Menu Utama

   WebLog PakLang Al-Azhary
 & Kroni

Paklang's profile




Tanda Buku Lawatan

Bunyi latar & Tag Mesej

Midi , Lagu & Radio

<bgsound src="http://geocities.com/mustanni/kennyg2.mid" loop="true">


<a href='http://cybermedia.mmu.edu.my/ext/ikimfm.asx'>Play Radio IKIM.fm</a>
(klik play)

                      TagBoard

Nama Anda

Web atau Mail-E Anda

Messages(emoticon)

Antara Coretan² Lalu

  • Gejala Sosial- Realiti Malaysia
  • Rahmat Ramadhan
  • Untuk Apa Wakil Amerika Hadiri Perbicaraan Lina Jo...
  • kekejaman israel zionis laknatullah
  • Terhina akibat perbuatan sendiri !
  • Cerita lengkap seorang pengunjung hadir di Hotel C...
  • Apakah Kita Perihatin Sebagai Ummat Islam ?
  • Takziah Untuk Keluarga Allahyarham Emy @ Sri Syarm...
  • FINAS jangan gadaikan maruah masyarakat Malaysia
  • Jangan peluk cium, jadi pelacur ok
  • Arkib Coretan Kami

  • 06/2003 - 07/2003
  • 07/2003 - 08/2003
  • 08/2003 - 09/2003
  • 09/2003 - 10/2003
  • 10/2003 - 11/2003
  • 11/2003 - 12/2003
  • 01/2004 - 02/2004
  • 04/2004 - 05/2004
  • 05/2004 - 06/2004
  • 06/2004 - 07/2004
  • 08/2004 - 09/2004
  • 09/2004 - 10/2004
  • 10/2004 - 11/2004
  • 11/2004 - 12/2004
  • 12/2004 - 01/2005
  • 01/2005 - 02/2005
  • 02/2005 - 03/2005
  • 03/2005 - 04/2005
  • 04/2005 - 05/2005
  • 05/2005 - 06/2005
  • 07/2005 - 08/2005
  • 08/2005 - 09/2005
  • 09/2005 - 10/2005
  • 10/2005 - 11/2005
  • 01/2006 - 02/2006
  • 04/2006 - 05/2006
  • 05/2006 - 06/2006
  • 07/2006 - 08/2006
  • 08/2006 - 09/2006
  • 10/2006 - 11/2006
  • 03/2007 - 04/2007
  • Current Posts

  • Permata Mukmin

    Tidak Aku jadikan jin dan manusia malainkanuntuk pengabdian kepada-Ku. Aku tidak mengkehendaki rezki sedikitpun daripadamereka dan Aku tidak mengkehendaki supaya mereka memberi Aku makan.”
    - Surah az-Zariyat: ayat 56-57.

    Laman Cetusan Ilham PakLang Hak Cipta Terpelihara 2003-2004-Weblog-

    This page is powered by Blogger. Isn't yours?

    Current Idol


    coretanku ( negara islam )

    Wednesday, August 27, 2003

    Assalamualaikum...

    Pagi tadi dalam pukul berapa ntah tetiba sahaja aku terjaga, terus bangun dan sambung plug untuk hidupkan kipas. Kawan sorang tu yang kebetulan masih di ruang tamu kehairanan lalu menegur,menganggap aku ni mamai ke atau apa. Sebenarnya aku waras 100% masa itu walaupun aku buat taktau kewujudannya. Masa tu pukul 3 pagi kalau tak silap, malas la nak sembang nanti terlajak ke subuh pulak... tu la perangai orang bujang.
    Oleh kerana kepanasan, dahaga tentulah bertandang, tekak yang kering membuatkan aku tak berfikir panjang, naik ke tingkat atas rumah kawan aku tu, ehh,, sebelum aku sampai ke tingkat atas tu kelihatan pintunya dah terbukak luas,, taulah aku ni mesti orang tua ni tidur depan pintu macam yg selalu berlaku,maklumlah panas, jadi kalau kat depan pintu ni angin sepoi2 bahasa.. nyamaan... tekaanku benar,, ahha.. dia sedanng mengeroh depan pintu... hish biasa dia ni, kalau ada perompak ka apa ka,, dah lama dah kena,hehe..
    Aku masuk pun dia tak sedar, buka peti ais terus capai air dingin dan anggur sejuk2 tuu.. fuhhh puas,, masa tu tak fikir pasal kesihatan dah.. ynag penting kepuasan.. udara semakin sejuk walaupun dalam bilik agak panas dan berkuap.
    Nah hang,, hari ni aku dapatla selsema sebab hal pagi tadi tu,, padan muka... dan kalau aku tidur depan pintu mcam sahabat aku sorang tu, tentu lebih teruk lagi selesema ku.. kuat jugak antibodi dia ni noo... heh..

    masa menaip ni teringat pula bab Malaysia negara islam yang dipuji oleh pengawas peperiksaan hari tu. Lebih daripada itu teringat juga isu negara islam yang hangat diperkatakan beberapa bulan lalu di malaysia.
    Malaysia negara islam ke atau bagaimana? topik ini juga antara yang terpanas di al-ahkam tempat aku selalu bertandang jika berinternet. Sebenarnya aku pun tak pasti bagaimana isu ni boleh tercetus di malaysia dan apakah motif yang sebenarnya. Tapi sudah pasti berkaitan dengan politik malaysia sekarang ni.

