Menu Utama

   WebLog PakLang Al-Azhary
 & Kroni

Paklang's profile




Tanda Buku Lawatan

Bunyi latar & Tag Mesej

Midi , Lagu & Radio

<bgsound src="http://geocities.com/mustanni/kennyg2.mid" loop="true">


<a href='http://cybermedia.mmu.edu.my/ext/ikimfm.asx'>Play Radio IKIM.fm</a>
(klik play)

                      TagBoard

Nama Anda

Web atau Mail-E Anda

Messages(emoticon)

Antara Coretan² Lalu

  • Gejala Sosial- Realiti Malaysia
  • Rahmat Ramadhan
  • Untuk Apa Wakil Amerika Hadiri Perbicaraan Lina Jo...
  • kekejaman israel zionis laknatullah
  • Terhina akibat perbuatan sendiri !
  • Cerita lengkap seorang pengunjung hadir di Hotel C...
  • Apakah Kita Perihatin Sebagai Ummat Islam ?
  • Takziah Untuk Keluarga Allahyarham Emy @ Sri Syarm...
  • FINAS jangan gadaikan maruah masyarakat Malaysia
  • Jangan peluk cium, jadi pelacur ok
  • Arkib Coretan Kami

  • 06/2003 - 07/2003
  • 07/2003 - 08/2003
  • 08/2003 - 09/2003
  • 09/2003 - 10/2003
  • 10/2003 - 11/2003
  • 11/2003 - 12/2003
  • 01/2004 - 02/2004
  • 04/2004 - 05/2004
  • 05/2004 - 06/2004
  • 06/2004 - 07/2004
  • 08/2004 - 09/2004
  • 09/2004 - 10/2004
  • 10/2004 - 11/2004
  • 11/2004 - 12/2004
  • 12/2004 - 01/2005
  • 01/2005 - 02/2005
  • 02/2005 - 03/2005
  • 03/2005 - 04/2005
  • 04/2005 - 05/2005
  • 05/2005 - 06/2005
  • 07/2005 - 08/2005
  • 08/2005 - 09/2005
  • 09/2005 - 10/2005
  • 10/2005 - 11/2005
  • 01/2006 - 02/2006
  • 04/2006 - 05/2006
  • 05/2006 - 06/2006
  • 07/2006 - 08/2006
  • 08/2006 - 09/2006
  • 10/2006 - 11/2006
  • 03/2007 - 04/2007
  • Current Posts

  • Permata Mukmin

    Tidak Aku jadikan jin dan manusia malainkanuntuk pengabdian kepada-Ku. Aku tidak mengkehendaki rezki sedikitpun daripadamereka dan Aku tidak mengkehendaki supaya mereka memberi Aku makan.”
    - Surah az-Zariyat: ayat 56-57.

    Laman Cetusan Ilham PakLang Hak Cipta Terpelihara 2003-2004-Weblog-

    This page is powered by Blogger. Isn't yours?

    Current Idol


    singgah sebentar

    Saturday, September 20, 2003

    assalamualaikum..

    Hari ni pergi safarah sebab ada urusan penting. Perjalanan dari awal lagi dah tak lancar, macam2 hal berlaku. Sampai2 ke sana tiba2 safarah pula ditutup, entah ada majlis apa aku pun tak pasti. Sungguh kecewa dan letih rasanya.. sabarlah nak buat lagu mana.. dan jadilah aku pendatang haram buat ke sekian kalinya,,, Allahumma usturr wa sahhil... wa yassir li amri.. amiin

    fi amaanillaah


    coretanku ( salafi wahabi sufi & me )

    Tuesday, September 09, 2003

    sekarang pukul 1 42 pagi, pegang kitab tu tak kena, pegang kitab ni tak kena lalu aku pun pegang keyboard la pulak. Rasanya nak menulis sikit, tapi bunyi taipan ni agak ketara di waktu sebegini, rasa tak selesa pulak.. jadi lebih baik paksa diri supaya tidur dan simpan niat nak tulis topik yang memang dah lama berada di kepala ni sejak beberapa hari lalu....jom.. 1:46 AM 9/8/2003

