Menu Utama

   WebLog PakLang Al-Azhary
 & Kroni

Paklang's profile




Tanda Buku Lawatan

Bunyi latar & Tag Mesej

Midi , Lagu & Radio

<bgsound src="http://geocities.com/mustanni/kennyg2.mid" loop="true">


<a href='http://cybermedia.mmu.edu.my/ext/ikimfm.asx'>Play Radio IKIM.fm</a>
(klik play)

                      TagBoard

Nama Anda

Web atau Mail-E Anda

Messages(emoticon)

Antara Coretan² Lalu

  • Gejala Sosial- Realiti Malaysia
  • Rahmat Ramadhan
  • Untuk Apa Wakil Amerika Hadiri Perbicaraan Lina Jo...
  • kekejaman israel zionis laknatullah
  • Terhina akibat perbuatan sendiri !
  • Cerita lengkap seorang pengunjung hadir di Hotel C...
  • Apakah Kita Perihatin Sebagai Ummat Islam ?
  • Takziah Untuk Keluarga Allahyarham Emy @ Sri Syarm...
  • FINAS jangan gadaikan maruah masyarakat Malaysia
  • Jangan peluk cium, jadi pelacur ok
  • Arkib Coretan Kami

  • 06/2003 - 07/2003
  • 07/2003 - 08/2003
  • 08/2003 - 09/2003
  • 09/2003 - 10/2003
  • 10/2003 - 11/2003
  • 11/2003 - 12/2003
  • 01/2004 - 02/2004
  • 04/2004 - 05/2004
  • 05/2004 - 06/2004
  • 06/2004 - 07/2004
  • 08/2004 - 09/2004
  • 09/2004 - 10/2004
  • 10/2004 - 11/2004
  • 11/2004 - 12/2004
  • 12/2004 - 01/2005
  • 01/2005 - 02/2005
  • 02/2005 - 03/2005
  • 03/2005 - 04/2005
  • 04/2005 - 05/2005
  • 05/2005 - 06/2005
  • 07/2005 - 08/2005
  • 08/2005 - 09/2005
  • 09/2005 - 10/2005
  • 10/2005 - 11/2005
  • 01/2006 - 02/2006
  • 04/2006 - 05/2006
  • 05/2006 - 06/2006
  • 07/2006 - 08/2006
  • 08/2006 - 09/2006
  • 10/2006 - 11/2006
  • 03/2007 - 04/2007
  • Current Posts

  • Permata Mukmin

    Tidak Aku jadikan jin dan manusia malainkanuntuk pengabdian kepada-Ku. Aku tidak mengkehendaki rezki sedikitpun daripadamereka dan Aku tidak mengkehendaki supaya mereka memberi Aku makan.”
    - Surah az-Zariyat: ayat 56-57.

    Laman Cetusan Ilham PakLang Hak Cipta Terpelihara 2003-2004-Weblog-

    This page is powered by Blogger. Isn't yours?

    Current Idol


    Salam Eidul Fitr

    Friday, November 21, 2003

    dimulakan dengan kalimah bismillahhirrahmanirahim........