    Aku terkadang tu terfikir juga, kenapa malaysia hendakkan sangat title negara islam padahal ciri2 negara islam sebenar tiada pada negara macam malaysia tu. Fikir2 punya fikir memang ada beberapa kepentingan juga, antaranya ialah apabila malaysia sudah bergelar negara islam maka seolah2 malaysia ini adalah negara islam sebenar, jadi tak sepatutnya ada lagi dakwaan dan seruan daripada pihak2 tertentu untuk menegakkan negara islam padahal ianya sudah tertegak dan diiktiraf pula tu? Jadi kalau org yang mudah terpedaya dengan tittle itu maka mereka akan mudah2 terpedaya dan memandang janggal serta menolak pihak yang menyeru agar ditegakkan negara islam!! ini sudah tentu menguntungkan pihak yang berkenaan bukan?

    Oleh itu negara islam yang dikehendaki oleh pihak itu telah pun tertegak sekarang, tak perlu lagi perjuangan untuk tegakkan negara islam. Tiada perlu lagi pertikaikan bahawa kerajaan tidak mahukan negara islam sedangkan negara islam telahpun terdiri? Dan lagi tak perlulah pertikaikan segala perundangannya kerana negara ini telah pun diiktiraf sebagai negara islam? huh... saya tak rasa ummat islam malaysia mudah terpedaya dengan title negara islam lantas menolak perjuangan yang HAQ dari pihak yang betul2 mahukan kebaikan islam...!

    Terkadang mungkin kita tertanya, kalau malaysia bukan negara islam jadi malysia ini negara apa ya? negara kafir? tentu kita tak bersetuju juga.. atau kita nak namakan negara ini negara none moslem, tentulah kita tolak dengan kejanggalan itu., ataupun mungkin lebih sesuai kita katakan negara sekular? juga kita rasa tak rela begitu bukan? Jadi apakah salah kita menentanng pengiktirafan malaysia sebagai negara islam? fikirkanlah...hmmm..

    Tak lama dulu pernah sekali saya berbincang hal ini dengan beberapa sahabat, konklusinya mengikut pendapat saya, Malaysia adalah negara ummat islam, dan bukan negara islam kerana ketiadaan syarat sebagai negara islam.
    Setujukah dengan pendapat saya ketika itu? terpulang kepada masing2.. yang penting sekali kita tegakkan negara kita dengan pengisian dan nilai2 islam dan bukanlah hanya sekadar title.. dan untuk pengetahuan semua sebagai peringatan bahawa setiap muslim wajib berusaha menegakkan negara islam mengikut kemampuannnya menyampaikan kefahaman Islam. Tiada yang terkecuali, kalau dia tidak beriktiqad begitu maka dikhuatiri matinya nanti dalam keadaan jahiliyyah.. tiada kesempurnaan sebagai muslim! hakikat ini adalah antara pegangan ahlusunnah wal jamaah iaitu islam yg HAQ, setiap jiwa pasti akan ditanya nanti tentang ttanggungjawab ini.

    Masaalah sekarang ini ialah kerana isu itu muncul dan perlu kata putus yang memmuaskan, bukan dengan hanya memejam mata ianya tak pernah diperkatakan, dan itulah masalah sekarang, biarpun apa tanggapan orang mengenai istilah2 yang tak penting dan sebagainya itu ia tetap muncul dan menuntut agar disentuhi juga sedikit sebanyak.

    Adapun pendapat saya sekarang, maka saya berpendapat tak salah kita mengatakan negara Malaysia adalah negara Islam.
    Pernah Syeikh Wahbah Zuhaily iaitu seorang ulama syria yag terkenal di dunia islam, ditanya tentang apakah malaysia ini boleh dikatakan negara islam. Jawabnya secara ringkas, negara sepeti malaysia dan sebagainya itu boleh dikatakan negara islam dalam erti kata `majaz` dan bukan `hakikat`. Majaz ialah kata pinjaman yang berlawanan dengan hakikat. Jadi malaysia hanyalah negara islam pada nama tapi bukanlah hakikatnya kerana ketiadaan syarat sebagai sebuah negara islam. ye lah, tiada perundangan islam sebenar dilaksanakan, malaysia masih mendasari lord reid sebagai perundangannya. Penerapan nilai2 islam dalam agenda2nya dan perundangannya lebih kepada mengimbangi tekanan pembangkang sahaja sebenarnya, hakikat yang semua orang yang mahu berfikir sedia tahu.

    Pendek kata, kita boleh dan tiada mengapa mengatakan malaysia adalah negara islam. Lebih2 lagi kita secara umumnya masih menguasai politik negara kita walaupun dalam keadaan yg menyedihkan dan itulah halnya dalam kebanyakan negara islam lain. InsyaAllah kita optimis dengan title MALAYSIA ADALAH NEGARA ISLAM ATAU DAULAH ISLAM/ DAULAH ISLAMIYAH.
    Kita berusaha ke arah itu dan bukan sekadar puas hati dengan title itu. Kita bertanggungjawab memahamkan orang lain akan hakikat ini dan itu adalah antara mesej kita sebagai khalifah Allah; meninggikan kalimah Allah....

    Semoga anda semua adalah antara pilihanNya dalam menyampaikan mesej2 suciNya.... ya robb..
    Nescaya akan mendapat `ihda alhusnayain`, iaitulah syahid atau kemenangan.... yang penting ikhlas dalam perjuangan ini... majuuu... ke hadapan dengan islam...

    hidung saya pun alhamdulillah beransur `kering`, lega rasanya, kaffarah dosa insyaAllah.. ampunilah dosa2 kami...

    hingga di coretan lain...

    Middle east delta
    PakLang as always
    abgnie 4ever


    coretanku lagi...

