Menu Utama

   WebLog PakLang Al-Azhary
 & Kroni

Paklang's profile




Tanda Buku Lawatan

Bunyi latar & Tag Mesej

Midi , Lagu & Radio

<bgsound src="http://geocities.com/mustanni/kennyg2.mid" loop="true">


<a href='http://cybermedia.mmu.edu.my/ext/ikimfm.asx'>Play Radio IKIM.fm</a>
(klik play)

                      TagBoard

Nama Anda

Web atau Mail-E Anda

Messages(emoticon)

Antara Coretan² Lalu

  • Gejala Sosial- Realiti Malaysia
  • Rahmat Ramadhan
  • Untuk Apa Wakil Amerika Hadiri Perbicaraan Lina Jo...
  • kekejaman israel zionis laknatullah
  • Terhina akibat perbuatan sendiri !
  • Cerita lengkap seorang pengunjung hadir di Hotel C...
  • Apakah Kita Perihatin Sebagai Ummat Islam ?
  • Takziah Untuk Keluarga Allahyarham Emy @ Sri Syarm...
  • FINAS jangan gadaikan maruah masyarakat Malaysia
  • Jangan peluk cium, jadi pelacur ok
  • Arkib Coretan Kami

  • 06/2003 - 07/2003
  • 07/2003 - 08/2003
  • 08/2003 - 09/2003
  • 09/2003 - 10/2003
  • 10/2003 - 11/2003
  • 11/2003 - 12/2003
  • 01/2004 - 02/2004
  • 04/2004 - 05/2004
  • 05/2004 - 06/2004
  • 06/2004 - 07/2004
  • 08/2004 - 09/2004
  • 09/2004 - 10/2004
  • 10/2004 - 11/2004
  • 11/2004 - 12/2004
  • 12/2004 - 01/2005
  • 01/2005 - 02/2005
  • 02/2005 - 03/2005
  • 03/2005 - 04/2005
  • 04/2005 - 05/2005
  • 05/2005 - 06/2005
  • 07/2005 - 08/2005
  • 08/2005 - 09/2005
  • 09/2005 - 10/2005
  • 10/2005 - 11/2005
  • 01/2006 - 02/2006
  • 04/2006 - 05/2006
  • 05/2006 - 06/2006
  • 07/2006 - 08/2006
  • 08/2006 - 09/2006
  • 10/2006 - 11/2006
  • 03/2007 - 04/2007
  • Current Posts

  • Permata Mukmin

    Tidak Aku jadikan jin dan manusia malainkanuntuk pengabdian kepada-Ku. Aku tidak mengkehendaki rezki sedikitpun daripadamereka dan Aku tidak mengkehendaki supaya mereka memberi Aku makan.”
    - Surah az-Zariyat: ayat 56-57.

    Laman Cetusan Ilham PakLang Hak Cipta Terpelihara 2003-2004-Weblog-

    This page is powered by Blogger. Isn't yours?

    Current Idol


    Akademi HADHARI!!

    Monday, June 28, 2004

    Untuk kesekian kalinya aku berkrisis lagi dengan seseorang di sini.Rasanya dalam bulan ni sahaja sudah 4-5 kali krisis sebegini terjadi dengan insan yang sama!. Aku pun tak pasti apa sebenarnya yang berlaku,memamng salah aku 100% yang tidak memahami manusia lainkah ataupun si dia itu yang tak pernah cuba memahami dan menghormati perasaan aku. Ohh.. barangkali aku dan dia sama sahaja..!! Malam ini aku masih berfikir bagaimana nak merungkaikan kekusutan yang baru tercetus. Sungguh.. aku masih belum ada keputusan apa yg harus aku lakukan untuk menghadapi hal ini pada esok hari dan seterusnya,sakit hati tuhan yang lebih tahu.Ahh,lupakan sahaja hal yg sepatutnya aku anggap remeh itu. Sebenarnya aku nak menyentuh sedikit pasal akademi fantasia yang sedang diperkatakan di malaysia sekarang ni.

    Ketika bertemu kembali seorang sahabat yang telah lama menghilang diri banyaklah perkara yang kami perkatakan.Dia mengingatkan aku tentang kebarangkalian aku akan mengalami"cultural shock" disebabkan lama tidak pulang. Ye,aku pun menjangkakan begitu sebenarnya. Tapi aku masih begini jua,masih belum bersedia apa2 pun untuk aku menghadapi kesemuanya.ntahlah bila nak berubah.
    Seterusnya perbualan itu menyentuh tentang akademi fantasia,itulah pertama kali aku dengar perkataan akademi fantasia tapi aku buat tak endah kerana aku memang tak tahu menahu langsung. Si sahabat sorang ni berkata tentulah orang macam aku tak ambil tahu atau suka akan hal2 sebegitu. Hmm,aku hanya ber`hmm' sahaja di ketika itu sebab aku belum pasti apa yang dimaksudkannya. ApaBila aku membaca coretannya pun aku tak faham apa yg diringkaskan dengan AF, jadi aku baca sambil lewa sahaja tanpa cuba memahami dan meninggalkan kebanyakan coretannya tentang Af sebab aku memang tak faham pun!.

