Menu Utama

   WebLog PakLang Al-Azhary
 & Kroni

Paklang's profile




Tanda Buku Lawatan

Bunyi latar & Tag Mesej

Midi , Lagu & Radio

<bgsound src="http://geocities.com/mustanni/kennyg2.mid" loop="true">


<a href='http://cybermedia.mmu.edu.my/ext/ikimfm.asx'>Play Radio IKIM.fm</a>
(klik play)

                      TagBoard

Nama Anda

Web atau Mail-E Anda

Messages(emoticon)

Antara Coretan² Lalu

  • Gejala Sosial- Realiti Malaysia
  • Rahmat Ramadhan
  • Untuk Apa Wakil Amerika Hadiri Perbicaraan Lina Jo...
  • kekejaman israel zionis laknatullah
  • Terhina akibat perbuatan sendiri !
  • Cerita lengkap seorang pengunjung hadir di Hotel C...
  • Apakah Kita Perihatin Sebagai Ummat Islam ?
  • Takziah Untuk Keluarga Allahyarham Emy @ Sri Syarm...
  • FINAS jangan gadaikan maruah masyarakat Malaysia
  • Jangan peluk cium, jadi pelacur ok
  • Arkib Coretan Kami

  • 06/2003 - 07/2003
  • 07/2003 - 08/2003
  • 08/2003 - 09/2003
  • 09/2003 - 10/2003
  • 10/2003 - 11/2003
  • 11/2003 - 12/2003
  • 01/2004 - 02/2004
  • 04/2004 - 05/2004
  • 05/2004 - 06/2004
  • 06/2004 - 07/2004
  • 08/2004 - 09/2004
  • 09/2004 - 10/2004
  • 10/2004 - 11/2004
  • 11/2004 - 12/2004
  • 12/2004 - 01/2005
  • 01/2005 - 02/2005
  • 02/2005 - 03/2005
  • 03/2005 - 04/2005
  • 04/2005 - 05/2005
  • 05/2005 - 06/2005
  • 07/2005 - 08/2005
  • 08/2005 - 09/2005
  • 09/2005 - 10/2005
  • 10/2005 - 11/2005
  • 01/2006 - 02/2006
  • 04/2006 - 05/2006
  • 05/2006 - 06/2006
  • 07/2006 - 08/2006
  • 08/2006 - 09/2006
  • 10/2006 - 11/2006
  • 03/2007 - 04/2007
  • Current Posts

  • Permata Mukmin

    Tidak Aku jadikan jin dan manusia malainkanuntuk pengabdian kepada-Ku. Aku tidak mengkehendaki rezki sedikitpun daripadamereka dan Aku tidak mengkehendaki supaya mereka memberi Aku makan.”
    - Surah az-Zariyat: ayat 56-57.

    Laman Cetusan Ilham PakLang Hak Cipta Terpelihara 2003-2004-Weblog-

    This page is powered by Blogger. Isn't yours?

    Current Idol

    Friday, January 16, 2004

    Tempoh hari di satu pagi jumaat yang indah,aku mendapat satu sms yang agak mengejutkan dari seorang adik mansurah. Aku terkejut membaca sms yang mmg SMS sangat tu hingga rasa keegoanku terselah jelas. Aku ingin membalas segera dengan kasar dan emosi. Alhamdulillah aku dapat kawal perasaan itu lalu aku membalasnya dengan cara yang lebih bagus.

    Sms tu terlalu sms/SHORT/ hingga mendatangkan salah faham sebenarnya. Apa yang aku faham si adik tu mengatakan seolah2 aku telah memfitnahnya dan dia tak percayakan aku lagi.
    Ketika itu aku ingin menelefon dan membalas sms nya itu dengan mengatakan bahawa aku sekali2 tiada mengharapkan kepercayaannya pun, sungguh aku tiada hajat kepada kepercayaannya dan juga ustazah2 lain pun,mereka boleh saja nak percayakan aku atau tidak,semua itu sikit pun tak memudharatkan aku;manakala hantar sms mengatakan tak percayakan aku lagi maka itu adalah hinaan sedangkan aku tidak meminta sesiapa percayakan aku,jadi jgn cuba mengugut aku dengan ayat itu lagi.huh.. betapa egonya aku kan ketika itu?,nasib baiklah aku dapat kawal lalu aku sms nya dengan tenang dan mengatakan aku tiada tahu menahu tentang fitnah itu dan dia boleh terus menganggap begitu terhadap aku asalkan dia bahagia.
    heh.. sebentar sahaja selepas delivered, aku terus mendapat panggilan penjelasannya.RUpa-rupanya salah faham sahaja.hee.. emosi jugak aku rupanya hmmm.
    Walau pun begitu aku tetap tak suka ayat akhir smsnya itu yang mengatakan agar jgnlah menyebabkan dia juga hilang kepercayaan terhadap aku seperti mana beberapa orang senior/ustazah/mnasurah telah lakukan kepadanya. Aku ingin menjawab dengan keegoanku bahawa aku sesekali tak mengharapkan kepercayaannya pun.Tapi aku simpan dalam peti sejuk rapat2 ayat keegoan aku tu,aku masih dikawal oleh adab dan budi lagi.Agaknya kalau diluahkan juga ayat2 tu tentu nangis siadik ni,tak sampai hati pulak..hmmmm.. tapi.. ingin sangat rasanya meluahkan ayat tu... heee.. betul la orang cakap aku ego...apa pendapat kalian?hee..malu jugak sikit2 rasanya...
    Satu mafhum hadith untuk renungan kita bersama :"tidak masuk syurga orang yang ada dihati nya walau sebesar zarah ketakburan (kibr)"
    Kibr ni dalam sebahagian ayat arab boleh juga diterjemahkan sebagai ego, dan ketakburan sendiri pun ada makna ego di dalamnya. Jadi sama2 la kita berhati2 agar perasaan kibr tu tiada dalam hati kita. insyaAllah.. :)