    Saturday, August 23, 2003

    apabila balik dari peperiksaan tadi, aku terus ke rumah sebelah cari kwan sembang. ooo nampaknya kawan jakarta aku sorang tu sudah pulang dari kaherah setelah beberapa hari ke sana untuk menjual PCnya. Dia ketiduran masa aku masuk ke rumahnya , cuma ahli baitnya sorang tu yang sedang membaca kitab. Aku bertanya ustaz tu , apa cerita si jakarta tu, dah jual pc dia tu? ustaz tu sengih sambil berkata :" panjang cerita ustaz... " mendengarkan jawapan begitu aku dahsyak mesti sesuatu dah berlaku... aku pun mendesaknya menceritakan hal itu. Dia pun ceritalah bahawa si jakarta sorang tu tak jadi jual pcnya bahkan baru je keluar dari balai polis.. heh.. terkejut pulak aku dengar,, apa kes pulak ni.
    Oo rupanya dia baru je belasah budak sudah yang nak beli pc nya tu sampai masuk ke hospital. Dengar khabarnya pengsan kena belasah dengan si jakarta ni. Hmm ganas betul hihihi.. tapi aku tau tentu ada sebab dan alasannya si jakarta buat macam tu.. sebab aku tau sangat kebaikan si jakarta ni, dia susah marayh kecuali apabila sudah sampai ke tahap yang amat maksimum. jadi tentu ada alasan apabila terjadi hal macam tu.

    Malam itu aku pun bertanyakannya hal itu. Dia pun ceritalah dari mula sampai akhir, sebabnya mereka dah bersetuju nak menjual pc tu dengan harga 400 us, tapi apabila tiba di sana budak sudan tu nak beli dengan harga 400 junaih sahaja, tak masuk akal betul macam nak main2 pula. Sudahlah begitu, mak bapak si indon ni pula dimaki hamun dan akhir sekali dia dipukul di muka selepas si jakarta ni memancingnya dengan membalas kejiannya. Si jakarta ni yang dah memang lama tak bergaduh pun mempunyai alasan lah untuk membelasah si sudan itu. Pengsan lalu dibawa ke spital oleh polis, manakala si jakarta ni di bawa ke balai, tapi dia dilepaskan tanpa masalah sebab yang mulakan dulu ialah si sudan tu.. nasib badan lah...

    si indon itu menunjukkan penumbuknya yang calar kesan pergaduhan tu. Itu sahaja yang dia dapat, sekadar calar kecil, manakala si sudan tu sampai pengsan masuk spital. kesian. 100 us bersamaan 600 junaih, dan si sudan tu nak beli pc tu dengan 400 junaih setelah orang bawa pc tu dari tanta ke kaherah.. memang nak memain la tu kan... satu pengajran untuknya..

    Si jakarta sorang ni kecil sangat kalau orang tengok, tapi berani dan berkeyakinan apabila bercakap, dan seorang yang bertawakkal tinggi dalam kebanyakan hal, itu yang membuatkan aku kagum. :)
    Beza antara budak indon dan budak malaysia di sini yang aku nampak, mungkin penakut dan berani, atau pemaaf dan perungus, atau pelembut dan tiada maaf bagimu, atau aku tak kisah dan aku tak mau cari pasal... jadi itulah beza yang mungkin kita boleh andaikan secara umumnya... pilihlah mana satu yang sesuai... heh..

    arab silap la kalau cari pasal dengan budak2 indon, tapi selalu breuntung apabila cari pasal dengan budak malaysia... apa sebab? mungkin salah satu anntara andaian yang saya sebutkan tadi...

    tapi yang pentingnya.. kita depani akhlak islam dalam setiap keadaan biar apapun orang kata, tak penting tanggapan orang yang penting adalah penilaian Allah terhadap kita, setuju dengan saya kan? :)

    wallahu a'lam

    abgnie as always
    http://abgnie.blogspot.com
    http://abgnie.tk




    coretan di kesunyian

    assalamualaikum warahmatullah...

    Lama sudah tidak menjengok blog satu ni.. nampaknya tiada jurnalist yang buat posting baru. Sepatutnya tuan punya la yang aktif buat posting tapi lain pulak yang jadi. heh... begitulah teruknya semangat paklang sorang ni..

    Selasa lepas merupakan hari terakhir peperiksaan quran, bertulis dan oral. Sebelum sampai kuliah dan semasa di atas van lagi aku dah terbayang suasanan hingar bingar dengan pelbagai karenah budak2 kuliah berserta staffnya sekali.
    Hari itu aku rasa macam tak cukup tidur, dan begitulah biasanya aku rasa apabila hari2 periksa tiba. Mungkin tak cukup tidur betul atau pun hanya perasaan. Yang pastinya otak aku rasa blank ketika itu. Keadaan begini pasti akan mempengaruhi jawapan yang akan diberikan dalam dewan nanti. Aku berkata dalam hati, biaqla apa nak jadi, aku buat setakat yang terdaya. tawakkal sahajalah apa pun natijahnya nanti pasti aku terima.

