Menu Utama

   WebLog PakLang Al-Azhary
 & Kroni

Paklang's profile




Tanda Buku Lawatan

Bunyi latar & Tag Mesej

Midi , Lagu & Radio

<bgsound src="http://geocities.com/mustanni/kennyg2.mid" loop="true">


<a href='http://cybermedia.mmu.edu.my/ext/ikimfm.asx'>Play Radio IKIM.fm</a>
(klik play)

                      TagBoard

Nama Anda

Web atau Mail-E Anda

Messages(emoticon)

Antara Coretan² Lalu

  • Gejala Sosial- Realiti Malaysia
  • Rahmat Ramadhan
  • Untuk Apa Wakil Amerika Hadiri Perbicaraan Lina Jo...
  • kekejaman israel zionis laknatullah
  • Terhina akibat perbuatan sendiri !
  • Cerita lengkap seorang pengunjung hadir di Hotel C...
  • Apakah Kita Perihatin Sebagai Ummat Islam ?
  • Takziah Untuk Keluarga Allahyarham Emy @ Sri Syarm...
  • FINAS jangan gadaikan maruah masyarakat Malaysia
  • Jangan peluk cium, jadi pelacur ok
  • Arkib Coretan Kami

  • 06/2003 - 07/2003
  • 07/2003 - 08/2003
  • 08/2003 - 09/2003
  • 09/2003 - 10/2003
  • 10/2003 - 11/2003
  • 11/2003 - 12/2003
  • 01/2004 - 02/2004
  • 04/2004 - 05/2004
  • 05/2004 - 06/2004
  • 06/2004 - 07/2004
  • 08/2004 - 09/2004
  • 09/2004 - 10/2004
  • 10/2004 - 11/2004
  • 11/2004 - 12/2004
  • 12/2004 - 01/2005
  • 01/2005 - 02/2005
  • 02/2005 - 03/2005
  • 03/2005 - 04/2005
  • 04/2005 - 05/2005
  • 05/2005 - 06/2005
  • 07/2005 - 08/2005
  • 08/2005 - 09/2005
  • 09/2005 - 10/2005
  • 10/2005 - 11/2005
  • 01/2006 - 02/2006
  • 04/2006 - 05/2006
  • 05/2006 - 06/2006
  • 07/2006 - 08/2006
  • 08/2006 - 09/2006
  • 10/2006 - 11/2006
  • 03/2007 - 04/2007
  • Current Posts

  • Permata Mukmin

    Tidak Aku jadikan jin dan manusia malainkanuntuk pengabdian kepada-Ku. Aku tidak mengkehendaki rezki sedikitpun daripadamereka dan Aku tidak mengkehendaki supaya mereka memberi Aku makan.”
    - Surah az-Zariyat: ayat 56-57.

    Laman Cetusan Ilham PakLang Hak Cipta Terpelihara 2003-2004-Weblog-

    This page is powered by Blogger. Isn't yours?

    Current Idol


    Nadi samseng

    Friday, May 28, 2004

    assalamualaiikum waarhmatullaah.

    MOga semua dirahmati Allah selalu..
    Saya jengok ni sekadar nak membaca posting.Fatrah sekarang ni malas segalannya,tak boleh nak menulis hmm kurang normal sikit keadaan diri sekarang.. :)

    Hmm posting mutakhir dari ukht kita psal satu majlis perkahwenan yg dihadirinya.Bagusla tu,saya tak sempat nak buat komen,tapi saya nampak apa yang cik sham kita cuba nak sampaikan. Terima kasih :)
    Kali ini saya sekadar nak `forward` risalah layang yg diedarkan kepada kami beberapa hari lalu. Cerita ni benar berlaku, cuma caranya saja tak betul. Saya buang apa2 yang tak patut dipaparkan macam tu identiti diri yang mengaibkan tu. Jadi serba sedikit bayangkan konflik dan krisis yang berlaku di sini diantara hmmm `agamawan`? ,ntah camana. sekadar untuk difikirkan dan dibuat pengajaran... :)