    PakLang dalam keegoan
    middle east delta as always

    Tuesday, January 13, 2004

    Assalamualakum warahmatullahi wabarakatuh

    Sesekali muhasabah diri tentulah bagus kalau disertai dengan tindakan untuk berubah ke arah yg lebih baik bukan? Masaalahnya sekarang ini selalu menyedari kesalahan dan kelemahan diri di bibir dan di dalam hati! tapi tetap tiada perubahan,tiada mengkoreksi diri yang ada hanyalah sekadar keluhan alahai! aku rasa begitulah aku hingga kini. Aku menjangkakan satu perubahan besar dan drastik bermula semenjak bulan puasa lepas,tapi alangkah lemahnya diri ini,dah tewas sebelum pemergian ramadhan,hmmm pi mai pi mai tangtu jugak. salah siapa? tentu diri sendiri `wa la taluumuu illa anfusakum !!

    Aku rasa tika ini akulah manusia paling kerdil tapi penuh keegoan.Nak terangkan bagaimana tentu tak semua rahsia kita perlu dedahkan,dan tentu juga tak semua penilaian diri hanyalah dari kanta sendiri bukan?! perlu juga kritikan ikhlas orang kalau betul mahu tahu sedikit sebanyak tentang diri sendiri asalkan bersedia untuk berlapang dada. Yang pastinya aku tahu diri aku kerdil dalam pelbagai segi ditambah dengan ego pula dari sudut pandangan beberapa sahabat. Aku terima dengan berlapang dada,barangkali ada benarnya tanggapan mereka tu ye.

    alahai,tatau la apa nak jadi dengan aku , aku ingin berubah ya tuhan,kuatkanlah keazamanku dan berikan aku petunjuk sentiasa.amin ya rabb.
    Doa dan pengharapan tanpa amal usaha tiada guna juga bukan?BUkankah Allah berfirman dalam surah arra'd ayat 11 yg bermaksud:"sesungguhnya Allah tidak merubah hal sesuatu kaum itu hingga mereka sendiri yang merubah apa yang ada pada diri mereka itu"..sadaqallaah..

    Aku ingin berubah,ingin menjadi seorang insan yang ada disiplin diri penuh ketaqwaan,hmm dan juga sangat ingin ubah status... err.. ye status..

    wahai teman doakan moga aku teguh dalam perjuangan untuk berubah ini,sesungguhnya doa kejauhan itu mustajab...amin


    PakLang pasrah@parah


    kembali

    Saturday, January 10, 2004

    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

    Sudah terlalu lama saya tidak melakukan posting di blog ini,hmm rasanya kali terakhir posting ialah semasa bulan puasa lepas. samaada ketiadaan isu ataupun kemalasan menguasai diri untuk menulis?sibuk sangat sampai tiada masa? tidak sudah pasti,jadi tentu malaslah punca utamanya,hheh...takkan mengharapkan jurnalis jemputan untuk memeriahkan blog ini melainkan diri sendirilah kan, tapi apa salahnya kalau mereka2 itu rajin menulis dan mahu berkongsi pengalaman atau apa sahaja yang ingin mereka kongsi bersama.
    Saya tersenyum sendiri bila sesekali melihat tag mesej dari beberapa pengunjung yang sudi bertandang menanyakan posting coretan ini;terkadang rasa malu bila coretan2 sebegitu dibaca orang lain...ada juga ye yang sudi membaca coretan yang entah belum tentu ada faedahnya apatah lagi di segi ilmiahnya.
    Biarlah,selama mana sudi maka dipersilakanlah siapa2 yang nak membacanya dengan bebas,tiada masaalah. Sebenarnya coretan begitu saya jadikan bibit semangat untuk belajar menulis,itu sahaja rasanya. ya sudah pasti ada rasa hati ataupun beberapa hal yang saya ingin sampaikan melalui coretan2 yg ntah apa2 tu.
    Moga diperbetulkan kalau ada apa2 kesilapan dan keslahan nanti. :)

    Sebenarnya posting kali ini adalah sekadar muqaddimah untuk memulakan semula coretan2 yang telah lama terpendam tidak terposting...ataupun barangkali juga akan menjadi seperti `hangat2 tahi ayam` hee.. Biarlah saya hangat2 tahi ayam,saya tetap alu-alukan dan harapkan posting2 jurnalis2 yang telah disenaraikan di dalam blog ini.Kita tunggu dan lihat selepas ini la no... ;)

    fi amaanillaah

    middle east delta as always
    PakLang


    Pertemuan

    Wednesday, January 07, 2004

    hee...actually no idea pasal tajuk tu. cuma saya suka dengar lagu UNIC tajuknya pertemuan. tu jer la. saya teringatkan seseorang bila dengar lagu tu. mm..hee..mungkin orang tu tak tau kot. dan barangkali dia tau..dan buat-buat tak tau. ntah laa. segalanya mungkin.