Syarm...
  • FINAS jangan gadaikan maruah masyarakat Malaysia
  • Jangan peluk cium, jadi pelacur ok
  • Arkib Coretan Kami

  • 06/2003 - 07/2003
  • 07/2003 - 08/2003
  • 08/2003 - 09/2003
  • 09/2003 - 10/2003
  • 10/2003 - 11/2003
  • 11/2003 - 12/2003
  • 01/2004 - 02/2004
  • 04/2004 - 05/2004
  • 05/2004 - 06/2004
  • 06/2004 - 07/2004
  • 08/2004 - 09/2004
  • 09/2004 - 10/2004
  • 10/2004 - 11/2004
  • 11/2004 - 12/2004
  • 12/2004 - 01/2005
  • 01/2005 - 02/2005
  • 02/2005 - 03/2005
  • 03/2005 - 04/2005
  • 04/2005 - 05/2005
  • 05/2005 - 06/2005
  • 07/2005 - 08/2005
  • 08/2005 - 09/2005
  • 09/2005 - 10/2005
  • 10/2005 - 11/2005
  • 01/2006 - 02/2006
  • 04/2006 - 05/2006
  • 05/2006 - 06/2006
  • 07/2006 - 08/2006
  • 08/2006 - 09/2006
  • 10/2006 - 11/2006
  • 03/2007 - 04/2007
  • Current Posts

  • Permata Mukmin

    Tidak Aku jadikan jin dan manusia malainkanuntuk pengabdian kepada-Ku. Aku tidak mengkehendaki rezki sedikitpun daripadamereka dan Aku tidak mengkehendaki supaya mereka memberi Aku makan.”
    - Surah az-Zariyat: ayat 56-57.

    Laman Cetusan Ilham PakLang Hak Cipta Terpelihara 2003-2004-Weblog-

    This page is powered by Blogger. Isn't yours?

    Current Idol


    Jika Aku Jatuh Cinta

    Wednesday, July 30, 2003

    Ya Allah
    jika aku jatuh cinta
    cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu
    agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu

    Ya Muhaimin
    jika aku jatuh hati
    izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu
    agar tidak terjatuh aku
    dalam jurang nafsu......

    Ya Rabbana
    jika aku jatuh hati
    jagalah hatiku agar tidak berpaling daripada hatiMu

    Ya Rabbul Izzati
    jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu...

    Ya Allah
    jika aku menikmati cinta kekasihMu
    janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu

    Ya Allah
    jika aku jatuh hati pada kekasihMu
    janganlah biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu

    Ya Allah
    jika Kau menghalalkan aku merindui kekasihMu
    jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi
    hanya kepadaMu ....... Amin Ya Robb


    - wahashtini as always-
    shams_adawiyah


    assalamualaikum....

    Monday, July 28, 2003


    juSt iNTRO !


    Kesetiaan sejati

    Assalamualaikum warahamtullaahi wabarakatuh..>

    semoga sejahtera semua...
    Di ketika kemalasan melanda dan kekontangan idea melebari minda, teringat pula saya akan beberapa buah artikel lama saya di dalam group yahoo yang belum terdelete dalam simpanan emel saya.
    Saya rasa elok juga jika dinukilkan ke dalam blog ini artikel saya itu memandangkan topiknya pun lebih kurang ada sikit sebanyak kaitan dengan topik sebelum ini...

    sekadar mencuri masa untuk mencoret sesuatu yang
    terlintas...kesetiaan..

    Berkata ummu salamah kepada abu salamah pada suatu hari:( aku
    dikhabarkan (hadith) bahawa mana2 lelaki yg kematian isterinya dan
    tidak berkahwin selepas itu lalu ditaqdirkan kedua-dua mereka adalah
    ahli syurga pula, maka mereka akan disatukan di dalam syurga nanti,
    dan begitu jugalah sekiranya si isteri yg mati dahulu... oleh itu
    marilah kita berjanji agar engkau tidak akan berkahwin jika aku mati
    dahulu dan aku pun tidak akan berkahwin jika engkau mati dahulu)
    Lalu jawab abu salamah:Apakah engkau akan mentaatiku ?
    balas ummu salamah:Aku tak minta perjanjian tadi melainkan untuk
    mentaati engkau.
    kata abu salamah:Jika aku mati dahulu.. maka berkahwinlah!.. lalu ia
    berkata lagi :Ya Allah kurniakanlah bagi ummu salamah selepas
    kematian aku seorang lelaki yg lebih baik daripadaku yg ia tidak akan
    mendukacitakan dan menyakitinya.

    Berkata ummu salamah dalam hatinya tatkala matinya abu salamah:
    (siapakah agaknya si lelaki yg lebih baik bagiku daripada abu
    salamah ? ... lalu tak berapa lama kemudian datanglah rasulullah!! -
    sebagai suami/lelaki yg lebih baik itu..!-

    Fenomena perkabungan dahulu kala-mungkin masih wujud lagi sekarang-
    terdapat perkabungan oleh pasangan si mati sehinggakan dia
    mengharamkan pelbagai jenis makanan yg lazat2 konon sebagai petanda
    kesedihan untuk menunjukkan kesetian.Kita katakan kepada mereka
    ini,janganlah hirup udara sebab ia lebih berharga daripada makanan2
    itu.kenapa mereka tak mngharamkan udara ke atas diri mereka?Bukankah
    itu lebih menandakan kesetiaan ?!

    Itu tadi contoh sebuah kesetiaan membuta tuli yg dibawa oleh jahiliah
    awal dahulu.Si isteri yg berkabung tadi bukan sekadar menahan diri
    daripada makan bahkan juga tidak bercakap dan berinteraksi dengan
    manusia lain.Ada yg sanggup di kambus hidup2 bersama mayat
    suaminya,juga ada yg dibakar.Sesetengahnya pula mengambil tulang
    belakang sang suami sebagai hiasan untuk memperignatinya ketika
    datangnya sempena2 tertentu seperti ulang tahun kematiannya.

    ..tapi apakah hasil disebalik `kesetian negatif` yg seperti ini ?
    tiada langsung... dan karut!

    Lihatlah cerita umm salamah tadi,sanggup berpegang dengan `kesetiaan
    positif` seperti itu;melalui sebuah perjanjian iaitu pasangannya
    mesti jangan berkahwin selepas kematiannya.
    Mungkin atas beberapa sebab:
    Pertama:Memelihara anak2nya yg telah yatim agar mereka tidak
    kebingungan dengan pembahagian kasih sayang jika pasangan tadi
    berkahwin lain!?
    kedua:Agar kesetian positif tadi memberikan mesej kepada masyarakat
    bahawa ikatan ruh kasih-sayang suami isteri adalah lebih besar
    daripada sekadar tuntutan jasad semata-mata,tuntutan yg lebih kekal
    dan lebih suci.
    ketiga:Membuktikan kemampuan manusia untuk mengawal hawa nafsunya
    bilamana jiwanya diikat dengan nilai2 yg tinggi,yg membuatkannya
    tidak memerlukan segalanya.. cinta kasih ?
    keempat:Kesetian sebenarnya bukanlah merupakan hanya sekadar perayaan
    yg dirayakan pada hari2 tertentu seperti valentine itu,bahkan sebelum
    segalanya,ia adalah pengorbanan yang kekal.Sesungguhnya Kesetian
    tanpa pengorbanan tiada guna.


    Sebenarnya hubungan suami isteri diatas tadi adalah hubungan kasih
    sayang.Cinta dan kasih sayang berbeza sebenarnya.
    Seorang pengkaji islam pernah berkata: aku perhatikan ayat yg
    berbunyi begini : dan di antara tanda2 kekuasaanNya ialah Dia
    menciptakan untuk mu isteri dari jenismu sendiri,supaya kamu
    cenderung dan merasa tenteram kepadanya,dan dijadikan diantara kamu
    rasa kasih dan sayang.sesungguhnya pada yg demikian itu benar2
    terdapat tanda2 bagi kaum yg berfikir) -arruum 21-

    katanya:aku berfikir sebentar, kenapa Allah tak berkata :"dan aku
    jadikan antara kamu cinta... ?

    yg demikian itu kerana perasaan cinta adalah berbolak balik,boleh
    hilang bila2 masa.Akan tetapi perasaan kasih sayang belas itulah yg
    lebih kekal dan erat.Jadi Hikmah perkahwinan yg tersembunyi daripada
    kebanyakan akal manusia itu adalah sepatutnya perkahwinan dibina di
    atas asas2 yg berpotensi untuk kekal, dan bukanlah atas asas/dasar yg
    lemah.

    katanya lagi:Org yg bimbangkan perubahan perasaan cinta selepas
    kahwin.. kalaulah mereka perhatikan Hikmah Allah ini, mereka akan
    dapati bahawa cinta itu sebenarnya tak terpadam bahkan ia bertukar
    kepada perasaan yg lebih kekal iaitu kasih sayang.Kalaulah perasaan
    cinta tadi tak berubah daripada tabiaat asalnya di dalam perkahwinan
    itu dalam mana2 peringkatnya,maka nescaya ia akan terdedah kepada
    kehilangan dan rumahtangga itu akan menjadi tidak stabil.

    Ringkasnya,daripada cerita2 dan nukilan daripada seorang pengkaji
    tadi,dapatlah kita katakan bahawa perasaan cinta itu biarpun betapa
    erat ikatannya, ia tetap memerlukan perasaan kasih sayang belas
    seperti ini. Perasaan beginilah sebenarnya yg menyatukan suami isteri
    selamanya di setiap saat dan tempat.Bagaimana agaknya kita nak hidup
    sendirian ditengah padang pasir atau belantara tanpa teman?