    Selepas itu aku mendengar AF diperkatakan bberapa orang sahabat.OOoo..itu ke yang dimaksudkan dengan AF? barulah aku faham,aku pun membuat pencarian di internet lalu terjumpalah banyak weblog peribadi yang memperkatakan tentang AF. Ohh kesalnya,betapa ramai anak2 muda kita yang begitu mengambil berat terhadap AF;jiwa nuraninya yg sepatutnya diberikan kepada Allah dan rasulNya telah dipersembahkan kepada AF itu.
    Ada yang siap menjadi penganalisis lagi memperkatakan tentang AF.
    Sesungguhnya tidaklah aku menyalahkan mereka 100% dilekakan dengan hal itu..tidaklah pula aku redha dengan keredhaan mereka terhadap akademi maksiat dan seumpamanya itu. Mereka adalah mangsa keadaan yang sentiasa dilekakan dan dicandukan dengan hal2 sebegitu sejak mula dilahirkan ke dunia ini. Telinga mereka diperdengarkan dengan hal2 tersebut,mata mereka dipertontonkan dengan paksaan secara tidak langsung akan kemaksiatan tersebut sehingga lidah2 mereka dan hati nurani mereka langsung turut sama mengiakan fenomena AF dan konco2nya dalam keadaan separuh sedar. Mereka adalah mangsa dan tanggnjawab orang yang insaflah untuk menyedarkan mereka bahawa mereka selama ini sedang diracuni minda dan jiwa agar iman mereka terhakis sedikit demi sedikit lalu mengagungkan program2 maksiat sebegitu.
    Demi Allah aku bersumpah pemerintah islam bertanggungjawab maha besar terhadap kemaksiatan dan fenomena yang berlaku!! dan.. sudah tentu individu yang menyumbang ke arah itu sedikit sebanyak turut mendapat saham!! juga pasti kita yang bersikap "tidak mengapa dan tak ambil pusing" turut mendapat tempiasan dari hujan noda dan dosa tersebut!!!.

    **DAN si sahabatku yang aku sentiasa hargai itu adalah salah seorang daripada mangsanya. Sesungguhnya tidaklah aku mengutuk atau mengejinya tentang hal itu. Tiada manusia yang sempurna. Bahkan pandangan aku terhadapnya tidak pernah berubah sejak pertemuan awal dahulu di tahun2 yang telah berlalu. Barangkali aku hanya kesal kerana dia pernah meluahkan kepadaku tentang kejahilannya terhadap agama akan tetapi tidak mahu berubah? Sesungguhnya banyak kebaikan terpancar dari sahabatku seorang ini tapi dia biarkannya tanpa gilapan semula. Dulu semasa di satu groupyahoo aku sentiasa memerhatikan tulisan2nya yang cenderung ke arah kebaikan dalam kebanyakan hal. Aku merasa kagum dan malu sendiri. Akan tetapi apabila aku memantau web coretannya baru2 ini aku mendapati satu perbezaan yang ketara,bahkan aku sendiri telah menyatakan ketidaksukaan aku terhadap beberapa postingnya secara terus terang.Aku harap dia faham maksudku.
    Kalau ditakdirkan dia membaca coretan aku ini,inginlah aku tegaskan bahawa pandanganku terhadapnya tidak pernah berubah,dia seorang yang baik dan berakhlak akan tetapi sebagai sahabat dan saudara muslim sebenar wajiblah menegur tanpa mengorbankan kebenaran. Dia tetaplah sahabat yang baik dihati seorang muslim tanpa syak.

    Kalaulah majoriti generasi islam malaysia masih berterusan bersikap meraikan akademi maksiat hadhari yang direstui kerajaan ini,maka betapa kecilnya nilai keislaman di hati mereka dan ke manakah halatuju negara islam yang dicanang2kan itu? ataupun itukah ISLAM HADHARI yang dimaksudkan dan dicitakan oleh kerajaan kita lalu mereka mengadakan pelbagai seminar mengenainya agar masyarakat turut memeriahkan fenomena ISLAM HADHARI yang seperti itu?!!!! Tepuk dada tanyalah ilmu dan iman yang sering teruji...