    Assalamualaikum abgnie dan warga pengunjung laman abgnie. blogspot.
    seronok memabaca tulisan paklang..dan terasa ingin menaip juga tangan ini.;)hee..tapi tulisan ini tidaklah boleh menandingi tulisan paklang kalau dipertandingkan. paklang memang seorang penulis, kan gitu!
    Raya nak dekat dah. mm..baju tak siap lagi. baju adik-adik pun belum jahit lagi ni. malam tadi pun tidoq lewat dah. dulukan baju orang lain, baju sendiri kemudian.
    ntah apa yang di sibukkan, sampai dah last minit camni terhegeh-hegeh nak buat benda tu sumer. mm, patutnya dah boleh dok rehat time ni, kan! macmla banyak sangat orang tempah baju. sampai waktu ni pun tak boleh nak selesaikan sumer tu. tapi agaknya suka buat kejer last minit kot. kawan aku masa kat kolej suka cakap camtu pada aku. memang suka buat kejer last minit pun. ntah la!:D. tak tau nak habaq la lagu mana!
    dah plan, raya ni kononnya nak cuti sampai raya ketiga nanti baru balik kl. mm..macam la lama benor 3 hari. hee..bagi kami ni lama la tu sebab jarang cuti kan. tapi, nak dok 3 hari kat perak tu pun adik-adik dah rasa macam tak setuju. bukannya apa.hee..aktiviti harian bertenet tak leh diteruskan la kalau dok kat kampung. kat sana cuma ada sedara mara jer.
    raya, nampaknya kena drive sendiri tahun ni. sebab abang balik kampung mem dia kat sitiawan. kalau last year, follow abang walaupun drive sendiri. kali ni kira balik sendiri. takperla, kan ramai penghuni jalan raya yang lain boleh teman. tak kesunyian, insyaallah.
    harini dah last day kerja. maka seperti kebiasaannya warga kerja kat sini akan bersalam-salaman pergi ke tempat sumer kengkawan department lain. mm..terasa kesayuan jugak sebenarnya bermaaf-maafan ni. banyak dosa kot!manusia biasa, tak terlepas dari sumer tu kan. dan harini pun, ramai jugak yang dah bercuti. kat jalan raya tadi pun terasa kurang kenderaan.
    mm..memang sumer tempat pun dah bercuti jugak kot.aku macam biasala..company shut down seminggu. maka aku ikut jer. tak perlu ambik cuti awal atau terlebih cuti. maklumlah orang kl la katakan! tapi ada kengkawan yang marah bila aku cakap camtu. sebab kata jer orang kl tapi balik kampung gak..hee...aku memang orang kl pun, depa tak caya tak leh nak wat per aarr...tapi, aku lahir kat perak! :D. byk tempat sebenarnya aku ni membesar dan begitu juga adik beradik yang lain. kami kira merantau jugak la kot. :|mm..arwah abah dulu bukannya askar atau polis yang membuatkan kami merantau. tapi tak semestinya bukan polis atau sebagainya tak boleh berhijrah ,. kan!ntah aper pulak citer aku in, pasal hijrah pulak. sajer jer selitkan sikit. itu kisah arwah ayahanda. tapi anak dia ni, mungkin tak kot! dari dulu sampai la, aku tak pernah berenggang ngan family. masa sekolah pun , tak pernah bersekolah asrama dan sekarang ni dah kerja pun, memang rasanya tak akan berjauhan ngan keluarga. mungkin kot! tapi, tak tau ler di takdirkan pada masa akan datang.
    mm..kad raya tu penting ker? hee..tak dapat kad pun. tak penting la kot noo..aku pun tak kreatif untuk menghantar kad ataupun e card kepada sahabat. dah lama dah tak berbuat demikian sebenarnya. mm , takper la. kita pun bukannya jenis rajin memberi, maka standard la tu takde saper yang nak memberi. hee..
    tak dapat kad raya pun takper. dapat sms pun ok la. sebab aku ni jenis yang rajin ber'sms'..:) kepada sesiapa yang berkenaan tu, sudi-sudikanlah taip sms untuk saya:) saya pasti membalasnya.
    rasanya harini macam banyak masa free. tak tau dah nak tulis aper. cuma sejak awal tadi hasrat hati ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitr kepada sumer terutama kepada warga pengunjung web ini.;) dan yang sedang membaca tulisan ini.:)
    dan perlu juga diucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada paklang yang telah mengujudkan web ini. dan memberi peluang tangan yang tidak kreatif ini untuk meluahkan rasa hati.;) sukala saya ucapkan selamat hari raya aidilfitri dan maaf zahir bathin. tiada apa yang diharapkan selain ukhuwah yang diredhai allah jua. dan juga yang masih di bumi mesir sana, hanya kiriman doa ajer la yer. tak leh kirim kuih sebab tak buat kuih pun. hee...nak kuih balikla mesia cepat noo..


    salam kejauhan



    Coretan Kami - We are Moslem : Islam Selamanya

    Coretan Kami - We are Moslem : Islam Selamanya


    menziarahi bank

    Sunday, November 09, 2003

    Nampaknya dah lama tak menulis dalam blog ni. Hajat tu memang nak menulis pasal
    ramadhan. tapi ntah bagaimana, tapi tak berkesempatan dicampur malas yg berlebihan.
    Jadi kali ini sekadar coretan2 biasa sahaja...terima kasih kepada teman2 dengan pengisian
    mereka... :)