    sambung tulisan tadi.. sebenarnya permulaan bulan ni tak begitu lancar dari segala segi, baik dari segi fizikal dan mental..heh macam2 hal terjadi sakit demam dan sebagainya.. tapi kita terimalah dengan seredhanya dan perjuangan kehidupan ini belum berakhir,, teruskan perjuangan ini..
    walaupun agak selalu juga aku mendapat penyakit2 yang tak berapa serius seperti demam dan selsema, tapi apabila selalu berlaku dan dalam satu masa yang sama memang sengsara rasanya, jadilah aku `musafir lara`. Tapi yg sebenarnya walau bagaimana teruk pun sakit demamku aku tak rasa semuanya itu cukup untuk mengkaffarahkan segala dosa2ku.. ya ALlah.. sungguh betapa banyak dosa yang tersedar,, apatah lagi yang tanpa disedari... dan betapa pula engkau memberi kesempatan yang tak semuanya aku sedar dan mensyukurinya. itulah manusia.. leka,,lalai.... dan lebih teruk lagi kalau sedar tapi tiada tindakan,,, aa macam aku ....
    Bercakap pasal penyakit ni, seingat aku tiadalah pernah diuji dengam pelbagai penyakit yang serius2 selama berada di bumi nil ni, biasanya sekadar demam dan selsema.. itu yang kerapnya, dan sesekali sakit kerongkong, tapi jarang sangat. Alhamdulillah,, tapi jgn terasa aman pula, mungkin ksemua itu istidraj atau sebaliknya.. jadi tiada keamanan mutlak dalam jiwa kita sebenarnya selagi mana perjuangan mencari keredhaanNya belum berakhir...

    Sebenarnya topik yang bermain di kepala aku beberapa hari ini ialah mengenai apa yang dikatakan sebagai salafi/salafiah, sufi , wahabi dan yang sewaktu dengannya. Nak dikatakan topik ini sebagai perbincangan pun tak sesuai juga sebab ini hanyalah coretan yang bukan bersifat ilmiah dalam erti kata sebenar,, sekadar coretan lintasan hati...
    Hal salafi dan adik beradiknya ini selalu sangat mencuit perasaan disebabkan terlalu banyak kes yang berkaitan diketemui di dunia nyata kat mesir ni , dan juga sudah tentu dalam dunia maya sperti komuniti2 internet seperti al ahkam dan sebagainya.
    Perbalahan dan pertelingkahan golongan yang mendakwa salafi/ salafiah ini selalu sangat aku ketemui di bumi mesir ni walau begitu banyak ulamanya sekali pun. kenapa ya.. suatu fenomena yg memalukan ummat islam. Kita dah terbeban dengan pelbagai masaalah ummah dan dibebankan pula dengan masaalah berpuak2 sebegini, alangkah ruginya!
    Kenapa puak2 yang mendakwa salafi ini tidak fokuskan perbincangan mereka kepada permasaalahan ummah sebenar daripada hanya mencari kesalahan orang lain dan mencetuskan perkara remeh yg bukan kemungkaran secara sepakat akan tetapi hanyalah salah satu daripada pelbagai pendapat berdasarkan khilaf ummat islam itu ada hikmahnya. Tapi dari pemerhatian saya mereka ini tetap dengan pendapat mereka dan menyatakan pendapat orang lain yang berkebarangkalian betul itu adalah salah samasekali..
    Kita samasekali tidak meminta mereka membuang pendapat mreka itu dalam sesuatu masaalah akan tetapi apa yang kita mahu bahwa mereka juga mengiktiraf pendapat oramg lain yang berkemungkinan betul selama mana ianya berdasarkan kaedah islam yang sahih dan betul.
    Akan tetapi ketassuban dan sifat suka memenangkan diri telah membutakan keilmuan mereka barangkali? kalau tidak kenapa berlaku seperti apa yg telah berlaku? Sikap suka menghukum orang lain dengan sewenang-wenangnya, itu bukan akhlak islam sebenar... lalu terdengarlah kita perkataan seperti itu bid;ah , ini bid'ah itu sesat dan ini dhalal..........

    Sebenarnya kalau nak diikutkan itu golongan yang mengadakan mazhab salafi itu sendiri adalah pembid'ah terbesar! Bagaimana boleh wujud satu lagi mazhab keagamaan yang bersifat aqidah untuk membezakan kejatiandiri dan ciri2 mereka dari ummat islam ahlu sunna wal jmaah yang lain? bukankah ini bid'ah yang terbesar sekali?
    Mereka mendakwa mereka adalah di atas mazhabsalafussoleh terdahulu. Huh,, karut.. salafussoleh dahulu yang mana kita diminta mengikuti mereka tidak mempunyai apa yang dikatakan mazhab `salafi atau salafiah` pun!!..

    Mereka hanyalah satu ummat terbaik yang dikeluarkan di dalam tiga kurun yang disebutkan oleh rasulullah dalam satu mafhum hadithnya yg thabit "sebaik2 kurun adalah kurunku, kemudian yang seterusnya dan kemudian yang setrerusnya..."
    Jadi secara ringkasnya apa yang adil kita katakan bahawa, salaf hanyalah satu tempoh masa keberkatan yang telah berlalu dan bukannya satu mazhab yang boleh kita katakan `i'm belong to salafi'.. itu karut.. karut...