    Masuk dewan peperiksaan hari tu jumpala beberapa orang sahabat yang senasib, hihihi.. senasib? ntah... tapi nampak gaya muka depa memang macam tu la aku rasa.
    Hari tu lajnah kami diawasi oleh 2 pengawas peperiksaan yang pada mulanya aku nampak macam serius je. Tapi telahan aku tu tak betul sama sekali, bukan sekadar tak berapa nak serius, bahkan boleh dimintak tolong pulak tu. heh..
    TAk berapa lama mulalah peperiksaan bertulis hari tu dengan otak yang tak berapa bersedia tu, memang benar, aku kelupaan banyak juga ayat quran yang dihafal. Apa dah jadi ni,alahaii..
    Sambil2 memikir tu aku terdengar pengawas 2 orang tu memuji2 malaysia dan pelajar2 malaysia di sini. Antara perbualan mereka; budak2 malaysia ni beradab, islam yang bagus, perdana menteri mereka dr mahathir seorang lelaki yang faham islam betul dan malaysia adalah negara Islam yang ideal. Aku senyum je dengaq semua tu sambil memikir2 tu sempat pulak sembang dengan depa sebab aku dok depan sekali dekat tempat duduk depa. Teringat pula bahawa orang mesir selalu mengatakan orang malaysia ni "ahsannunnas" (sebaik2 manusia) ikhlas atau berbasa basi wallahua'lam... tapi secara umumnya pelajar2 malaysia sini memang jarang mendatang kan masaalah dan antara yang paling lembut dan bersopan kalau dibandingkan dengan pelajar negara lain. Mungkin depa buat kesimpulan dari itu. BUkan itu sahaja, Dr2 pun selalu memuji pelajar perempuan malaysia, mereka disifatkan sebagai muslimah yang paling bagus. ;)

    Memikir2 lagi mengenai jawapan yang akan kutulis,sementara staff2 dan tukang kebun macam biasala , jerit sana dan sini itu keadaan biasa di sini. Kekadang tu aku tak faham dengan keporakperandaan pentadbiran kuliah ini, macam2 la kepelikan dan kejanggalan kalau nak cerita, pejabat pengurusan yg tak terurus, tungku teh dalam pejabat, basikal pun dimasukkan dalam pejabat heh.. pertengkaran sudah biasa la jgn dok tanya lagi. Tapi tak kisah sangat pun sebab dah biasa dah....

    sedang dok fikir2 tu, si pengawas yang sorang tu bertanya:berapa soalan dah yang hang dah jawab? heh.. aku kata adala sikit2 dalam keadaan malu. Dia pun membalas "`Alaika bi syeikh Musthafa".. dia merujuk kepada pengawas yang sorang lagi tu... dia cakap syikh musthafa tu hafiz quran. Hah, ada peluang ni.. hmm.. tapi sebenarnya aku tak berminat jenis tanya2 orang dalam periksa ni walaupun sikit, biaq la takleh jawabpun, biarlah apa nak jadi. Akan tetapi si pengawas tadi insist jugak dengan niat dia nak tolong tu, dia panggil syeikh musthafa tolong tengokan hal aku ni sikit. Alahai, aku cakap tak perlu, aku boleh masuk exam lain nanti, aku tak kisah pun, tapi depa ni nak tolong jugak ingatkan apa yang aku lupa tu sambil membacakan ayat2 yg aku lupa disebelah aku.. hihihihi.. hmm tulis la sikit2 ....

    akhir sekali apabila dah cukup masa aku pun nak serahkan tulisan, tapi dia cakap masa masih ada lagi, fikirkan dulu soalan yang tak berjawab tuu.. dia pun baca lagi ayat.. amboii.. beriya2 pulak daripada aku sendiri... susah jugak macam ni... padahal awal tadi masa kawan dia suruh tolong aku, dia syarah dia kata tak baik penipuan gini dan gitu bla bla bla.. hmm tapi kenapa tetiba dia pulak yang nampak macam berubah pendiriannya.. wallahua'lam... tapi dia bagus .. sambil ceramah masa periksa tu sempat lagi dia bagi tip2 ngafal quran, niat yang baik/ikhlas penting untuk ngafal quran katanya.. hmm :)

    Kini oral pulak, heh.. kalaulau periksa bertulis tadi aku dah parah dah, tentulah oral ni pun lebih kurang macam tu jugak. TApi tak kisahlah aku masuk jugak. Aku masuk bersama sorrang kawan kelate tu, aku tak rapat sangat pun dengan dia, dia budak nadi umno.. hmmm tak bermusuhan pun cuma tak setuju dengan kenadianumno dia tu je...
    Selepas syheikh tu ambil maklumat kami dia pun mulalah bertanya kawan aku tu dulu:' cuba hang sambung surah QAFF, hihih.. kami dengaq terkejut pulak.. sebab tu bukan dalam sukatan kami pelajar luar ni. Kami cakap kepada dia bahawa kami sekadar 8 juzuk sahaja, dia terkejut nampak macam tak pernah tahu pulak. Isk heran pulak aku, takkan dr sendiri tak tahu, lepas tu bertanya kami pulak apahal sukatan hangpa sikit sangat.. heh apa boleh kami jawab tersengih je lah...

    Selepas sesi oral yang antara aku boleh jawab dan tidak tu, syeikh tu bertanya kami dari negara mana: kami jawab la malaysia. Dr tu tanya lagi" tapi kenapa rupa hangpa ni lain sangat tak sama?.. tiba2 kawan aku yg dari nadi umno terus jawab, ooo. :"tu sebab saya malizi (orang malaysia) dia (merujuk kepada aku) ni bakistani (org pakistan)" cehh.. sempat lagi dia pekena aku depan dr .. geram sungguh aku.. tapi aku terus jawab:" aku sebenarnya dari utara malaysia, dia pula selatan " dr tersengih je tengok gelagat kami...
    akhir sekali aku pun bersalaman dengan dr minta diri untuk pulang sambil bertawakkal dan aku pasti menerima apa sahaja natijahnya nanti. Perjuangan perlu diteruskan biar apa pun tribulasi yang mendatang.....