    Hari ni walaupun dalam keadaan kurang sihat aku bertolak juga ke cairo untuk
    `menziarahi bank`. "masr, masr, ramses ramses" terdengar laungan `kalendan` van
    yg aku biasa naik untuk ke cairo.
    Sepanjang perjalanan hari ini, aku dapati langit tak kelihatan langsung, dilitupi
    awan mendung yang agak tebal, agaknya sebab itulah hari ni kedinginan sedikit tapi
    tak hujan2 juga pun setelah sekian lama.
    Aku cuba merubah kebiasaan ku apabila dalam perjalanan dengan membaca quran,tapi
    tak selesa dalam keadan sok sek sok sek tu. ahh,, aku rasa semakin demam pula dalam
    kedinginan pagi tu.
    Sampai di Ramses kelihatan ramai orang dengan hal masing2.Aku sengaja jalan lambat2
    menuju ke tempat mengambil pengangkutan seterusnya. Sesekali balik cairo seronok juga
    melihat karenah manusia, nampaknya penjual jalanan semakin banyak terdapat di ramadhan
    ini. Macam2 `hagah` raya di jual seronok pula berjalan di tengah keriuhan begitu,
    cuma matalah yang kurang terjaga sikit disebabkan pakaian kaum hawa yang tak sedar
    diri dan tak hormatkan ramadhan ini.Apa boleh buat.
    Semasa turun dari van tadi aku sempat menoleh ke arah tempat biasa aku menjamu selera.
    Ehhh!.. buka rupanya, ingatkan ditutup kedai makan awal2 pagi di bulan puasa begini.
    Aku cuba dalamkan lagi mataku melihat ke dalam kedai...ahh, aku lihat ada orang sedang
    menjamu selera pula!.. tak pasti pula sama ada muslim atau tidak, yang pastinya
    itu adalah arab,, dan kedai makan itu adalah kedai muslim. Dan tak pasti pula
    aku pasal undang2 hisbah menangkap orang yang tak berpuasa di bulan ramadhan ini
    wujud atau tidak.. kalau tak wujud maka amatlah aib di negara islam yang mejoriti
    penduduknya adlah muslim!!

    Aku menerukan perjalananku ke perhentian bas sambil melihat2 barangan penjual jalanan.
    Sekarang aku menaiki bas dan mengambil tempat di satu kerusi yang masih kosong.
    Tiba2 ada seorang mek arab duduk di sebelahku.. hmm..ini yang lemah ni. Aku cukup
    minta agar dielakkan situasi yang sebegini.. tak selesa dibuatnya,, tapi apa
    boleh buatkan,, itu bukan bas aku punya..hee.
    Bas bergerak,aku dari awal tadi terus melemparkan pandangan aku ke luar tingkap
    dan tak sesekali menoleh...memang tak selesa nak menoleh kalau ada pompuan di tepi,
    boleh bersentuhan bahu pulak tu.Tensen betul keadaan begini. Kalau terus begini sakit la
    tengkuk aku kan, aku membetulkan tengkuk, dari situ aku perasan si mek arab tadi
    mengelurkan quran kecil dan membacanya. Ohh.. bagusnya dia. Itulah antara fenomena
    yang aku kagum dan tak pernah lihat lagi berlaku di malaysia, iaitu orang membaca
    al quran di dalam bas2 dan senagainya di perjalanan. Semasa aku dalam perjalan balik pun
    aku ternampak beberapa orang dalam bas dan van penambang membaca al quran.
    Alhamdulillah... masa diisikan dengan zikir kepada Allah. adakah fenomena ini
    di malaysia? wallahua'lam sebab aku sendiri tak pernah hidup di bandar besar
    seperti KL.
    Renungkan satu hadith yang diriwayatkan dalam musnad imam ahmad :"Puasa berkata:wahai
    tuhan,engkau menegahnya makan dan minum, maka jadikanlah aku syafaat baginya,
    Berkata pula alquran:'wahai tuhan, aku telah menghalangnya tidur, maka jadikanlah
    aku syafaat baginya' lebih kurang begitu mafhumnya... kalaulah kita penuhkan
    masa kita dengan membaca quran lebih2 lagi di bulan puasa begini,,tentulah
    kita diantara orang yang berhak mendapatkan syafaat al quran di akhirat kelak.
    dan tentulah juga mata dan fikiran kita terhalang melakukan aktiviti yang boleh
    mencacatkan ibadah puasa kita bukan?