    Di sini saya cuba gambarkan tentang hal AF@akademi maksiat tersebut seperti yang dilaporkan oleh seorang penulis di laman web pendidikmy dengan perubahan yang perlu.
    Di situ kita boleh menyakisikan fenomena di mana lelaki dan perempuan yang KESEMUANYA mempunyai nama yang berbunyi Melayu dan juga berbunyi Muslim (kecuali seorang peserta bukan Islam) BERPELUKAN DAN BERCIUMAN PIPI seperti lagak di Hollywood dalam GRAMMY AWARD atau OSCAR atau rancangan-rancangan hiburan negara-negara barat yang sewaktu dengannya.
    Apa yang lebih memeranjatkan ialah tingkah-laku dan adegan peluk-cium ini dilakukan di hadapan keluarga termasuk ibu dan bapa peserta-peserta yang juga terpaksa saya anggap masih Melayu (dan tetap Muslim) ini.

    Apakah sudah hilang rasa MALU DAN SEGAN sehinggakan peserta-peserta termasuklah guru-guru dan pengkritik tanpa segan silu berpeluk cium di antara lelaki dan perempuan sedangkan mereka SEPATUTNYA mengetahui bahawa "sentuhan kulit ke kulit" apalagi peluk cium di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram adalah HARAM.

    Apakah mungkin kerana contoh sikap "TIDAK APA" ibu-bapa (termasuk ibu bapa dan kaum keluarga peserta-peserta) yang menyaksikan adegan-adegan ini secara langsung di hadapan mata masing-masing yang telah menyebabkan moral anak-anak Melayu (yang dianggap Muslim) kini semakin songsang hari demi hari.

    Begitu sekalikah songsangnya nilai diri dan cetek dan hampir tandusnya pemahaman tentang hukum tatasusila sebagai orang Melayu (yang dianggap Muslim) sehinggakan adegan-adegan tersebut tidak lagi dianggap SALAH atau TIDAK SOPAN atau HARAM malahan adegan-adegan peluk-cium tersebut adalah PERKARA BIASA dan NORMAL disaksikan dan dibiarkan seolah-olah ianya BIASA dilakukan setiap hari sesama sendiri tanpa mengira sempadan aurat dan halal-haramnya hubungan lelaki dan perempuan (yang dianggap) Muslim.

    Tidak terdetikkah di dalam hati ibu-ibu dan kakak-kakak dan adik-adik yang nampaknya bertudung tersebut (lantas menggambarkan bahawa mereka adalah Muslim) bahawa adegan peluk-cium yang ditunjuk secara terang-terangan di hadapan mereka dan secara langsung di dalam televisyen adalah SANGAT TIDAK SOPAN DAN HARAM dan amat memalukan bangsa dan agama sendiri.

    Atau sebenarnya tiada istilah "batas hubungan lelaki perempuan yang bukan mahram" dalam kamus hidup mereka?

    Jika beginilah sikap "TIDAK APA" para ibu bapa dan keluarga peserta-peserta tersebut yang berbangsa Melayu (yang dianggap Muslim yang beriman) yang menyaksikan adegan peluk-cium di dalam rancangan ini SECARA LANGSUNG DAN DI HADAPAN MATA SENDIRI TAPI MEMBIARKAN DAN MEREDHAINYA, maka tidak perlulah kita menyalahkan rancangan-rancangan barat yang kononnya telah menyebabkan hancur-punahnya akhlak dan moral remaja masa kini kerana sebenarnya ibu-bapa seperti contoh yang ditunjukkan dalam rancangan siaran langsung tersebut, yang telah redha dan membiarkan sahaja anak-anak mereka bebas untuk menyalahi batas hubungan lelaki dan perempuan yang bukan mahram.

    Kemungkinan adegan-adegan tersebut dianggap sebagai "small atau mild hugs and kisses" tapi apakah yardstick yang cuba diletakkan sebenarnya?

    Apakah nilai keislaman yang berjaya ditonjolkan oleh rancangan ini selain daripada para peserta yang namanya Melayu dan justeru dianggap Muslim itu.

    Atau sebenarnya adegan peluk-cium dalam rancangan ini sebenarnya membuktikan budaya masyarakat Muslim Malaysia yang melayu sama sahaja dengan budaya masyarakat non-muslim yang bukan melayu?

    Itulah dia akademi maksiat hadhari dan begitulah program yg seumpamanya seperti malaysian idol dll... Ohh agamaku dan ohh bangsaku..Ohh tuhan jauhilah kami nerakamu...sesungguhnya kami antara hambaMu yang mendamba syurgaMu akan tetapi sering tersungkur di lorong menuju nerakamu.

    12:20 AM 6/28/2004

    ~as always~


    memang la dia niiii....