    abgnie as always
    Your Paklang

    sambung lagi kalau ada idea nanti





    Siapakah KIta di Bumi Allah

    Thursday, August 07, 2003

    Dimulakan catatan ini dengan kalimah "Bismillahirrahmanirrahim"

    Cuma ada beberapa minit masa ini sukalah saya mencoretkan beberapa ayat atau baris-baris ayat. Mudah-mudahan tuan empunyer web in tidak menetapkan konsep setiap posting, kerana agaknya coretan ini berbentuk luahan juga kiranya. Dan ntah apa-apa lagi ntah. Barangkali jika tidak sesuai posting ini boleh di recyclebin kan

    Tak tahu di mana hendak saya mulakan terlebih dahulu. Mungkin tidak berapa tersusun barisnya..maafkan saya jika menyusahkan sahabat semua untuk membacanya. Saya terima email dari officemate..yang sememangnya telah heboh isu tersebut diperkatakan. Saya tidak mengharap email tersebut di forwardkan kepada saya sebenarnya. Tapi..terima kasih juga kepada officemate saya kerana susah payah ingat pada saya..
    Ianya adalah isu perlakuan sumbang yang dipaparkan oleh sebuah stesen tv iaitu ntv7, mengenai perlakuan sumbang gadis dan pasangan mereka yang dikatakan juga adalah pelajar sebuah institusi pengajian tinggi tempatan (tak tahu sejauh mana kebenaranya). Sahabat tersebut pada mulanya bertanya samada saya menonton tv mengenai berita yang dipaparkan. Memang tabiat saya jarang sekali menonton tv, tak kira samada berita atau apa ..memang tak gemar! Ntahlah saya memang camtu kot! Sahabat tersebut bercerita hal tersebut pada saya sambil mengutuk perbuatan sumbang yang dilakukan dan disiarkan itu. Dan saya lagi konfius sebenarnya kenapa ianya disiarkan? Untuk apa wahai sahabat sekalian?
    Dan harini saya terima email disertakan juga gambar. Seboleh-bolehnya bagi saya cukupla sekadar mendengar cerita tidak perlula melihat aksi sumbang mereka. Saya terus mendeletekan dari mailbox sebaik sahaja saya membukanya. Saya amat sedih. Kedua mereka adalah melayu yang beragama Islam. Dan lebih memburukkan keadaan adalah gadis itu jelas muda lagi dan bertudung pulak tu! Dulu pun pernah terjadi, menurut mereka gadis bertudung labuh yang berkelakuan sumbang di taman-taman...Astaghfirullah..Na'uzubillah..jauhkan dari saya dan keluarga begitu juga seluruh umat Islam yang ada di bumi Allah ini.

    Kenapa lah ianya terjadi? Kenapalah ia dilakukan oleh orang seperti itu...gadis bertudung ...Subhanallah. Sedih sangat. Betulla seperti coretan Paklang "Dunia ini tempat ujian dan dugaan kerana syurga Allah itu mahal harganya" ..Saya betul-betul terkilan dan kesal sungguh...Allah je yang tahu perasaan saya ketika melihat gambar tersebut dan di ketika ini juga. Pada saya ini adalah konspirasi. Apa mereka dapat dengan menyiarkan perlakuan sumbang tersebut di kaca tv, dan kemudian disebarkan melalui wadah internet begitu? Itu adalah perkara yang memalukan...memalukan umat Islam seluruhnya. Apa yang saya dapat lihat, apabila perkara tersebut ataupun perkara yang seumpanya berlaku, rata-rata manusia akan sibuk kehulu kehilir untuk mendapatkan maklumat yang mengaibkan itu. mm...tidak perlu jauh, di tempat kerja saya sendiri, itulah fenomenanya.
    Dan saya di ketika ini masih lagi berfikir, adakah pasangan tersebut hanya berlakun untuk mendapatkan habuan masing-masing? Untuk apa bertudung..?? huh...sememangnya saya amat marah atas perbuatan mereka. Tapi saya lebih kesal lagi kerana selemah-lemah iman saya, hanya boleh meluahkan kemarahan di dalam hati sahaja. Saya tidak boleh berbuat apa-apa melainkan itu sahaja. Bagaimana saya hendak menjadi pejuang? Fi Sabilillah..sekarang in keadaan itu telah menunjukkan Islam mudah sangat dipermain-mainkan. Tiada kekuatan kepada umat Islam itu sendiri. Akhlak umat Islam itu sendiri menunjukkan keadaan yang genting. Tidaka tahu dimana peranan ulama kita. Dan secara peribadinya, saya tertanya-tanya apakah perasaan mereka di abad ini di atas banyak perkara seumpama ini yang dilakukan oleh umat Islam. Ah...seperti kata seorang sahabat ini adalah masalah Ummah...Apakah peranan kita sebagai umat Islam apabila saudara seagama kita berkelakuan sebegitu? Cukupkah sekadar mengutuk perbuatan mereka, sudah memadaikah hanya menunjukkan kemarahan kita membenci perkara itu....atau apakah yang mampu dan selayaknya untuk kita mengubah keadaan tersebut...?


    salanm kejauhan
    adawiyahs


    kita ummat Islam

    Sunday, August 03, 2003

    Assalamualaikum..warahmatullaahh

    Kelmarin hajat dihati nak telefon malaysia ke sebuah negeri , tapi alangkah kecewanya hajat tak tercapai, macam2 halangan..hmmm
    hari kita cuba lagi... dan sambil2 tu elok juga rasanya saya nukilkan satu lagi coretan saya yang masih belum terdelete drp emel... :)

    Sekadar coretan bagi yang mahu membaca

    Ummat islam atau ummat globalisasi?