    Kata seorang pujangga arab:Sebagus-bagus binatang tunggangan pun
    memerlukan rotan dan tongkat.Segenius-genius seorang lelaki pun
    memerlukan juga seorang penasihat yg berakal...dan sepandai-pandai
    seorang perempuan pun tetap juga memerlukan seorang suami...!

    Kembali kita kepada cerita ummu salamah tadi.Ummu salamah sebenarnya
    seorang perempuan yg cerdik dan berakal matang.Kita lihat dalam
    ceritanya itu, beliau bukan sekadar mengakui dan berterus terang
    tentang hajat dan keperluannya kepada si suami,bahkan itu sebenarnya
    adalah hakikat dalam quran yg memperjelaskan bahawa perkahwinan
    adalah satu ikatan yg berat dan kukuh.
    firman Allah dalam surah al ghafir 8:Ya tuhan kami , masukkanlah
    mereka ke dalam syurga `adn yg telah engkau janjikan kepada mereka
    dan org2 yg saleh diantara bapak2 mereka dan isteri2 mereka, dan
    keturunan mereka semua.Sesungguhnya engkaulah yg maha perkasa dan
    maha bijaksana.

    ya,pendirian ummu salamah itu sebenarnya melambangkan kesetian
    suami/isteri seprtimana yg dianjurkan oleh islam,kesetian yg
    melampaui masa dan tempat.

    Lihatlah siapakah yg memulakan idea perjanjian setia itu? Ummu salamah
    seorang permpuan itu yg memulakannya...kerana apa ? pertamanya kerana
    dia mencintai suaminya dan keduanya kerana dia mencemburui suaminya..
    bukankah suaminya itu seumpama pakaiannya sepertimana yg ditegaskan
    oleh quran?
    lain pulak dengan kebanyakannya wanita sekarang,mereka sekadar
    menjadikan pakaian sebagai perhiasan dan manjaan.. kemegahan.. ?
    begitu jugalah lelaki pun.Mereka tak faham makna simbolik `pakaian`
    yg dmaksudkan dalam ayat itu sebenarnya...setiap pasangan adalah
    pakaian bagi pasangannya.
    Pakaian suami isteri adalah pakaian yg bersambung dengan urat
    pertalian saraf/darah,bukan sekadar penutup dan dan penegah
    sahaja.Pakaian suami isteri adalah pakaian yg tersulam daripada
    sulaman hati dan akal pemikiran.Sebab itulah pakaian ini tak
    sepatutnya tertanggal dek perubahan hari.

    Ummu salamah mendapati abu salamah adalah cinta suci
    abadinya,lantaran itulah ia menyarankan perjanjian taat setia yg
    positif tersebut dengan harapan agar mereka dipertemukan dan
    disatukan hinggalah ke syurga nanti.Itulah kesetiaan bagi ummu
    salamah.

    Sekarang kita lihat pulak pendirian abu salamah. Abu salamah tidak
    menyetujui idea ini walaupun pada hakikatnya dia gembira kerana idea
    itu menunjukkan cinta dan kesetian yg mendalam ummu salmah
    terhadapnya.Kenapa agaknya ye..

    pertama:Manusia tidak dinamakan manusia melainkan kerana sifat mudah
    lupanya.Seseorang itu mungkin ditimpa musibah yg dasyat,akan tetapi
    perjalanan waktu biasanya akan membuatkan dirinya lupa
    kedukacitaannya... tak terkecuali siapa pun.

    kedua:Naluri manusia tetap wujud.Terkadang menekan manusia yg
    keseorangan...dan islam tak pernah mengabaikan realiti ini lalu
    membenarkan penganutnya yg kematian pasangan berkahwin lagi...

    ketiga:dan yg sebenarnya Abu salamah beriltizam dengan sunnah apabila
    beliau berpendirian begitu.
    diriwayatkan daripada atthabraniy, daripada Jabir :Bahawa nabi pernah
    meminang bint albarra` ibnu ma`rur..lalu jawbnya :aku telah
    mensyaratkan kepada suamiku bahawa aku takkan berkahwin selepasnya.
    balasa rasulullah : syarat ini tak sesuai!

    Ya..memang tak sesuai.Kehidupan kemanusian telah membuktikan betapa
    desakan naluri seks yg berkemungkinan diam sementara lantaran
    tekanan2 kesedihan tetapi tidak selama2nya akan mati! Islam sesekali
    tak mengabaikan tuntutan jasad dan ruh ini. Itulah islam agama fitrah.. tiada kehidupan rahib dalam islam yang sempurna ini.

    Berbalik kepada kesetiaan tadi... itulah kesetiaan yg sepatutnya kita
    miliki..kesetiaan yg berlandaskan aqidah dan syara'. Kesetiaan yg tak
    akan membawa si asyiq ma'syuq melakukan sesuatu yg di luar batasan...
    Setialah tapi berpada-pada,jgn kesetiaan yg membuta tuli kita pegang.
    Semoga kita dikurniakan kesetiaan kepadaNya.

    astaudi'ukumullaah

    -middle east delta as always-
    -always will..


    Musafir Diri

    Musafir Diri

    Akulah musafir itu
    Yang masih mencari-cari
    Tempat berteduh dari panas ujian
    Tempat berpayung dari hujan maksiat
    Tempat berpaut dari arus kemodenan

    Akulah juga musafir itu
    Yang duduk, berjalan dan berlari
    Yang sentiasa lapar dengan ilmu ilahi
    Yang sentiasa haus dengan tarbiyah sufi
    Yang tidak letih mengejar sesuatu yang pasti

    Akulah musafir itu
    Tiada tempat berteduh
    Tiada bekalan yang cukup
    Mengembara seorang diri
    Tiada teman yang melindungi

    Malah akulah musafir itu
    Yang menjamakkan dosaku
    Dengan sedikit taubat
    Yang mengqasarkan ibadahku
    Dengan sifat yang malas

    Akukah musafir itu?
    Yang ingin menyebarkan
    Salam perjuangan
    Yang ingin menyampaikan
    Risalah kehidupan
    Bahawa dunia ini adalah persinggahan


    Mungkin akulah musafir itu
    Dengan sedikit bekalan iman
    Melalui jalan perjuangan
    Di padang pasir ujian
    Di lautan kesengsaraan
    Di bandar kemaksiatan
    Menuju negeri yang abadi
    Di situ kita akan bertemu nanti
    Kerana setiap insan adalah musafir diri…
    (^_^)


    Keikhlasan

    Friday, July 25, 2003

    Keikhlasan

    Keikhlasan
    Mengapa begitu sukar diterimanya
    Hendak dizahirkan
    Tidakku tahu dimana jasadnya
    Hendak ku luahkan
    Tiada bahasa boleh jadi kiasnya

    Dimana kah
    Harga sebuah keikhlasan
    Adakah pada janji kesetiaan
    Atau pada bukti pengorbanan
    Tepuk dada tanyalah iman…..
    Jangan bertanya dengan keegoaan

    Ikhlas itu dihati letaknya
    Bukan perlu dizahirkan
    Dan tiada harga untuk membelinya
    Ucapan pun belum tentu dapat jadi ukuran
    Bukan kerana mahal harganya….
    Tapi kerana miskinnya insan

    Ikhlasku tuhan….
    Hanya Engkau yang dapat menilainya
    Kasihku tuhan
    Hanya Engkau yang tahu betapa dalamnya
    Aku tidak perlu terkilan…
    Andai manusia mempertikaikannya…
    Kerana aku tahu….Kau pasti akan membelinya….

    Renunglah diri kita….
    Sejauh mana keikhlasan cinta kita padaNya
    Sejauh mana sayang kita padaNya…
    Usah dinodai dengan nafsu pada insan
    Kerana ianya tidak kekal lama…

    Waulahu alam….
    (^_^)


    JODOH PILIHAN ATAU TAKDIR

    Thursday, July 24, 2003

    Assalamualalikum..
    JODOH PILIHAN ATAU TAKDIR

    Assalamualaikum ..salam Ikhlas Pengikat ukhuwwah….

    Nampaknya web nih hangat seketika….sekadar untuk kita menimba ilmu bersama. Adalah baiknya kita gunakan bahasa yang menggambarkan keintelektualan kita. Tegurlah dengan bijaksana..penuh hikmah. Mungkin dengan melemparkan tuduhan atau kata2 yang pada kita tidak keterlaluan….kita teliti semula. Masing –masing ada kelemahan yer tak? sama ada lelaki atau wanita...tak salah memilih...asalkan mengikut syariatnya.

    Apabila memperkatakan soal jodoh atau pasangan timbullah persoalan:apakah jodoh atau pasangan itu dipilih atau ia penentuan takdir semata-mata? Berbagai telahan diberikan ada yang mengatakan bahawa jodoh itu,ketentuan Allah dan manusia perlu akur dengan kehendak-Nya dan ada pula yang mengatakan pasangan itu perlu dipilih di cari dan diselidiki ia bukannya penentuan takdir semata.
    Sebenarnya,manusia dikehendaki berikhtiar untuk mendapat sesuatu dan Allah memberikan ikhtiar itu kepada manusia.Menerima takdir semata-mata bukanlah bererti menunggu tanpa ada usaha untuk mendapatkannya,untuk mendapatkan sesuatu ia mestilah diusahakan kemudian barulah menyerahkan segalanya untuk takdir menentukan sama ada baik atau buruk juga berjaya atau tidak.Begitu juga dengan jodoh, walaupun Allah S.W.T sudah menentukan siapakah bakal pasangan seseorang,namun usaha untuk mendapatkan yang terbaik tidak boleh diabaikan.