    # Artikel ini adalah risalah layang yang diedarkan oleh orang perseorangan yang tidak dikenali kepada warga Tanta berkenaan ketidakpuasan hatinya dengan tindakan exco UMNO dan sebagai pengajaran bagi semua pihak.Akan tetapi tindakannya itu kurang tepat kerana telah mengaibkan pihak2 yg terlibat dengan menyebut nama mereka secara khusus. Jadi saya sekadar menandakan ***** untuk menutup identiti mereka dan cukuplah diketahui berita ini secara umum bukan secara detail sebagai pengajaran.
    saya telah menandakan dengan ***** agar individu tersebut tidak dikenali.
    #Risalah layang yang asli tersebut disertakan dengan gambar dan contact exco nadi umno tersebut serta disebutkan nama sebenar pihak yang melakukan keaiban tersebut,jadi tak perlulah kita menambahkan lagi keaiban dengan menyebut nama mereka di sini pula.


    SAMSENG UMNO

    Haiyu Asyeir, 21hb MEI, 2004- satu perbuatan tidak bermoral telah dilakukan oleh seorang exco kelab umno Mesir,Encik **** exco ***** kelab umno mesir,perbuatan tidak bermoral yang dimaksudkan ialah cubaan exco tersebut untuk memukul seorang pelajar Terengganu di perkarangan Kompleks Pahang.
    Walaubagaimanapun kejadian itu hanya berakhir dengan pergaduhan mulut setelah ditenangkan oleh encik Yazid dan beberapa orang yg berada di sekitar tempat kejadian. Menurut seorang saksi yang berada di tempat kejadian yang enggan namanya disiarkan menyatakan encik ***** hampir2 memukul mangsa dengan menolak badan mangsa sebelum dileraikan oleh encik yazid. Manakala seorang kenalan mangsa yang sempat dihubungi dengan telefon menjelaskan punca pergaduhan berlaku kerana mangsa telah menegur dua orang ahli nadi wanita yang berpakaian tak senonoh keluar malam kira2 dua minggu yang lalu,kerana teguran itu mangsa pernah diberi amaran oleh encik **** supaya jangan campur urusan orang lain.Manakala kejadian yang berlaku semalam adalah rentetan daripada dua orang anggota nadi yang berduaan (si fulan dan fulanah) yg telah ditegur oleh mangsa pada hari ahad 16 hb Mei lepas jam 3 petang di Suq sayyarat. Menurut kawan mangsa lagi dua pelajar berkenaan telah melaporkan perbuatan mangsa yang yang menegur mereka kepada encik ***** . Disebabkan ketidakpuasan hati dengan perkara tersebut maka encik ***** bertindak ganas apabila cuba memukul mangsa kira2 jam 3 petang selepas solat jumaat. Kejadian ini merupakan satu kerendahan moral dikalangan exco kelab umno mesir kerana cuba membela ahli yang jelas melakukan maksiat.
    Dibimbangi kejadian seumpama ini akan menular di kalangan warga azhari di sedikit masa lagi.
    Kejadiah begini pernah juga berlaku sebelum ini pada tahun lepas apabila seorang anggota nadi dari Damanhur Ust ***** pernah mengugut untuk menampar pengerusi dewan perwakilan pelajar Iskandariah, ustazah Maheran kerana kelantangan beliau menentang gejala perpecahan yang dibawa oleh kelab Umno Mesir. Lebih memalukan lagi apabila Ust ******(di kedutaan) cuba melindungi perbuatan tak elok ahli2 kelab umno ini melalui tulisannya dalam warta JPMk bertarikh 1hb - 15hb mei 2004 bil 08/2004,muka surat 6. Bahkan banyak tulisannya seolah-olah cuba melindungi perbuatan tak elok ahli2 nadi di mesir ini.

    Reaksi...

    Selepas kejadian itu sedikit temuramah rambang telah dibuat,keputusannya menunjukkan ramai yang tidak setuju dengan perbuatan exco tersebut dan mengutuk sekaras kerasnya perbuatan tersebut. Manakala temuramah rambang yg dibuat dikalangan pelajar Terengganu,mendapati mereka mengutuk perbuatan tidak bermoral encik ***** tersebut bahkan ada di kalangan mereka yg telah bergegas untuk memukul encik ***** petang itu tetapi berjaya ditenangkan oleh beberapa orang pelajar lain.