    Islamisasi dalam globalisasi

    Bismillahirrahmanirrahim..
    Firman Allah taala:"sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya
    daripada Allah dan kitab yang menerangkan,dengannya Allah memberikan
    hidayat kepada sesiapa yang mengikut kredhaannya iaitulah jalan
    keamanan.... (al-maidah:15-16)

    Globalisasi ditafsirkan sebagai pembentukan dunia tanpa sempadan dan
    berupaya mempengaruhi sistem kehidupan masyarakat dan pentadbiran
    ssebuah negara.Walaupun begitu,globalisasi juga dikatakan perosak yg
    akan memusnahkan konsep negara bangsa yg diamalkan oleh pemerintah
    selama ini.
    Konsep globalisasi seringkali diterima dengan cara yang kabur oleh
    segolongan dan golongan bakinya menerima kerana tiada pilihan.
    Fenomena globalisasi sebenarnya sesuatu yg tak dapat ditolak kerana
    keadaan orde dunia baru begitu atau kerana tiada kemahuan untuk
    bertindak?

    Biar apa pun pentakrifan globalisasi yg sebenarna namun yg penting
    apakah pendirian kita sebagai ummat islam yang masih mengaku islam
    walaupun banyak hak2 islam telah kita lupa dan gadaikan.

    Keluar dari daerah yang sempit ke dunia luar lalu melampau
    perkampungan dan geografi untuk mengenali ummat/bangsa lain dan
    mengambil faedah serta memberikan faedah dalam interaksi tersebut
    maka itulah awal2 kewajipan yg digalakkan oleh islam.Bahkan itu
    adalah antara kesan2 yg ditinggalkan oleh islam semenjak
    kedatangannya ke dunia arab jahiliyyah.
    Sejarah seolah-olah mengatakan kepada kita bahawa kedatangan islam
    sebenarnya merupakan keizinan kepada kaum2 arab di awal islam untuk
    keluar daripada semenanjung sempit mereka ke dunia yg lebih luas.
    Kewajipan dakwah dan perjuangan untuk menyebarkan islam merupakan
    salah satu punca berkembangnya ruang penglihatan kaum arab seterusnya
    cahaya islam telah menjelajah ke seluruh dunia.
    Demikian itu kerana islam pada dasarnya adalah bersifat global yakni
    globalisasi dalam nilai2 kemanusiaan sejati.Syariatnya sesekali tidak
    kompromi kepada sessuatu kaum sahaja bahkan keadilan islam untuk
    semua manusia tiada beza sama sekali.

    lihat mafhum firman Allah taala dalam surah al hujurat :"wahai
    sekelian manusia sesungguhnya kami menjadikan kamu daripada lelaki
    dan perempuan dan kami jadikan kamu berbangsa dan bersuku suku agar
    kamu saling mengenali,sesungguhnya yg paling mulia disisi Allah
    adalah org yg paling bertaqwa"


    Taat setia hanyalah untuk Allah, dalam agamaNya dan semata
    keranaNya.Semua manusia adalah sama sahaja kerana mereka semua hamba
    kepadaNya, maka semua mereka berada dibawah kekuasaan Allah taala.


    Oleh itu kita fahami bahwa globalisasi yg diseru oleh islam adalah
    berdasarkan perkongsian yg aman yang membawa kepada interaksi
    antarabangsa untuk mencapai sebab musabab kebahagiaan kehidupan
    kemanusiaan yg mulia dan tinggi.Ikatan dalam interaksi tersebut
    adalah sperti firman Allah taala:"dan bertolonganlah kamu dalam
    perkara kebaikan dan ketaqwaan dan jgnlah bertolongan dalam perkara
    kedosaan dan permusuhan"(almaidah:2)

    Kalaulah globalisasi mengikut konsep keadilan islam maka itu adalah
    terpuji dan wajarlah diikuti.Akan tetapi apakah reality fenomena
    globalisasi sekarang?Itulah yg perlu kita hati2 dan menghadapinya
    dengan penuh waspada.

    Adapun tunduk kepada globalisasi yg diseru2 sekarang sepertimana
    tunduknya khadam apabila diseru oleh tuannya maka itu satu ketaatan
    kepada kediktatoran bentuk baru.Fenomena globalisasi yg berlaku
    sekarang tak lain tak bukan hanyalah seruan ke arah memperhambakan
    diri kepada satu kutub ketuanan.Seumpama penipuan silap mata yg
    dilakukan oleh seorang pencuri terhadap mangsa-mangsanya untuk
    mengelakkan pertentangan muka ke muka secara jelas dan mudah pula
    untuk melepaskan diri tanpa sedar si mangsa.

    Kita sekarang sebenarnya diseru ke arah globalisasi kebudayaan
    ekonomi dan ketamadunan.Atau dalam perkataan yg lebih jelas,kita
    sebenarnya diseru menjadi pak sangup dalam segala hal,kita mesti
    mengikut cara dan celupan warna yg telah disediakan.
    Apa beza antara ikutan ini dengan penjajahan yg telah berlalu
    beberapa kurun dulu?Sebenarnya itu hanyalah penjajahan dalam bentuk
    yg lebih selamat bagi si penjajah dan natijahnya adalah serupa
    iaitulah kerugian dan kemuflisan si yg dijajah!.