    Dalam soal pasangan ini,Islam tidak membiarkan manusia bertindak sendiri kerana soal pembinaan rumahtangga bukanlah sesuatu yang boleh dianggap remeh.Oleh yang demikian,Islam memberikan beberapa garis panduan kepada manusia untuk membina rumahtangga dan keluarga yang bahagia dan ini termasuklah panduan dalam memilih pasangan yang sesuai.
    Setiap orang ingin memiliki isteri atau suami yang boleh membahagiakan rumahtangga.Dalam hal ini Rasulullah s.a.w telah bersabda dalam satu hadisnya yang masyhur bermaksud:
    "Perempuan itu dikahwini kerana empat perkara.Kerana hartanya,kerana
    keturunannya,kecantikannya dan kerana keagamaannya.Maka utamakanlah
    yang beragama nescaya kamu mendapat kebahagiaan".
    Dalam hadis di atas Rasulullah s.a.w menjelaskan tentang ciri-ciri yang biasanya menjadi asas pertimbangan dalam memilih isteri.Walau bagaimana pun Rasulullah s.a.w menegaskan bahawa ciri keagamaanlah yang perlu diutamakan dalam melakukan pemilihan.
    Penegasan terhadap keutamaan ini dapat dilihat dengan jelas dalam ayat al-Quran yang bermaksud:
    "Maka wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara
    diri di belakang suaminya oleh kerana Allah telah memelihara mereka".
    Perkara ini perlu ditekankan kerana isteri yang mempunyai pegangan agama yang kuat akan sentiasa taat kepada suaminya dan akan sentiasa memelihara kehormatan dirinya.
    Namun begitu nilai-nilai atau ciri-ciri lain tidaklah ditolak dalam menentukan pilihan,kerana ia merupakan unsur pelengkap kepada
    kebahagiaan rumahtangga.Ciri-ciri seperti kecantikan merupakan
    pendorong kepada kemesraan dan juga kecintaan suami terhadap isteri.
    Apabila suami memandang isterinya yang cantik maka timbullah perasaan kasih dan cinta yang mendalam dan ini akan menjaga pandangan suami dan seterusnya ia akan melengkapkan lagi tuntutan daripada perkahwinan itu sendiri.Dalam hal ini Rasulullah s.a.w ketika ditanya mengenai perempuan yang disifatkan baik,Rasulullah menjawab:
    "Perempuan yang mengembirakan suaminya apabila dipandang mematuhi
    suaminya apabila disuruh dan tidak membantah suaminya samada tentang
    diri atau harta".
    Dalam satu hadis yang lain Baginda bersabda bermaksud:
    "Sebaik-baik isteri ialah yang tercantik rupa parasnya dan ringan
    maharnya".
    Di samping itu Rasulullah s.a.w memperingatkan tentang
    keburukan mengutamakan pemilihan pasangan berdasarkan ciri-ciri
    kecantikan,harta dan kedudukan atau keturunan semata-mata.Antaranya
    hadis Baginda yang bermaksud:
    "Sesiapa yang mengahwini seseorang perempuan semata-mata kerana kemuliaannya,Allah tidak memberinya apa-apa pertambahan kecuali kehinaan.Sesiapa yang mengahwininya kerana harta,Allah tidak akan menambahkan kepadanya kecuali kemiskinan.Sesiapa yang mengahwininya kerana kedudukan keluarganya Allah tidak akan menambahkan kepadanya kecuali kehinaan.Tetapi barangsiapa yang mengahwini perempuan bukan dengan tujuan yang lain melainkan untuk mengawal dan menjaga pandangan atau penglihatannya dan menjaga kehormatannya atau dengan tujuan menghubungkan silaturrahim Allah akan memberkati ke dua-dua lelaki dan perempuan". (Hadis riwayat Ibn Hibban)
    Antara ciri-ciri lain yang diutamakan dalam pemilihan pasangan ialah berpotensi untuk melahirkan zuriat yang ramai kerana zuriat akan menjadi penyumbang kepada kebahagiaan rumahtangga dan lambang kasih sayang suami isteri.
    Di samping itu ia menjadi aset yang paling besar kepada umat Islam sebagai penyambung kepimpinan dan penguasaan di dunia ini.Dalam hal ini Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
    "Kamu kahwinilah perempuan yang penyayang dan boleh melahirkan anak yang ramai kerana aku bangga dengan umatku yang ramai di hari Akhirat kelak".
    Begitu juga pasangan yang dipilih itu hendaklah tidak terdiri dari kerabat yang dekat.Tujuan perkahwinan ialah untuk menyambung
    silaturrahim,memperkembangkan masyarakat,mempereratkan hubungan sesama
    manusia dan mengelakkan terjadinya sikap perkauman kerana itulah Islam
    menggalakkan perkahwinan itu terjadi antara orang yang bukan di kalangan kaum kerabat.Rasulullah saw sendiri bersabda yang bermaksud:
    "Janganlah kamu berkahwin dengan sanak saudara kerana ia akan melahirkan anak yang berbadan kurus,lemah dan kurang mampu berfikir".
    Begitupun ciri-ciri ini bukan sahaja digunakan untuk menentukan calon isteri,malah tidak sedikit hadis-hadis yang memperkatakan tentang calon suami.Antaranya sabda Rasulullah saw dalam nasihatnya kepada wali (penjaga bagi anak perempuan) yang bermaksud:
    "Apabila seseorang yang kamu yakini tentang keagamaan dan akhlaknya
    datang melamar (anak kamu) maka kahwinkanlah dia.Jika kamu enggan
    fitnah dan keburukan akan terjadi di dunia ini.Lalu orang ramai
    bertanya: Ya Rasulullah,kalaupun dia seorang yang kafir dan tidak
    berada?
    Jawab baginda,Apabila seseorang yang kamu yakini tentang keagamaan dan
    akhlaknya datang melamar maka kahwinkanlah dia (dan Rasulullah
    menyebutnya hingga tiga kali)".
    Hadis di atas jelas sekali mementingkan ciri atau aspek keagamaan dan akhlak dalam pemilihan.
    Namun begitu sebagaimana lelaki diberikan hak untuk menentukan pasangan maka,wanita juga tidak dinafikan haknya dalam memilih,malah
    aspek-aspek seperti keturunan,rupa paras dan harta benda juga menjadi
    ciri asas kepada pertimbangan pemilihan selain keutamaan diberikan
    kepada ciri keagamaan dan akhlak.
    Antara hadis Rasulullah saw dalam hal-hal seperti ini ialah penerimaan Rasulullah saw terhadap penolakan Barirah untuk terus bersama suaminya yang masih hamba sedangkan dia sendiri sudah dimerdekakan.Sabda Rasulullah yang bermaksud:
    "Hai Abbas,tidakkah kamu kagum dengan kecintaan Mugith terhadap Barirah dan kebencian Barirah terhadap Mugith?Alangkah baiknya jika Barirah menerima Mugith kembali." Kata Barirah:
    "Ya Rasulullah,apakah kamu menyuruh saya berbuat demikian?" Jawab
    Baginda: "Saya hanya mahu membantu". Barirah menjawab: Kalau begitu saya tidak lagi memerlukannya".
    Dalam hadis ini Rasulullah s.a.w mengakui bahawa aspek kedudukan dan keturunan menjadi pengukur kepada pemilihan pasangan kerana itulah Rasulullah saw menerima penolakan Barirah terhadap Mugith kerana dia sudah merdeka sedangkan Mugith masih hamba.
    Dalam hadis yang lain Rasulullah s.a.w juga mengakui bahawa aspek atau ciri kecantikan atau rupa paras juga menjadi pengukur untuk menerima pasangan dengan sebab itu Rasulullah saw menerima pemutusan ikatan perkahwinan atas sebab keburukan rupa paras.Ibnu Abbas telah
    meriwayatkan dalam suatu hadis yang bermaksud:
    "Cerai khulu' yang pertama sekali dalam Islam ialah kes saudara
    perempuan Abdullah bin Ubai.Dia telah datang kepada Rasulullah dan
    berkata: "Wahai Rasulullah! Saya tidak akan bersatu dengannya (suami
    yang dikahwininya) buat selama-lamanya.
    "Sesungguhnya apabila saya menyelak sebahagian daripada khemah saya
    melihat dia dalam satu angkatan.Saya dapati dialah yang paling hitam,
    paling pendek dan paling hodoh mukanya dalam angkatan itu." Kata
    suaminya: "Wahai Rasulullah,saya telah memberikan kepadanya (Isteri)
    sebaik-baik harta,iaitu sebuah kebun kalau dia memulangkan kembali
    kebun itu kepadaku!"
    Sabda Rasulullah s.a.w kepada perempuan itu: "Apa pandangan kamu?" Maka jawabnya: "Ya,malah kalau dia mahu,saya boleh tambah lagi." Maka
    Rasulullah lalu memisahkan antara keduanya.
    Hadis ini jelas menunjukkan bahawa sebab kepada perpisahan itu ialah penolakan isteri terhadap rupa paras suaminya yang buruk.Antara aspek lain yang juga diambil kira dalam pemilihan suami ialah kesihatan tubuh badan.
    Dalam hal ini para FuQaha bersepakat memberikan hak kepada isteri untuk memohon fasakh jika didapati suami mempunyai penyakit yang boleh menghalang terlaksananya hubungan suami isteri.
    Antara matlamat pensyariatan perkahwinan ialah untuk menyalurkan naluri kemanusiaan melalui jalan yang disyaratkan dan jika matlamat ini tidak dapat dipenuhi,peruntukan fiQh memberikan jalan keluar dengan mensyariatkan fasakh.
    Begitu juga soal umur,ia juga diambil kira malah perkahwinan dengan lelaki atau perempuan yang lanjut usia dianggap makruh.Ini kerana sebahagian daripada matlamat perkahwinan itu iaitu untuk menyalurkan naluri kemanusiaan kemungkinan tidak akan dapat ditunaikan secara baik.
    An Nasa'i meriwayatkan Abdullah bin Umar menceritakan bahawa ayahnya berkata: Abu Bakar dan Umar r.a telah meminang Fatimah. Rasulullah s.a.w lalu berkata: "Dia masih kecil".
    Kemudian anaknya dipinang oleh Ali.Baginda lalu mengahwinkan Fatimah dengan Ali.Dalam riwayat di atas penolakan Rasulullah terhadap Abu Bakar dan Umar bukanlah kerana sesuatu sebab yang tidak baik yang ada pada mereka tetapi hanya kerana umur mereka yang terlalu jauh
    dibandingkan dengan umur Fatimah.
    Walau bagaimana pun,jika soal agama dan akhlak menjadi kayu ukur dalam pemilihan isteri begitu juga dalam pemilihan calon suami, aspek tersebut tetap diutamakan dan nilai atau ciri-ciri lain diambil kira setelah asas agama dan akhlak dipenuhi.
    Penutup Ideal atau realistiknya panduan yang diberikan oleh Islam dalam pemilihan pasangan bukanlah menjadi sebab kepada penolakan tuntutan perkahwinan.Islam tidak bertujuan untuk menyempitkan laluan ke arah perkahwinan,cuma jika syarat-syarat ini dipenuhi,Islam menjanjikan suatu suasana yang harmonis dan kebahagiaan yang didambakan oleh sebahagian besar pasangan yang berumahtangga.
    Sebagaimana kata seorang wali Allah iaitu Rabiatul Adawiah:
    "... & Allah telah menjadikan lelaki itu mempunyai sembilan akal dan satu nafsu dan menjadikan perempuan satu akal dan sembilan nafsu."
    Bukanlah maksud di sini bahawa orang lelaki lebih bijak kerana dia diberi sembilan akal,tetapi,tujuannya untuk menyatakan ada perbezaan antara lelaki dengan perempuan.Secara umum,dari segi psikologi lelaki dan perempuan berbeza tentang:
    - Cara berkomunikasi
    - Cara berfikir
    - Tahap kepekaan dan perasaan
    - Tanggapan
    - Tindakan dan perbuatan
    - Kaedah mempamerkan kasih sayang
    - Kehendak mempamerkan kasih sayang
    - Kehendak dan pengharapan
    - Cara mempamerkan penghargaan
    - Cara dan tahap pengorbanan
    - Cara dan daya khayalan
    - Daya pengamatan dan konsentrasi
    - Cara dan pengisian doa
    Orang perempuan juga suka mengubah penampilan diri dan tindakan pasangannya.Jadi pantang ada yang tidak kena dengan suaminya,isteri akan segera menegur dan menyuruh membuat perubahan.Sebaliknya orang lelaki biasanya,hanya akan memberi teguran apabila pasangannya agak keterlaluan.Umpamanya,apabila si suami melihat isterinya memakai pakaian yang terlalu ketat,maka dia akan menegurnya.
    Orang lelaki juga sering memberi tumpuan kepada aspek fizikal atau kebendaan manakala perempuan lebih menumpukan kepada aspek perasaan dan kemanusiaan.Lantas orang perempuan lebih mudah merajuk dan tersinggung dan lebih mudah bersimpati dan sedia berkorban.
    Bagi orang perempuan,mengalah itu tanda sayang dan pengorbanan, manakala bagi lelaki,mengalah itu tanda lemah dan tiada prinsip kukuh.
    Jadi elakkanlah daripada merendah-rendah atau mencabar suami.
    Gerak hati orang perempuan adalah lebih tajam daripada orang lelaki. Jadi para suami mesti ingat,jangan cuba membohongi isteri!
    Orang perempuan,apabila risau atau mengalami ketegangan,akan menceritakan masalahnya kepada orang lain.Berbeza dengan orang lelaki, mereka lebih kerap mendiamkan diri apabila bermasalah.
    Seseorang lelaki tidak perlu khuatir tentang kesetiaan isterinya. Sebab orang perempuan,apabila menyayangi seorang lelaki,akan menutup hati dan pemikirannya terhadap lelaki lain.Orang lelaki pula lebih fleksibel.
    Orang perempuan mudah jadi marah,cemburu dan merajuk apabila imej dirinya menurun.Orang lelaki akan menjauhkan diri apabila imej dirinya tergugat.
    Satu lagi perbezaan ialah dari segi emosi.Emosi lelaki ibarat getah, manakala emosi perempuan ibarat ombak.Lantas orang lelaki jika marah atau merajuk biasanya tidak lama sekitar dua atau tiga jam saja.Marah atau merajuk perempuan,agak lama ada kalanya berhari-hari,malah berminggu-minggu.
    Sebenarnya,ada banyak lagi perbezaan antara lelaki dan perempuan, tetapi cuma dipaparkan intinya saja.Kalau anda dapat memahami inti perbezaan-perbezaan ini dengan baik,insya-Allah akan lebih mudahlah bagi anda suami isteri menangani sebarang perselisihan supaya tidak berlarutan hingga membawa kepada perpecahan rumahtangga.
    Wallahu A'lam....