    ----cukup setakat tu je kot.. :)

    moga semua kita diberi hidayatNya aminnn

    fi amaanillaah




    Anything....siri II

    Monday, May 24, 2004

    assalamualaikum

    sesajer nak menulis. semalam ada rakan kolej kahwin. sekarang ni..musim orang kawin kot. dan baju pengantin warna purple lembut. cantik!heee...
    pening gak yer org kawin ni..bukan apa! naper ye mesti di setkan waktu mempelai tu tiba mesti waktu zohor. agaknya depa tu solat zohor ker? dan tetamu tu pulak..sure la tak solat lagi. kesian kita! dahla sibuk nak tengok pengantin, pastu..lewatkan yang fardhu lak! cemana yer!
    saya agak tak berapa suka majlis org kawin ni. panas satu hal.. kalau pi ngan kenkawan terpaksa lah ikut selera diorang. nak balik cepat diorang sibuk nak bergambar ngan pengantin. ikut turn. sampai lewat la solat zohornya.hee..kelakar...dalam hati tepikir, alahaiii camtu ke nak kawin? tapi..by right pekara kita yang set. agaknya si mempelai boleh la ikut suka depa kan. maksudnya, samada lepas zohor baru stat majlis atau di percepatkan, iaitu sebelum zohor. so far, jarang jumpa mende camni. tapi...boleh kan. kawin tu perkara baik, dan kalau diikut syariat ...alahaaii lagila disukai Allah. kan gitu!
    dan lagi kalaula tuan rumah adakan sistem camni...buatla annoucement bila waktu zohor saper yang alert, nak solat zohor diberikan satu ruang khas. buatla annoucement. instead of announcement pasal ketibaan pengantin, tu pun penting gak la. nak bg tau sumer pengantin dah tiba. tapi utamakan la yang terpenting. kan cantik adanya kalau wujud sistem camtu.
    jahat sungguh saya ni! saya dok sibuk ini tak betul, itu tak elok..orang lain agaknya ok je tengok pengantin yang ayu tu. :) tu la saya tak suka pi tengok orang kawin.hee...ada-ada jer yang saya nak komen. sebenarnya ...mm... takperla maybe continue some other times kot. dah ada orang panggil nak betulkan network sat...

    wassalam...



    Coretan Kami - We are Moslem : Islam Selamanya

    Wednesday, May 05, 2004

    Kalimah Cinta


    Pepohon cintaku kian merimbun
    Semakin dicantas makin bertunas
    Tidak mampu mendustai hatiku
    Rasa cinta fitrah manusia
    Siapalah aku menolak cinta
    Yang hadir dijiwa tanpa dipaksa
    Hidup ini tidak akan sempurna
    Tanpa cinta dari tuhan yang esa
    Adam hawa bercinta di syurga
    Angkara iblis terpisah menderita
    Kerana cinta mereka setia
    Bertemu di dunia
    Dengan cinta kenal pencipta
    Dengan cinta kenal rasulnya
    Kerana cinta kenal saudara
    Bahagia keluarga
    Oo indahnya cinta
    Adam hawa bercinta di syurga
    Angkara iblis terpisah mmenderita
    Kerana cinta mereka setia
    Bertemu di dunia
    Hidup tanpa cinta sengsarala jiwa
    Sengketa dan dusta
    Yang merajai jiwa
    Di batasan cinta
    Syariat terjaga
    Tanpa keraguan
    Tanpa kesangsian
    Betapa sucinya kasihmu tuhan
    Betapa agungnya kebesaran mu
    Hidup ini mengharapkan cintamu
    Kekalkanlah rasa kehambaanku
    Kekalkanlah rasa kehambaanku






    anything..siri 1

    Assalamualaikum...
    baru stat kejer harini. setelah 4 hari bercuti.cuti umum sebetulnya. cuti maulidurrasul dan cuti wesak. aduhaii, seronoknya cuti. dan terasa malasnya nak bangun pagi untuk pi kejer. hee..kelakar.
    ngantuk sedikit sebab semalam bertenet sampai kul 3 pagi. hee..kelakar!
    nak citer apa lagi yer..? :) ni dah waktu lunch dah.
    sambung nantilah kalau rajin.......hee..