    Kita menyeru ke arah globalisasi yg lebih adil dan logik dan bukanlah
    globalisasi yang meleburkan nilai2 kemanusiaan dan identity yg telah
    lama kabur dan terus kabur.
    Kita menyeru kepada interaksi ekonmi antarabangsa yg lebih adil dan
    menyelesakan semua masyarakat antarabangsa.
    semua kita sedar apa erti globalisasi yg sedang berlaku sekarang.. ya
    globalisasi yg menggemukkan barat lebih2 lagi polis dunia,Amerika.
    Mereka melihat dunia dan pertimbangan nilai2 mereka melalui syiar
    yang dinamakan `hak asasi manusia` tapi mengikut kepentingan dan
    rentak mereka.

    maka dari sinilah mereka namakan saja sistem yg dilakukan oleh
    negara2 yg lemah itu sebagai penyelewengan, terrorism dan
    kemusnahan,pada masa yang sama keganasan dan dan penyelewengan
    amerika dan sekutunya merentap hak2 dan kebebasan sebahagian negara
    dengan megah dianggap sebagai sistem dan perjuangan yg patut dipuji!.
    Sebagai buktinya lihatlah keaktifan syarikat2 amerika dalam membuat
    dan mencipta senjata2 pemusnah,memasarkannya dengan pakej2 tertentu
    pula lalu mencetuskan api permusuhan dan peperangan di sana sini
    lebih2 lagi di dunia Islam!
    Itulah hebatnya globalisasi yang membahagikan dunia kepada dua
    bahagian:Si gemuk tukang makan dan si kurus yang kena makan!

    Perhatikan apa yg pernah terjadi kepada negara2 asia termsuk negara
    kita Malaysia tak lama dulu dalam krisi ekonominya.LIhatlah juga
    kepada perpecahan beberapa wilayah indonesia dan serata dunia.Semua
    ini adalah disebabkan politik globalisasi dalam perkembangan ekonomi
    dan kemodenan mestilah mengikut rentak dan kehendak amerika.Ya,dunia
    semua mesti menjadi pengguna kepada semua produktivitinya.
    Dunia mesti menjadikannya sebagai rujukan utama dalam perundangan dan
    setiap polisi negara mestilah mendapat restu daripadanya.Tiada
    keadilan melainkan keadilan mengikut definisi amerika dan sekutunya
    yahudi.

    Lihatlah demokrasi Turky dan hak asasi kemanusiaan di sana, yg telah
    diredhai amerika walaupun jelas terbalik! Tiada kecaman daripada
    amerika terhadap pimpinan mereka kenapa? kerana biarlah demokrasi itu
    terbalik asalkan mengikut redha amerika!Bagaimana agaknya kalau
    demokrasi yang begitu berlaku di sudan dan negara seumpamanya ?sudah
    tentu serta merta mendapat kecaman bukan sekadar daripada amerika
    bahkan PBB bonekanya itu!
    Kemudian kita lihat pula amerika meletakkan dirinya sebagai hakim
    keadilan dan penaja perpecahan.Apakah kita tidak merasa pelik dan
    jijik apabila ia membekalkan israel dengan persenjataan yg lengkap
    termasuk nuklear yang ia haramkan dunia lain memilikinya?

    Atas asas itulah ia mewajibkan globalisasi caranya itu.
    Globalisasi begitulah yg kita diseru agar mengikuti dan
    mengagungkannya.
    Itulah agar ia menjadi pemerintah yang memerintah dan mencanai dunia
    seluruh mengikut sistem dajalnya itu.Itulah logika reality yg berlaku
    sekarang ini ketika mana petimbanngan kepentingan dunia dan
    pentafsiran hak2 asasi manusia berada ditangannya!

    Kita tertanya sekarang;apakah peranan islam dalam proses globalisasi
    ini sedangkan ia adalah addin agama internasional dan global?Kenapa
    Islam tidak mengambil peranan itu selama mana global adalah salah
    satu daripada ciri2nya?Jawapannya tak lain tak bukan kerana ummat
    islam itu sendiri yg lalai dan fana dengan rentak tarian amerika dan
    skutunya..dan juga kerana kepentingan amerika adalah pertimbangan yg
    tunggal dalam segalanya!
    Ummat islam lupa jatidiri mereka bahkan ingin menukar islam mereka
    kepada `islam` yg diredhai orientalist/amerika-islam ala amerika-
    serta sekutunya yg laknat.

    Kalau kita nak tahu apakah yang dimaksudkan islam ala amerika/yahudi
    itu makalah lihatlah realiti kehidupan masyarakat islam
    sekarang.,masyarakat yg telah kehilangan identiti,jatidiri dan
    keberanian, masyaratkat yang terjajah minda dan moral.
    Apa maknanya apabila seorang yang mengaku islam meremeh-remehkan
    hukum agama dan kepercayaannya sendiri? Apa ertinya seseorang yg
    mengaku islam apabila tidak tunduk kepada hukum islam bahkan pada
    masa yang sama memuju-muji sistem kafir?
    Jangan terkejut bila datang lidah yang mengaku islam pada masa yang
    sama ia mencerca maki sistem islam yang dianggap kuno pada
    pandangannya!

    Tengoklah pemuda-pemudi islam yang telah kehilangan harga diri dan
    pengenalan diri sebagai MUSLIM.Gejala sosial,sumbang muhrim di sana
    sini sudah cukup meloyakan kita.Apabila ummat islam telah lupakan
    tuhan dan dirinya sendiri maka bagaimana pula patut kita bertanyakan
    peranan islam? Sesungguhnya Allah tidak merubah nasib seseuatu kaum
    itu melainkan mereka sendiri yang merubahkanya.Kita golongan yang
    dimuliakan oleh islam maka tiada kemualian apabila kita memingggirkan
    islam.