    Assalamualaikum..
    Bismillahirahmanirrahi...


    sebelum apa2 yang berlaku...dan tanggapan terhadap saya.....saya memohon kemaafan diatas kata2 dan bicara saya di abgnie.blogspot.com semalam. saya sememang nya tak memahami situasi ketika menulis... maafkan saya.

    Secara ringkas , saya sebenarnya ingin menyatakan dan maksudkan bilangan kaum hawa di institusi kerjaya . maafkan saya.. mengapa kaum hawa yang berkerjaya terlampau memilih. dan kenyataan saya bukan lah bermaksud jangan memilih langsung..cuba baca kembali..."Memilih tu biarlah berpada-pada".. . Memang perlu memilih..pilih lah yang bertakwa walaupun miskin, pilih lah yang baik akhlaknya walaupun bukannya hensem paras rupanya. itulah sebenarnyer yang saya maksudkan dengan memilih berpada2.

    sekali lagi maafkan saya...saya tidak terniat nak mengguris perasaan kaum hawa..cuma maksud tersirat itu perlu dikaji .

    wassalam,
    XProfDr


    Bingkisan Buat Saudara Prof.Dr.Faiez Alwi

    Asalamualaikum
    Bismillahirrahmanirrahim

    Saya tertarik dengan tulisan saudara Prof.Dr.Faiez Alwi sebenarnya. Dan ada juga saya risik-risik identiti saudara daripada seorang insan lain yang bertanggunjawab dalam pembikinan blog ini. Saudara ada bakat sebagai penulis. Ingin saya rakamkan sekalung tahniah untuk saudara.

    "Satu kritikan untuk wanita" ..rasanya di situ saudara gagal untuk menyatakan isu sebenar yang wujud. Menuduh wanita sebagai terlalu memilih, tuduhan tidak berasas sama sekali.fakta mana yang saudara perolehi yang membuatkan saudara beranggapan demikian? Memilih adalah satu kemestian untuk membuat keputusan . Tidak pernah belajar kah saudara ini.?(rasanya tidak terlalu kasar, kan...!) Terutama bagi wanita. Jodoh Allah yang tentukan, saya harap saudara arif bab Qada dan Qadar. Saya yakin kepada itu dan sesungguhnya beriman kepada Qada dan Qadar Allah...Saya tidak ragu-ragu dalam hal ini dan saya berdoa mudah-mudahan saya sentiasa menerima takdir allah sedemikian.
    Saudara ada menyarankan berusahalah untuk mendapatkan suami...ayat itu agak kelakar dan sesekali berbunyi seperti gurauan...bagi sayalah. tidak pula saya ketahui pada pendapat insan lain. Berusaha yang bagaimana saudara maksudkan? barangkali saya tidak jelas..jaangan nanti wanita juga dipersalahkan ..."Perigi Mencari Timba?" Almaklum sebagai wanita usaha kami terhad sebenarnya. Berpegang kepada "wanita itu tertegak atas sifat malunya.." saya sebagai wanita juga ada usaha dalam bab ini..tapi..masih belum lagi bertemu jodoh. mmm.....mungkin jodoh saya belum sampai lagi kot..jadi bagi saya saya akan berserah pada yang maha Esa untuk menentukan jodoh buat saya.
    Sebenarnya isu yang saudara bangkitkan ini seolah-olah membayangkan masalah saudara..mungkin

    Terima kasih kerana memberi ruang untuk saya menjawab kemuskilan saudara Prof.Dr.Faiez Alwi.



    shams_adawiyah
    Malaysia





    Wassalam...




    testing

    Wednesday, July 23, 2003



    Masa Depan Tak Tentu

    Ungkapan mati sememangnya ketakutan menyelubungi.Namun apa jua perasaan dan tanggapan kita terhadap mati ianya pasti kemari, walaupun tidak diundang. sebagaimana firman Allah taala:

    Setiap yang bernyawa semestinya mati.


    firman Allah taala:

    Tidak akan mungkin mempercepatkan dan memperlewatkan mati mereka walaupun sedetik.