    Memanglah kita secara umumnya selalu digesa agar mengikut dan mencontohi salaf dalam ketaqwaan dan akhlak mereka, kerana merekalah sebaik2 ummah lebih2 lagi merekalah yang lebih arif dengan kejatian wahyu sunnah dan sebagainya kerana mereka penyaksi wahyu, hidup bersama rasulullah atau paling kurang pun mereka adalah yang paling dekat dengan zaman penurunan wahyu..
    Kita terlalu bebal dan bengang jikalau kita memestikan diri kita mengikuti mereka dalam segala2nya dan kita tanpa sedar telah menyempitkan agama kalau kita mengatakan makan atas meja adalah bid'ah , makan dengan camca adalah makruh dan sebagainya yang berkaitan dengan semata2 kehidupan yang tiada makna ta`abbud di dalamnya.

    Mengikuti dan mencontohi mereka dalam akhlak dan tindakan kesolehan mereka dalam kehidupan mereka bukan bermakna kita bermazhab dengan mazhab yang mreka sendiri sesekali tidak menyatakan `aku bermazhab salafi!!`. Akan tetapi gesaan mengikuti mereka adlah kerana mereka adalah ummat contoh dan kerana mereka ummah yang telah berjaya menterjemahkan islam sebenar dalam kehidupan mreka. Jadi jagn samakan mengikuti salaf dengan bermazhab dengan mazhab yang dikatakan salafi atau salafiah.. itu perbezaan yang jelas. Contohnya samalah sperti kita mengatakan bahawa aku adalah muhammadi @ muhammadiah... apakah kita boleh mengatakan kita belong to muhammad? sedangkan kita ummat islam? junjungan kita sendiri nescaya tidak akan redha dengan fenomena pembezaan ini!! dan dalam quran kita sendiri dilarang agar jangan mati melainkan kita adalah muslim?! ini tak lain tak bukan adalah kebebalan kita sendiri dan sudah tentu merupakan batu penghalang kepada penyatuan ummah. itu penyakit kita yang tak habis2 sejak dahulu lagi sampailah sekarang....
    Cukuplah kita dengan 4 mazhab feqh terbesar yang muktabar, itupun belum habis2 dengan pengikut2 fanatiknya lalu mencemarkan ketenangan ummah, tetiba kita dibebankan pula dengan permasaalahan mazhab yang dikatakan salaf atau salafiah pula ..!!

    Dan lagi, tindak tanduk golongan ini seolah2 menggambarkan bahawa salafussoleh itu sama sekali tidak pernah berselisih pendapat sesama mereka.Mereka mengatakan salaf begini dan begitu dan kita mesti begini dan begitu, seolah2 tiada pendapat lain dari salaf lain dalam perkara itu? itu barangkali tapi bukan secara mutlaq, mereka pun secara pastinya berselisih pendapat sebagaimana yang termaktub akan tetapi mereka saling menerima dan mengiktiraf dengan pendapat orang lain selama mana tak bercanggah dan terkeluar dari kaedah umum islam. Sayangnya, akhlak mereka menerima yang terbuka pendapat orang lain inilah yang tidak diambil pakai oleh golongan yg mendakwa salafi sekarang. Itu yang cacatnya.... dan itulah yang memalukan dan menyibukkan ummah dari membangunkan bumi Allah dengan syaariatNya...

    Di bumi ilmu ini (mesir) sini fenomena perang hujjah di antara sufi dan salafi memang jelas. ye jelas memalukan sebenarnya.. tiada mana2 puak yang maksum dan sempurna, terkadang puak yag satu tu kalah dalam berhujjah dan terkadang puak ini. Tapi yang jelasnya fenomena yang memalukan; hakikat yang tak boleh disangkalkan lagi.
    Saya dapati di sini ada satu akhbar yang bernama `aqidati` @ aqidahku, akhbar inilah yang menjadi gelanggang tempat membentangkan hujjah2 kedua2 puak bilamana ada sebarang permasaalahan. Sekali pandang macam baguslah seolah2 akhbar ni sebagai taqrib atau pendekatan kepada kedua2 belah pihak. walaupun aku sebenarnya pun tak pasti samaada baik atau tidak. sebab natijah akhirnya memang tiada kata sepakat sama sekali dalam kebanyakan hal. Yang lebih meragukan apabila aku lihat ketua editornya atau orang besar yang mengendalikan akhbar ini pun juga merupakan enjin kepada beberapa majalah dan akhbar kemungkaran yang lain!! Huhh.. apa makna di sebalik semua ni agaknya????