    Mafhum satu firman Allahj:"Dia telah mensyariatkan bagi kamu daripada
    agama itu apa yg telah diwasiatkan kepada Nuh, dan apa yg kami
    wahyukan kepada engkau,dan juga apa yang kami wasiatkan kepada
    Ibrahim dan Musa dan Isa, IAITULAH AGAR KAMU MENDIRIKAN AGAMA DAN
    JANGAN kamu BERPECAH BELAH PADANYA.. (assyura:13)

    -mendirikan agama adalah dengan malaksanakan segala tuntutan agama
    kita yang syumul ini secara total dengan penuh ketaatan, samaada yang
    berkaitan dengan ahlak,pentarbiyahan, politik dan sistem perundangan.

    sesungguhnya perbalahan dan perpecahan yg terjadi dikalangan kita
    sendiri adalah disebabkan oleh keengkaran dan perbuatan kaum kita
    sendiri.
    Firman Allah yg mafhumnya:"Sesungguhnya agama di sisi Allah adalah
    ISLAM, org2 yg diberi kitab itu tidak berbalah melainkan setelah
    datang kepada mereka ilmu/pengetahuan(kitab) itu... (ali Imran:19)

    Ya,datanag agama itu sepatutnya menyatukan, tapi sunnatullah
    menyatakan bahawa jika berlaku pertikaian dan keengkaran terhadap
    hukum hakam dan apa yg ditentukan oleh Allah maka perpecahan tetap
    juga akan berlaku.

    ketahuilah sahabtku bahawa memecahkan agama kepada sekadar amalan
    ritual dan menjauhikannya daripada politik pemerintahan dan
    kemasyarakatan adalah salah satu ajaran sekularism tajaan yahudi dan
    amerika.Itulah kesan globalisasi yang telah berjaya ditanam oleh
    barat dalam minda kita.
    Apakah sebenarnya yang dikehendaki oleh sekularisme? Tidak lain
    melainkan ingin memisahkan agama dari negara dan pemerintahan dan
    mewujudkan sebuah kehidupan yang kosong dari prinsip-prinsip
    keagamaan, dan melenyapkan syariat Allah dalam kehakiman dan
    perundangan. Jadi sekularisme merupakan kemunduran di sudut akidah
    dan kepercayaan yang menyebabkan pelbagai bentuk kemunduran.

    Sesungguhnya sekularisme bukan menyelesaikan permasalahan ummah
    bahkan menjadikan menjadikan masalah ummah bertambah runcing dan
    bertambah rumit membawa kehinaan, kebinasaan dan kemunduran .Itulah
    keadaan yang berlaku di kebanyakan negara Islam yang menerima
    sekularisme sebagai asas pemerintahan mereka.

    Sebenarnya globalisasi yg sekarang adalah satu peperangan yg telah
    bertkar nama.Itulah penjajahan yang keji

    Saya kira kesemuanya samaada tahu atau pura-pura dan tak ingin
    tahu,akan tetapi tanggungjawab kita semua tetap akan ditanya
    diakhirat nanti.

    Persoalanan sekarang apakah jalan yang sepatutnya diambil oleh negara
    arab dan negara islam umumnya untuk mengembali kekuatannya dalam
    mengharungi arus globalisasi yang ganas menghakis identiti ummat ini?
    saya rasa semuanya tahu cara dan jalan untuk itu tak lain tak bukan
    adalah melalui kesatuan ummat melalu ikatannya dengan ISLAM sebagai
    ikatan dan hubungan yang aktif dan kuat.Ikatan yang akan menyatukan
    seluruh sistem kehidupan dengan islam dan politiknya sebagai khadam
    untuk memenangi islam.

    Sesungguhnya cahaya yang datang bersama Islam adalah terpancar
    daripada kehendak ilahi dan bukan buatan penganutnya atau sebarang
    makhluk.InsyaAllah Dia sendiri yang akan terus memastikan
    kelangsungan sinarnya dengan rijal-rijal pilihanNya.
    Firman Allah :"Mereka mahu memadamkan cahaya Allah dengan mulut-mulut
    mereka,dan Allah tetap menyempurnakan cahayanya biarpun dibenci oleh
    orag2 kafir"(assoff:8)

    Demi Allah jikalau ummat kita berpegang dan mencukupi dengan NURNYa
    ini,bersandar kepadaNya dan berjuang demiNya dengan izinNya jua
    sinarnya akan menerobos menerangi segala penjuru alam ini.
    Benarlah Pencipta kita yg berfirman:"Jika kamu berpaling nescaya Dia
    akan menukar satu kaum selain daripda kamu kemudian mereka itu tak
    pula akan menjadi seperti kamu"(muhammad:38)

    FirmanNya lagi:"Wahai org2 yg beriman barangsiapa yang murtad di
    kalangan kamu daripada agamanya, maka Allah akan mendatangkan satu
    kaum yg Dia menyintai mereka dan mereka mnyintaiNya, tunduk terhadap
    org2 beriman dan mereka ini agung di atas org2 kafir,mereka berjihad
    pada jalan Allah dan mereka juga tidak takutkan celaan pencela")

    Ya, wahai sahabat.. kita akan digantikan oleh Allah taala dengan kaum
    lain yg lebih baik jika kita masih bererusan berpaling daripada
    memperjuangkan agamaNya,lalu jadilah kita hina di dunia dan akhirat.

    Secara realitinya Kita sedang lebur dalam fenomena globalisasi
    sekarang wahai sahabatku! Bangunlah aku, bangunlah kalian dan mari
    kita bersama bangunkan ummat kita yang lain yg masih leka dalam
    fatamorgana globalisasi yang sedang memakan jasad serta jiwa ummat
    ini.

    ghufranak ya robb

    Middle East Delta as Always
    wan PakLang