    Sesudah mengetahui mati itu pasti, kenapa masih belum bersedia? Adakah kamu pasti hidup kamu pasti bahagia di akhirat nanti? Tidak kah kamu pernah memimikirkan tentang usaha yang telah kamu lakukan , amalan dan keyakinan kamu? Betul kah ianya betul-betul diterima Allah? Berfikir sejenak, mengenang kehidupan umpama beribadah seribu tahun. Beramallah seolah kamu mati keesokan hari. Usah hiraukan persikitaran untuk beramal. Kerana itu adalah ujianmu. Dan ingatlah, islam itu ganjil dan ia kembali ganjil. Tetapi gembiralah wahai peramal kerana syurga pasti merinduimu.

    Begitu juga halnya dalam kehidupan alam nyata. Pernah atau tidak kita sediakan payung sebelum hujan. Kehidupan hari ini sepastinyer tak sama dengan dengan keesokkan harinya. Lantaran menunggu hari mendatang tanpa sebarang persediaan ... itu adalah amalan bodooh sebenarnyer.Bahkan seolah menunggu hari kematiannya tiba begitu sahaja. Dan sebaiknya bersedialah menunggu hari-hari mendatang dengan segala peralatan anti-bencana kerana semuanya hanya Allah mengetahui apa yang pasti terjadi.

    Satu kritikan bagi kaum wanita. Mengapa payah sangat nak menjadi sang si isteri. Tidakkah mereka mengetahui hari ini wanita telah pun melebihi bilangannya dari kaum lelaki? Dan apakah ianya takkan brtambah parah kelak? Memilih tu biarlah berpada-pada.. Ingatkan lah jugak masa depan yang menanti...Mahukah kita dianggap insan tua tak bersuami? Bersedialah untuk hari esoknya...Kalau tak ketemu jodoh , sekurang-kurang berusahalah untuk bersuami. Jangan pulak dianggap insan kalah sebelum lelah.

    okey..bye
    Wassalam
    Mati Itu Pasti
    XProfDr


    Senyum sambil fikir

    Tuesday, July 22, 2003

    assalamualaikum warahmtullaah..

    Oleh kerana saya tiada idea dicampur malas, jadi saya rasa eloklah saya nukilkan beberapa cerita humor yang saya jumpa ketika dalam pelayaran ONLINE, Humor yang boleh difikirkan dan bermanfaat juga untuk dijadikan point dalam hal2 yang berkaitan... :)

    Seorang Atheis Ingin Melihat Tuhan.

    Seorang atheis telah pergi berjumpa dengan seorang ulama. Dia berkata, “wahai tuan guru, saya tidak mempercayai Tuhan kerana tidak dapat melihatnya. Kalau saya boleh lihat barulah saya percaya.”

    Ulama itu bertanya, “Inginkah kamu melihat Tuhan?”
    Atheis itu bersetuju.
    Ulama itu bersama beberapa anak muridnya dengan atheis itu pun pergi ke sebuah sungai. Ulama itu mengarahkan agar anak murid nya mengikat atheis itu lalu di campak ke dalam sungai itu.

    Atheis itu mula tenggelam timbul
    “tolong! Tolong!” laung atheis itu. Ulama dan anak-anak muridnya hanya tersenyum.
    “tolong!tolong!” laung atheis itu. Dia tak dapat buat apa-apa. Ulama dan anak-anak muridnya hanya memerhatikan.
    Dalam saat kecemasan itu, dengan tidak disangka-sangka keluarlah dari mulut atheis itu
    “ Ya Tuhan, selamatkan aku”
    Ulama tadi mengarahkan anak-anak muridnya pergi menyelamatkan lelaki itu.
    Bila ikatan di buka. Ulama itu bertanya, “sudahkah kamu melihat Tuhan”
    “Ya” kata lelaki itu.



    vegetarian

    Peristiwa ini betul-betul terjadi kepada pensyarah akaun saya. Dia telah berjumpa dgn seorang penganut agama yang melarang pengikutnya makan daging. Orang itu nampaknya sangat alim dan sangat-sangat mempertahankan pendapat agama dia. Maka perlakulah perdebatan antara mereka.

    Non-vegetarian: “kamu ni zalim betul, dah lah susu lembu kamu ambil, lembu tu kamu sembelih dan makan daging dia. Tak patut. Makan sayur ajelah”
    vegetarian: “ Kamu ni lagi zalim”
    Non-vegetarian: “kenapa’
    vegetarian: “ Lembu tu menyediakan daging. Pokok itu mengeluarkan oksigen. Mana lebih penting daging atau oksigen?”

    Non-vegetarian itu terdiam



    18 sx



    Di sebuah negara eropah, Seorang lelaki muslim telah menaiki sebuah keretapi. Didalam keretapi itu dia duduk di sebelah seorang paderi. Maka mereka berbual-bual.
    Bila tiba masa makan maka di hidangkan beberapa jenis makanan termasuklah daging babi.
    Paderi, “ Kenapa tak makan daging babi tu?”
    Muslim, “saya orang Islam, tak dibenarkan makan daging tu”
    Paderi’ “ kamu rugi sebab daging babi sebenarnya daging yang paling sedap”

    Apabila tiba di station keretapi,mereka nak berpisah.

    Muslim, “kirimkan salam saya kpd isteri anda”
    Paderi, “ saya Paderi mana boleh kawin”
    Muslim, “ kamulah manusia yang paling rugi atas dunia ni!”
    Paderi, “kenapa?”
    Muslim, “ kawin adalah nikmat yg paling sedap atas dunia ni!”

    Muka paderi itu terus bertukar menjadi merah.

    ~Alangkah indahnya Akal yang bersandarkan syariat ~
    PakLang as always

    Nasihat Atau Perli?

    Hari ini, sesudah berbual dengan seorang kawan. Aku mula berfikir tentang berbualan kami seketika tadi. Dia seolah-olah merajuk dan berdendam bila aku menasihati. Namun baginya aku memperlekeh dan merendahkan martabatnya. Puas aku memujuk untuk memahami bahasa yang aku luahkan. Bagiku, aku hanya inginkan seorang sahabat yang sempurna dalam segala hal. Apalah guna aku dipanggil sahabat , kira soal pembentukan keperibadian muslim aku tinggalkan. Aku dipanggil ustaz, dipanggil ulama' dan nasihat adalah tulang belakang kehidupan aku. kenapa kawanku tetap meanggap aku seorang pelekeh dan ego? aku pelik..

    Tidak wajar seorang muslim yang mengerti soal "nasihat adalah sebahagian dari iman" tidak dapat membezakan antara nasihat dan memperlekeh, ungkapan ego dan sebagainya. Cuba kita renung seketika kenapa kita kurang dapat membezakan antara kedua-dua istilah atau ketiga-tiga istilah tersebut.? adakah kita tidak pernah mempelajari perbezaan tersebut.? Kita pernah mempelajarinya cuma perlu diulangkaji kembali...

    ----------------------------------------------------------------------

    bagi mereka yang mengerti, penasihat perlu mahir dalam soal pentarbiahan atau didikan. tanpa mengetahui bagaimana atau mengapa seseorang perlu dididik, inilah yang akan membuahkan hasil kebankrapan yang nyata. iaitu salahanggap terhadap setiap baris penasihat. maka lantas sahaja penasihat dipanggil sebagai penghina, pelekeh, ego dan sebagainyer.

    Cubalah merenungi sebaris ayat al-Quran yang jelas menyarankan penasihat perlu berhikmah dan berikan peringatan sebaik mungkin. Dan berhikmah yang dimaksudkan juga bukan hanya cara nasihat tersebut perlu dipraktikkan. Malah cara pertuturan dan bahasa yang digunakan perlu. Gunalah bahasa yg paling lembut dan berobjektif untuk menasihati. Pasti diorang terpegun dan tertawan pada objektif yg kita inginkan..(*bukan tertawan pada penasihatlaaahhhh)malah penasihat tak dianggap penghina , pengkeji dan ego.

    Yang dinasihati dan seluruh manusia sekalian.. Jangan lah mudah terasa bila ditegur. Cubalah meanggap semua yang ditegur itu adalah satu kemulian dan tunjuk ajar dari mereka yang hebat. Berfikirlah dan renungilah setiap baris kenyataannye.. sepastinya dia inginkan kita menjadi warga manusia terhebat. Yang paling hebat. Sebagaimana Rasulullah mengajar umatnya untuk dipilih sebagai umat contoh. Bukan memperli atau menjatuhkan maruah bangsa islam Nabi Muhammad S.A.w . Jadi pandaikanlah tanggapan seseorang dalam menilai tujuan nasihat tersebut. Semoga itulah jalan bahagia yang diidamkan.

    okeylah..cukuplah tu..
    Mati Itu Pasti
    Wassalam.
    XProfDr


    Berhati-hati apabila berbicara

    *** Berhati-hati apabila berbicara ***

    Assalamualaikum...
    Bertemu kita kembali di ruangan ini...sekadar ingin berkongsi bersama...