    Penyakit kita sekarang; puak yang mendakwa salafi dengan kebenaran mutlaq hanyalah milik mereka sedangkan puak sufi pulak mengatakan kami adalah ummat terpilih. Kelakar sungguh kedua2nnya... bukan kebenaran atau ummat terpilih tapi masaalahnya sekaranng ialah masing2 maghrur @ tertipu dengan diri sendiri !!! itu sebenarnya.... wahai si fulann... lihatlah musuh sedang bergelak ketawa dengan kebebalan kalian itu...

    kepada mereka yang dikatakan sufi atau sufiah pada nama itu kita katakan : apakah manusia itu mengatakan diri sendiri adalah suci dan sempurna? itu perasan namanya... dan apakah perkumpulan para awliya pada tempat sekian pada waktu sekian pada tahun sekian ,, juga kedudukan sesetengah wali pada langit sekian dan sekian itu dakwaan yang mempunyai dalil? datangkan dalil walau pun sekadar hadith dhaif kalau memang ada? ataupun itu hanyalah termasuk dalam khayalan yang diselinapi falsafah korup?
    Atau apakah agama islam ni belum sempurna lalu dilengkapkan pula hakikat dan syariatnya dengan mimpi2 serta ilham yang entah dari mana sumbernya? Kalau kalian nak menjawab dari ketaassuban dan emosi maka jawablah kepada orientalist yang mempertikaikan kemistikan kalian, dan kalau kalian nak menjawab dengan pertimbangan al quran dan sunnah maka ahlan wasahlan, tentu Quran dan sunnah kita junjung awal2 lagi... hasbiyallaahh....
    Hentikanlah perbualan kalian dengan istilah2 yng memening dan membingungkan orang lain, dan cukuplah kalian dengan zikir2 yang ma'thur serta sunnah2 yang belum terbuat daripada menyibukkan diri dengan istilah wahdatul wujud, qutub tak qutub dan sebagainya itu....
    Pernah sekali saya menjenguk satu majalah sufiah rasmi disini yang antaranya menyiarkan laporan tentang hal ehwal perjalanan persatuan mereka. Dilaporkan dalam satu laporan itu mengenai satu perbicaraan mahkamah kerana hal merebutkan hak penjagaan dharih kubur !!! Huh.. orang sufi berkelahi dan brmahkamah pasal hakpenjagaan menara kubur!!?? sucinya hati sufi sampai begitu sekali boleh berkelahi hal2 yang tak patut sama sekali berlaku.

    Dalam satu lagi berita disiarkan gambar anak perempuan salah seorang khalifah tarekat dalam majlis perkahwinannya di sebuah masjid. Gambar pasangan pengantin berpakaian ala barat , aurat tak ditutup dengan sempurna !! ... Huh.. sufi title dan tanpa pertimbangan ilmu begitulah yang kita katakan tidak. kalau dia mendakwa (kalau benar ada-tapi tiada, ini bermakna dia redha dengan apa yang berlaku ) berlepas diri daripada perbuatan orang di majlis itu, maka apahal dia bersama bergambar dengan gembiranya di sisi pengantin ala barat tersebut dan disiarkan pula dalam majalah `tasawwuf` tanpa rasa sedikit aib pun?!!
    Dan di kulit belakang majalah itu pula disiarkan iklan yang menampilkan perempuan tabarruj dengan nyata dan besar sekali.
    Jadi di manakah tasawwufnya mereka yang berada dalam persatuan ini kalau tiada teguran dan berterusan begitu pulak. Antara ciri2 tasawwuf ialah kewarakan, kewarakan ialah meninggalkan perkara syubhat apatah lagi yang haram... menayangkan gambar iklan perempuan tabarruj itu bukan lagi syubhat bahkan haramm... .Jadi kalau tasawwuf atau sufi tanpa ilmu syariat maka jadilah sufi `jadian`... inilah yang karutnya... itu beberapa contoh dari contoh yang banyak...

    Kalau masuk mendaftar persatuan sufi ini boleh menjadikan kita secara automatik ummat terpilih dan suci maka saya pun ingin juga, tapi yang jelasnya kita sekadar mendapat title yang tak boleh memberikan apa2 kebaikan akhirat pun kepada kita..

    Jadilah sufi sebenar dengan beramal soleh, memperjuangkan hukum hakam agamaNya dengan ikhlas dan istiqamah, dan bukan dengan pelbagai istilah dan interpretasi dalil menyeleweng yang boleh membawa kepada bid'ah dan kebingungan serta fitnah kepada masyarakat..

    semoga ummat islam sentiasa dirahmati Allah
    hingga jumpa lagi di leteran dan cakap tak serupa bikin yang lain... ;) abgnie.blogspot.com

    Muslim4Ever
    PakLang @ AbgNie