    Sok sek sok sek,, demam dan selsema aku menjadi2... aku terseksa betul ketika
    dalam bas dan van.Rasa malu la kat arab2 bila aku mengesat hingus yang degil
    dan bersin acapkali. alahaii... sabar ajalah.. sabar....buat donno...

    sampai di bank dalam pukul 8 30 pg,aku ingatkan boleh masuk terus, tapi belum dibuka..
    terpaksalah aku nunggu kat luar tu dalam keadaan `meleleh` bersin2 kedinginan sampailah
    jam hampir 10 pg! Ohh.. mmg la malang,, aku hampir menyumpah bank tu.. tapi teringat
    pula aku berpuasa.. sabar...
    Selepas menyerahkan passport aku pun nunggulah pula untuk pastikan urusanku dibereskan.
    tapi belum pun ada apa2 tindakan daripada pegawai yg bertugas. Orang yang datang untuk
    urusan mereka semakin ramai.ehhh apa hal pulak ni? huh.. berjam menunggu situ
    barulah dimulakan proses siapkan urusan klien.Passport dah bertambun, malang lagi
    orang yang datang lambat pula didahulukan, yang awal disebabkan passport dibawah jadi
    jadi lambatlah gilirannya. Betul2 la tak tahu mana yang patut didahulukan pegawai sorang
    ni..aku yang dah berjam mennunggu rasa nak menjerit dan memarahinya ketka itu juga.
    tapi sabar ajalah,, dan memang tak berani pun sebab nanti naya je kena halau dengan
    pengawal 2 orang tu yg nampak bengis tak pernah senyum tuh. sabaaar laagii.
    Hangpa tau dak aku demam sekrang niii.. takdak perasaan langsung la.. tak reti
    nak hormatkan orang ka.

    Selama aku berurusan dengan bank ni sejak dahulu, memang beginilah sistemnya,tak
    pernah tetap, kejap begitu dan kejap begini.Betul2 memening dan menyusahkan orang
    Aku tak fahamlam dengan arab nih!!. walaupun pegawai2 situ comel2 belaka aku tengok,
    tapi aku tetap sakit hati la sebab lambat buat kerja layan klien.
    Hari itu aku rasakan aku dah tewas, tewas sebab perasaan ketidaksabaran aku
    dan juga mata aku yang terperasan akan kaum tu yang berpakaian tak senonoh
    juga pegawai2 bank perempuannya yang rata2nya berpakaian `seksi`.!!
    Taip sedih sebab mereka itu adalah muslimah jua.. moga Allah beri petunjuk kepad kita.


    Diriwatkan dalam sunan ibnu majah"Puasa itu adalah sebahagian kesabaran,dan kesabaran
    itu pula adalah separuh Iman" . Ya sabar dalam segala hal, di manakah aku ketika
    perasaan marah menguasai diri ketika dilanda demam seksa dunia itu dan dimana
    pula aku dikala tak sabar melepaskan pandangan ke sana dan ke sini? Di manakah
    aku sekarang?
    Sabar dalam mentarbiyah nafsu dan menjauhi larangan akhlak itu adlah satu mujahadah.
    Puasa tanpa kesabaran adalah puasa yg hampir kosong daripada ruh puasa itu sendiri.
    Bagaimana seseorang itu boleh dikatakan berpuasa sedangkan dia hanya menahahan diri
    daripada perkara2 yang dihalalkan oleh Allah dan pada masa yang sama tidak menahan dirinya
    daripada perkara2 yang diharamkan oleh Allah?

    Benarlah junjungan kita yang pernah bersabda:"Tiap2 amal anak adam itu adalah baginya
    melainkan puasa, sesungguhnya ia adlah bagiku dan akulah yang akan memberikan
    ganjarannya, dan puasa itu adalah penghadang" (bukhari dan muslim)

    Jumpa lagi dicoretan lain, semoga puasa ini menjadikan kita seorang muslim yang lebih baik
    daripada semalam dan selamat meningkatkan ibadah di bulan yang penuh dengan keberkatan ini.

    Middle east as always
    PakLang