    Kita mungkin pernah mendengar ungkapan-ungkapan seperti 'lidah tidak bertulang' atau lidah itu lebih tajam daripada pedang.Daripada ungkapan-ungkapan itu nyatalah tugas lidah atau tutur kata amat besar dalam hidup manusia.Kesan terlanjur cakap tidak kurang yang tergadai maruah dan kerana mulut atau tutur kata juga menjadikan badan binasa.
    Jika kita merenung tentang kejadian alam ciptaan Allah s.w.t nyatalah terdapat pelbagai keanehan dan perkara-perkara pelik yang dapat kita saksikan yang mana itu semua sebagai tanda tentang keagungan dan keesaaan Allah s.w.t.
    Di antara keanehan-keanehan itulah kita temui ialah lidah.Ia adalah daging berbentuk kecil dan lembut yang terlindung di dalam mulut.Lidah juga termasuk daripada anugerah Allah Yang Maha Besar yang amat mustahak sebagai penghubung antara satu sama lain,menerusi percakapan mahu pun untuk mencapai keredhaan Tuhan.
    Lidah jugalah yang boleh menyebabkan manusia itu terjerumus ke dalam api neraka.Berhati-hatilah.Oleh kerana lidah boleh membawa kepada perkara yang baik dan buruk,maka kita hendaklah berhati-hati dalam menggunakan lidah.Dalam hubungan lain,kita hendaklah berhati- hati apabila bertutur.Kesan tersalah cakap boleh membawa sakit hati kepada orang lain.Tidak kurang pula yang membawa kesusahan dan kerugian.Oleh itu,sebaik-baik cara mengawal diri daripada perkara- perkara yang tidak diingini ialah dengan diam.Diam dalam erti kata tidak bercakap dalam perkara yang sia-sia dan tidak baik.Sehubungan dengan ini Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang bermaksud.

    "Manusia itu ada tiga macam (jenis).Pertama: Yang mendapat pahala.
    Kedua: Yang selamat daripada dosa.Ketiga: Yang binasa.Orang yang mendapat pahala ialah orang yang sentiasa mengingati Allah,berzikir dan sebagainya.Orang yang selamat daripada dosa ialah mereka yang diam,manakala orang yang binasa ialah orang yang sentiasa melakukan perkara-perkara maksiat."
    Orang yang beriman dan bijaksana selalunya tidak berkata atau bercakap sesuatu yang tidak berfaedah.Mereka seperti ini menjaga setiap tutur kata dan percakapan.Mereka mengelakkan daripada berkata sesuatu yang tidak berfaedah atau sia-sia apatah lagi mengumpat keji atau mencaci sesama manusia.Sesuai dengan Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
    "Apabila kamu melihat orang mukmin itu pendiam dan mempunyai kehormatan diri,maka dekatilah dia,kerana dia akan mengajarkan kau ilmu hikmah."
    Nyatalah orang yang beriman akan menggunakan lidah dan bercakap hanya untuk perkara-perkara yang berfaedah.Setiap patah yang hendak diucapkan difikir semasak-masaknya supaya setiap patah yang ditutur itu berfaedah dan mendapat pahala.Kita juga dapat mengenal peribadi seseorang daripada percakapannya,Kerana,semakin banyak kita bercakap,semakin banyaklah kesilapan.Orang-orang munafiQ pula akan bercakap apa sahaja tanpa memikirkannya terlebih dahulu.
    Di dalam sebuah Hadis lain yang diriwayatkan oleh Tarmizi dan Ibnu Majah dan Abu Hurairah,disebutkan Rasulullah s.a.w. ditanya tentang sebab terbesar yang membawa masuk syurga.Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab:
    "TaQwa kepada allah dan akhlaQ yang baik."
    Apabila ditanya pula sebab terbesar yang membawa manusia masuk neraka,maka Rasulullah s.a.w. menjawab:
    "Dua rongga badan iaitu mulut dan kemaluan."
    Daripada hadis di atas jelaslah penyalahgunaan lidah iaitu kerana tutur kata dan percakapan dan juga penggunaan kemaluan yang bertentangan dengan hukum-hukum boleh membawa manusia ke neraka.
    Seorang ahli sufi yang terkenal,al-Hassan al-Basri pula pernah menyebutkan,
    "Orang yang tidak menjaga lidahnya ialah orang yang tidak memahami agamanya."
    Oleh itu,sebagai orang Islam,kita hendaklah menjaga lidah kita daripada bertutur perkara-perkara yang sia-sia dan tidak berfaedah seperti mengumpat,mencaci dan berbohong.Bertentangan Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:
    "Berbahagialah orang yang menahan kelebihan lidahnya dan membelanjakan kelebihan hartanya."
    Untuk menjaga keharmonian hidup dalam masyarakat amatlah penting kira mengawal lidah agar tidak timbul perselisihan dan perbalahan.Sebuah masyarakat yang aman dan harmoni terbentuk kerana ahlinya hidup kasih mengasihi antara satu sama lain,tidak menghasut dan mempelagakan antara satu sama lain.LuQmanul Hakim pernah ditanya:
    "Apakah falsafah hidupmu?" Beliau menjawab: "Aku tidak bertanya sesuatu yang telah memadai bagiku dan aku tidak memberatkan diriku akan sesuatu yang tidak penting bagiku."
    Tidak syak lagi penyalahgunaan lidah dan percakapan itu bukan sahaja menjadikan seseorang itu menerima seksaan Allah malah kesannya amat buruk kepada masyarakat.Kesan percakapan yang tidak sihat dan tuduh menuduh,umpat mengumpat dan hasut menghasut menjadikan sebuah masyarakat huru hara dan porak peranda.
    Oleh itu kita sebagai umat Islam hendaklah berhati-hati apabila bercakap.Sebelum berkata,fikirlah dulu buruk baiknya kerana jika tersilap kata buruk padahnya.Peribahasa kita ada menyebut:
    "Terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata buruk padahnya."

    Dengan apa yang dipaparkan ini,semoga mendapat di manfaatkan bersama dan juga untuk rakan-rakan yang lain.

    Wallahu a'lam


    are we concern?

    I have a friend who is now studying in UKM and as the medium is Bahasa
    Melayu, the lecturers/professors there would, once in a while, in
    Between lectures, spend some time discussing the Malay language.
    The latest discussion was on the word "Sembahyang". According to one
    Of the professors (who is an expert in Malay language), the word
    "sembahyang" is taken from 2 Sanskrit words which are "sembah" and "yang". "Sembah" is the word sembah that we've always understood. However, the word "yang" refers some "berhala" or "dewa". So putting the words together, it means to"sembah" the one that is equivalent to God.
    Almost all of us have been using the word "sembahyang" throughout our
    lives. And it has been okay because we've always interpreted that word
    to mean sembah Allah. However, now that we know where and how the word originated, it would Be much much better and safer (to the aqidah) to use the alternative word, "solat"; when we mean to say "sembahyang". Hai-ya-'a-las-solah......


    Email Buat Sang Putri

    Assalamualaikum

    Apa khabar? Semoga hari ini ceria selalu. Semoga tiada apa-apa yang berlaku ke atas diri saudari... Hidup seorang wanita lebih susah sebenarnyer dari kehidupan seorang lelaki kiranya dibandingkan.Setiap detik memerlukan pengorbanan dan kesetiaan.Setia pada ugama, suami dan anak2...semuanye memerlukan pengorbanan..dan tanggungan tanggungjawab yg berjuta-juta lemon..

    Jadilah kawan ku .. Kerana saudarilah sahabat petunjuk saya.Yang baik usahlah sipuji..yang keji harus lah diperhati dan diteguri... Perempuan juga berhaQ melarang dan menyuruh lakukan sesuatu dengan melihat panduan alquran dan sunnah...

    Kita pasti tidak rugi kalau kita berusaha menjadi orang yang baik dan individu yang soleh..Oleh itu berusahalah untuk menjadikan kita contoh yang terbaik dengan menuruti Rasulullah. Kita sepatutnya dipanggil insan yang dicontohi bukan mencontohi...usahakan untuk menjadi mereka yang terbaik di dunia dan di akhirat..kita pasti tidak rugi..

    Wassalam...
    Mati Itu Pasti
    XProfDr


    salam ukhwah dari ana

    Monday, July 21, 2003

    assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....@@
    salam ukhwah untuk semua pengunjug laman web ini semoga ianya akan mendapat manfaat untuk kita semua..key bye..jump alagi see you later.."hunt the best fou your future"
    wassalam


    marah

    Assalamualaikum warahmatullaah...

    Bertopikkan marah pula posting sekali ni, mungkin agak pelik sikit. Sebenarnya ini berkaitan kisah yang berlaku semalam di rumah kawan saya.
    Semalam merupakan antara malam2 saya yang paling kenyang..:) bukan kenyang sebab kena marah atau pun memarahi, sebab makan banyak sejak siang sampailah malam. Makan tu pulak orang yang masak semuanya, pendek cerita sebab saya makan kat rumah kawan saya lah siang dan malamnya.. awat tak kenyangkan..
    Semalam kami beramai2 makan makaroni `spesel` (kata kawan saya si tukang masak tu). Awalnya tu memang tak nak makan sebab dah kenyang sangat, tapi tengok depa ramai2 makan saya pun dengki la kot, ikut makan jugak la..heh..
    Di antara 5-6 orang yang makan tu ada sorang teman jakarta. Ketika kami sedang makan2 tu tiba2 datang sorang lagi teman indonesia juga tapi orang Acheh. Kelihatan macam bad mood.
    Si tuan rumah pun mengajaknya makan akan tetapi ditolaknya, si jakarta pun mengajak dan menegurnya lalu tiba2 terus saja dia macam marah menyatakan rasa ketidak puasan hatinya dengan si jakarta itu. Oh, rupanya masaalah tersinggung. Dia terus kritik2 dan marah2 si jakarta tu tanpa menghiraukan kewujudan kami yang lain di situ, yang pastinya telah mengganggu keceriaan dan ketenangan kami. Terkejut kami dengan hal itu, tapi semua kami senyap saja, sorang pun tidak masuk campur, sebab kami tahu tiada gunanya hanya menambahkan panas sahaja.

    Yang si jakarta ni nampak tenang dan cool saja, dan beberapa ketika kemudian dia meminta maaf kalau dia yang tersilap. Tapi si aceh terus bla bla bla dengan panas. Ishh, kalau si jakarta tu ngambil sikap keras jugak, rasanya malam tu pasti dah bertumbuk dah. Sesuatu yang memalukan bila berlaku hal begitu di kalangan mahasiswa.
    Terkadang kita ni sentiasa mengikut perasaan tanpa memikirkan akibatnya. Sepatutnya si Aceh itu kalau dia nak marah dan meluahkan apa2 hal pun tak patutlah dia lakukan di depan kami. Sepatutnya kes itu diselesaikan di antara mereka berdua di belakang tabir dan bincang elok2 secara terus terang.
    Oleh kerana sudah berlaku begitu, maka sangatlah memalukan. Tapi alhamdulillah kerana sikap si jakarta tadi telah menenangkan keadaan walaupun si aceh berlalu dengan rasa tidak puas hatinya, kalau tidak pasti telah berlaku adegan yang berkait dengan tangan dan kaki! pasti akan jadi buah mulut orang yang amat mengaibkan bagi mahasiswa2 islam.
    Si jakarta ini bagus sikapnya, sebelum dia beredar dia minta maaf kepada kami di atas apa yang berlaku dan merasakan kekesalannya.

    Lihat satu sabda nabi :"Orang yang kuat itu bukanlah yang menang bergusti akan tetapi yang dapat menguasai diri di kala ia marah" -Imam Ahmad danIbnu Hibban-
    **maksudnya ia memendam sahaja kemarahannya bukanlah pula menggunakan tangan dan mulutnya untuk melepaskan kemarahan terhadap orang yang dimarahinya, pasti ada ganjarannya di sisi Allah.

    Oleh karena itu juga, ketika Nabi saw. diminta nasihat oleh seseorang, beliau bersabda, "Janganlah engkau suka marah" hingga beberapa kali beliau mengulanginya -bukhari-

    Dan betapa besar ganjaran bagi orang yang menahan marah disebabkan marah ini biasanya akan mendatangkan natijah buruk, Rasulullah bersabda, "Barang siapa menahan amarah, padahal ia sanggup untuk melampiaskannya, maka Allah SWT memanggilnya di atas kepala makhluk (pada Hari Kiamat) hingga Dia menyuruhnya untuk memilih bidadari manapun yang dikehendakinya." -tirmizi, abu daud, ibnu mahaj, ahmad-

    Mengingat dan memikirkan ayat tentang keutamaan menahan amarah, memaafkan, bersikap lemah lembut dan menguasai diri. : "Dan bersegeralah kalian menuju ampunan Tuhanmu dan menuju syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, dipersiapkan bagi orang-orang yang bertaqwa, iaitu orang-orang yang selalu menginfaqkan hartanya baik di kala senang maupun susah dan orang-orang yang mengendalikan amarahnya serta orang-orang yan senantiasa memaafkan manusia. -al baqarah/134-

    Allah sendiri menyatakan kelebihan orang yang menahan kemarahan mereka.

    Bagaimana kita boleh menahan rasa marah kita? Saya kira kebanyakan orang tahu dan ada cara sendiri untuk menahan kemarahannya. ..Dan sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah SAW "Sesungguhnya aku tahu sebuah kalimat yang seandainya ia membacanya, nescaya hilanglah apa yang sedang menimpanya (hot-temper la). iaitu membaca a'udzubillahi minasysyaithaanir rajiim." (HR. Bukhori, Muslim )

    Dan diriwayatkan juga bahawa Muawiyah ketika dia berkhutbah, dia merasa marah, lalu beliau mengatakan bahawa marah itu adalah daripada syaitan dan syaitan daripada api, maka untuk memadamkan api syaitan itu kenalah dengan wudhu' maka beliau pun menghentikan pidatonya ketika itu juga dan terus berwudhu' . kita mengambil wudhu' ketika marah, kerana itu akan menyejukkan hati dan jiwa kita yang sedanng dipanaskan oleh syaitan.
    Akhirnya, kita berdo'a kepada Allah SW semoga kita menjadi hamba-Nya yang pandai mengendalikan amarah dan gemar memaafkan kesalahan orang lain, amin ya robb.

    ~as always~


    we are muslim

    Sunday, July 20, 2003

    Assalamualaikum warahmatullah..

    Terkadang apabila saya login ke web blog ni , terserempak dengan beberapa msg dalam bahasa inggeris oleh blogger lain yang menghina Islam secara umum. Jadi saya rasa ada baiknya sesekali kita selitkan mesej2 islami dalam bahasa inggeris, manatahu mungkin nanti ada di antara mereka yang akan terbaca mesej kita , maka secara tak langsung kita telah menyampaikan mesej kita sebagai seorang muslim... We are Moslem

    What is Islaam?

    The word "Islaam" is an Arabic word that means "submitting and surrendering your will to Almighty God".

    The word comes from the same root as the Arabic word "salam", which means peace.

    Unlike the names used for other religions, such as Buddhism, Hinduism and Christianity, the name for the religion of Islaam was both revealed by God and carries a deep spritual meaning - only by submitting one's will to Almighty God can one obtain true peace both in this life and in the life hereafter. Islaam teaches that all religions originally had the same essential message - which was to submit whole-heartedly to the will of God and to worship Him and Him alone.

    For this reason, Islaam is not a new religion but is the same divinely revealed Ultimate Truth that God revealed to all prophets, including Noah, Abraham, Moses and Jesus.

    -------------------------

    Who are Muslims?

    The Arabic word "Muslim" literally means "someone who submits to the will of God".

    The message of Islaam is meant for the entire world and anyone who accepts this message becomes a Muslim.

    Some people mistakenly believe that Islaam is just a religion for Arabs, but nothing could be further from the truth, since in actuality over 80% of the world's Muslims are not Arabs! Even though most Arabs are Muslims, there are Arabs who are Christians, Jews and atheists.

    If one just takes a look at the various peoples who live in the Muslim World - from Nigeria to Bosnia and from Morocco to Indonesia - it is easy enough to see that Muslims come from all different races, ethnic groups and nationalities.

    From the very beginning, Islaam had a universal message for all people. This can be seen in the fact that some of the early companions of the Prophet Muhammad were not only Arabs, but also Persians, Africans and Byzantine Romans. Being a Muslim entails complete acceptance and active obedience to the revealed will of Almighty God.

    A Muslim is a person who freely accepts to base his beliefs, values and faith on the will of Almighty God. In the past, even though you don't see it as much today, the word "Mohammedans" was often used as a label for Muslims. This label is a misnomer and is the result of either wilful distortion or sheer ignorance. One of the reasons for the misconception is that Europeans were taught for centuries that Muslims worshipped the Prophet Muhammad in the same way that Christians worship Jesus. This is absolutely not true since a Muslim is not permitted to worship anyone or anything besides Almighty God.

    -----------------------------

    Who is Allaah?

    Very often one will here the Arabic word "Allaah" being used in regards to Islaam.

    The word "Allaah" is simply the Arabic word for Almighty God, and is the same word used by Arabic speaking Christians and Jews.

    If one were to pick up an Arabic translation of the Bible, one would see the word "Allaah" being use where the word "God" is used in English. Actually, the Arabic word for Almighty God, "Allaah", is quite similar to the word for God in other Semitic languages - for example, the Hebrew word for God is "Elah".

    For various reasons, some non-Muslims mistakenly believe that Muslims worship a different God than Jews and Christians. This is certainly not the case, since the Pure Monotheism of Islaam calls all people to the worship of the God of Noah, Abraham, Moses, Jesus and all of the other prophets. However, even though Jews, Christians and Muslims worship the same God -since there is only one God - their concepts concerning Him differ in some significant ways.

    ..........
    Prepared by: Abu 'Iyaad



    manusia dan jodoh

    Assalamualaikum warahmatullaah..

    Apa nak diperkatakan hari ni ya, rasanya sekadar berkongsi hari yang berlalu mungkin..
    Kelmarin secara kebetulan bertemu dengan seorang rakan `online`, bertanya khabar dan tetiba sahaja dia mengajak berbincang pasal topik `jodoh sekufu`. saya seperti biasa saja, apa2 topik boleh je tanpa banyak bicara.
    Hmm.. nak tergelak pulak sebab dia secara straight aje ajak bincang bab itu. heh.. bab2 sebegini tak habis2 dari sejak baligh sampailah sekarang, almaklumlah, manusia normal la katakan.
    Berbalik kepada cerita si teman tadi, pasal kisah benar yang berlaku di antara kenalan `online` jua adanya..mm, begitulah fenomena sekarang kan, tak boleh nak lari dari realiti dah.
    Katanya lagi kisah tu macam kena batang hidungnya pula, tapi bukanlah secara 100% , sipi2 macam tu kot agaknya... Dan mungkin juga kena diri saya sikit2, tapi sikit2 saja pasal tempat sorang pelakon dalam kisah ttu adalah dari tempat pengajian yang sama dengan saya. :)

    Al-kisahnya hal ni berkitar pasal perkenalan dalam dunia internet yang membawa kepada perasaan `berkenan yang tak pasti` itulah apa yang boleh saya ringkaskan. Perkenalan yang membawa kepada terberkenan itu pula menyebabkan kedua2 pelakon kisah ni berkeputusan untuk membuat keputusan yang pasti. Iyalah samaada jadi atau tidak dalam membina `isntanaku syurgaku`. Jadi masing bersetujulah untuk membuat solat istikharah untuk mendapat petnjuk sebaiknya, Walaupun yg sebelah pihak perempuan berlainan sikit pendapatnya, kerana baginya itu adalah pilihannya yang bertepatan dan dia yakin maka tak perlu lagi untuk beristikharah.
    Gitulah sikit sebanyak ceritanya... yang akhir ceritanya itu endingnya dengan kebahagiaan juga, tetapi mendapat pasangan lain, jodoh yang telah ditentukan Allah dan bukan perancangan mereka itu. Semoga bahagiialah hendaknya..

    dan semalam datang sorang kawan yang `seni lagi kreatif`, nampak kurang sihat pulak dia. Selepas duduk sekejap dia bertanya saya :"ustaz.. lahir tahun berapa? masih muda remaja lagi" jawab saya. Tapi dia terus teka dan betul la tekaannya sambil berkata :" tua la tu, kita ni semakin tua bla bla bla.." alahai... kita sedar pun...
    Saya tanya dia apahal tanya umoq pulak.Dia pun mulalah menceritakan motif sebenarnya tu. Oooo.. rupanya mencari pasangan untuk maksunya yang masih belum berpunya kat satu muhafazah sini.
    Hee. saya tersennyum sendiri, mengingatkan hari tu pun dia ada cadangkan saya seorang ustazah . Hmmm.. apa yg boleh saya jawab? seperti biasa jugalah, masih macam dulu2, takleh nak ada hubungan2 yang gitu2 dengan mana2 perempuan, nanti susah. Bukan maknanya tiada yang berkenan di hati, tapi mungkin belum sampai masanya lagi ditambah pula denagn situasi diri.
    Begitulah .. topik ni timbul siang dan malam, tak abis-abis lagi, tataulah malam nanti siapa pula yang akan timbulkan.. alahaii.. ini lah kehidupan namanya...

    ~as always~


    updating template

    Saturday, July 19, 2003

    assalamualaikum warahmatullaah

    hari ni takder kerja lagi kot, cuba kemaskini dan design template, payah jugak la ye.. malas segala-galanya.. hee.. tapi kita buatlah sekadar terdaya...

    di kesempatan ni sukalah saya berkongsi dengan sahabat sekelian satu maklumat yang doforwrdkan kepada saya lebih kurang beberapa hari lalu , begini bunyinya :-

    DUA Gerhana pada Ramadhan 2003

    Pejabat Penyelidikan Astronomi di Vienna telah dapat mengesan satu Keajaiban yg akan berlaku pd 9 & 23 nov.2003, dimana akan terjadi satu gerhana bulan & satu gerhana matahari pada tarikh2 tersebut tidak lama lagi.
    Tarikh itu akan jatuh pada bulan ramadhan 2003. Bulan Ramadhan akan bermula pada 27 Oktober 2003 & berakhir pada 27 Nov 2003. Dgn itu tarikh 9 & 23 akan
    jatuh dalam bulan Ramadan.

    Gerhana bulan pd 9 Nov 03 akan dapat dilihat di seluruh negara eropah,
    asia tenggara, benua Afrika dan amerika.
    Manakala gerhana matahari pd 23 nov 03 dialami penduduk antartika & selatan
    laut hindi.

    Oleh itu kepada sahabat-sahabat sekelian dapat kiranya sesiapa antara kita yang boleh memberi panduan kaitan akan terjadinya gerhana tersebut dengan
    fakta dibawah. Seperti yg diriwayatkan oleh Imam Ja'afar Sadiq :
    " kehadiran Imam Mahadi dikalangan umat manusia dibuktikan dgn
    berlakunya gerhana bulan & matahari dalam satu bulan yg suci, yg tidak pernah
    terjadi sebelumnya sejak kelahiran Nabi Muhammad s.a.w" (Ikmal Al-Din
    m.s
    361) <--- setakat itu forwardnya ..

    saya lihat hal ini pun ditanyakan dalam al-ahkam akan tetapi seorang panel fatawa memberi amaran bahawa kalau tiada dalil maka harus ditolak, akan tetapi dia tidak menyatakan kebenaran perkhabran tersebut.
    Sebenarnya samaada perkhabaran diatas itu benar ataupun tidak, maka tidak salah kita membuat iktibar.
    Dan lagi kalau perkhabaran di atas itu benar ataupun tidak, maka perkhabaran itu bukanlah satu hujjah untuk dijadikan sandaran kita disebabkan kalam itu bukan disandarkan kepada Rasulullah yang maksum yang tidak bercakap dengan hawa nafsunya.
    Perkhabaran seperti itu mungkin bersumberkan ahli kitab yang kita tidak tahu benar dan betulnya, maka kalau hal ini berpendirianlah seperti sabda rasulullah "jangan mempercayainya dan jgn pula mendustainya" kenapa? kerana kita tidak tahu benar atau palsunya perkhabaran seperti itu.

    Sebenarnya ada satu perkhabran yang sahih sanadnya yang dikeluarkan oleh Imam Hadith Iaitu DarulQutnie dalam sunannya. Lafaznya lebih kurang begini :- Bagi Mahdi kami ada 2 ayat (petanda), iaitu berlakunya gerhana bulan di awal ramadhan, dan berlaku pula gerhana matahari di pertengahannya (ramadhan), yang hal ini tidak pernah berlaku semenjak Allah menjadikan laingit dan bumi"

    Perkhabaran itu disandarkan kepada Muhammad Bin Ali. Jadi walaupun dkatakan perkhabran itu sahih, namun tetap tidak boleh dibuat hujjah kerana bukan besandarkan rasulullah yang maksum.
    Jadi perkhabaran sepeerti itu adalah berkemungkinan, jangan mengingkarinya dan bukanlah pula menjadi pegangan kita, semua itu ada kemungkinan yang Allah lebih mengetahuinya...
    Apa2 hal pun, bersedialah untuk hari kemudian...

    Wallahua'lam


    Salam ukhuwwah Fillah

    Wednesday, July 16, 2003

    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
    Alhamdulillah segala puji bg Allah tuhan sekelian alam diatas limpahan rahmatNya ke atas kita insan yang lemah ini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw, keluarga baginda, para sahabat dan umat islam yang berusaha menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini.
    Sekadar ini mengisi 'Coretan Kami'....berkongsi sesuatu agar boleh dimanfaatkan bersama.....
    Sahabat yang dirahmati Allah...Awal2 pagi ini cuba kita renungkan bersama...kalimahNya yang bermaksud;

    "Katakanlah tidak sama yang buruk dengan yang baik,meskipun banyak yang buruk itu menarik hatimu,maka bertaQwalah kepada Allah S.W.T. hai orang-orang yang beraQal agar kamu mendapat keuntungan."
    (Surah al-Maidah: 100.)

    Berjayalah sahabat-sahabat kiranya aQal kita mengikut telunjuk taQwa. Sesungguhnya taQwa sahaja yang dapat membezakan di antara buruk dan baik.TaQwa sahaja yang dapat memperakui sesuatu itu buruk meskipun ia sangat banyak dan menarik hati.Firman Allah S.W.T.:

    "Mereka itulah orang-orang yang tetap mendapat pertunjuk dari Tuhannya dan mereka itulah orang yang beruntung."(Surah al-BaQarah: ayat 5)

    Berjayalah kita jika kita tetap IstiQamah dengan Islam dan mengambil wahyu Allah S.W.T. untuk dihayati di tengah-tengah Deen bukan Islam yang menguasai hidup masyarakat.Firman Allah S.W.T.:

    "Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan di tengah umat manusia, kamu menyeru pada kema'rufan dan mencegah dari kemunkaran dan beriman dengan Allah."(Surah 'Ali Imran: ayat 110.)

    Moga jalinan ukhuwwah fillah berjaya membentuk harakah Islamiyah yang mantap dan mampu mengukuhkan ikatan2 ini untuk sama2 memperjuangkan yang HAQ di muka bumi ini.

    waulahu alam.....






    saya macam biasa

    Tuesday, July 08, 2003

    assalamualaikum..
    masih belum berkesempatan lagi nampaknya...
    tapi dkesempatan ini eloklah kita quote sedikit apa2 yang patut :-
    Al Fudlail bin Iyadl rahimahullah berkata : “Amalan yang paling baik adalah amalan yang paling ikhlas dan paling betul. kerana amalan yang hanya disertai keikhlasan namun tidak betul maka amalan itu tidak diterima. Dan sebaliknya, bila amalan itu betul namun tidak dilakukan dengan keikhlasan juga tidak akan diterima....