    Friday, June 25, 2004

    ish..ada ker patut, pepagi lagi dah bagi pc tu suruh saya repair. ish..saya tak kata pun saya setuju nak repair.. ntah aper2 la makhluk ni.ikut suka dia jer! kalau opis punyer kejer ok la jugak. ini pc rumah dia yang dia bawak mai...aper cerita nihh! huh! dahla seminggu 2 ni dok ada training. ahhh..ni tak leh jadi..mentang-mentangla den ni diam jer...mm, ni nak kena ubah sistem..okla saya kena pakai sistem diktator skit la.diktator?? ish ganas sangat tu..
    dah tu..dah mintak repair, dahlah tak bayaq..nak cepat lak tu..ish..betul2 takleh jadi ni..
    hah? dah 9.30 .cepatnya. nak pi training ni...chow!


    tak tahu...

    Thursday, June 24, 2004

    manusia terlalu banyak yang tidak puas hati. begitula kehidupan manusia. bila sempurna dan berjaya, ketika itula manusia itu ditatang dan dipuji. dan apabila sesuatu itu tidak berjaya , saat itula..tiada nama untuknya. malahan usaha yang dilakukan selama itupun..tiada dihargai. hanya buruk sahaja yang nampak di mata manusia. kenapala begitu adanya manusia itu tercipta.
    sekarang ini saya sedang dilanda masalah. ntah lah masalah apa. bercampur aduk antara satu sama lain. semua orang ada masalah. orang kata masalah itu merupakan peluang. kalau positif pandangan kita maka ia adalah peluang. tapi..berapa ramaikah yang memandang masalah sebagai suatu yang positif..? penulis sendiri pun..akui kebenaran kata tersebut. tapi, peluang..? masih adakah peluang untuk saya? saya cuba menyifatkan masalah tersebut sebagai peluang. tapi..di pertengahan jalan, saya yang hampir kecewa. saya merasakan saya tidak dapat memikul masalah tersebut. dan akhirnya saya gagal untuk mencipta peluang. oh tuhan bantulah hambamu yang lemah ini.
    saya telah kehabisan idea sebenarnya. semalaman saya hampir tidak dapat melelapkan mata. argh...sudahnya di tempat kerja saya keletihan dan mata saya pun nampak sembab semacam jer. giler betul! kenapa la saya boleh membesarkan hal yang kecil itu. entahh..sudahnya air mata saya yang mengalir...walaupun ditahan-tahan ..tumpah jua akhirnya. entah pukul berapa baru terlelap malam tu.
    saya terfikir, diri saya sorang ni pun saya tak dapat nak selesaikan masalah yang sesekali mendatang..ahhh...apatah lagi kalau la saya dah bergelar isteri...??mampukah saya bergelar ataupun mampukah saya meraih title isteri solehah?? kebarangkalian untuk itu amatla rendah. arghh.. siapalah saya ini. ujian itulah menentukan berimankah kita atau sabarkah kita ini dengan ujian allah..
    tuhan , hambamu ini amat kerdil. bantulah aku wahai tuhanku....wahai tuhanku..di tika ini, aku masih lagi di persimpangan..entahlah..berilah aku ketenangan. berilah aku petunjukmu ya allah....



    aku hanyalah hamba yang lemah...


    Apa-apa ntah

    Thursday, June 17, 2004

    sekarang dah 2:20 AM 6/17/2004
    Kenapa ntah aku masih tak mampu nak tidur hingga saat ini,padahal awal malam tadi aku rasa mengantuk sangat. Barangkali disebabkan terpikir beberapa peristiwa membingungkan yg berlaku dalam minggu ini. Selepas`perangat` `hafalan` quran juzu pertama tadi terasa pulak nak mencoret sikit di sini..merungkaikan sedikit apa yang terpendam barangkali...merungkaikan di sini?mungkin kah?

    aduhai, ada yang begitu membengangkan fikiran dan ada yang menyentuh hati serta yang menambahkan bingung di dalam kebingungan..
    Siang tadi aku `dimarahi` seseorang yang aku anggap begitu rapat denganku.. dia meluahkan beberapa ayat yang menunjukkan ketakpuasan hatinya terhadap beberapa tindakan aku,kemudian terus memutuskan talian secara tiba2 tanpa memberi peluang aku menjelaskan sesuatu.,aku hanya sempat berkata `saya minta maaf` sebab ketika itu aku merasakan itulah jawapan paling baik,padahal dalam hatiku aku menahan keegoanku agar jgn menunjukkan taringnya..ahh biarlah mengalah sikit walaupun belum tentu orang menghargainya.. heh, aku masih terasa lagi keegoan aku yg terpendam ketika menaip karutan hati ini. Aku terasa hati betul dengan sikapnya yang dah beberapa kali begitu.Ye salah aku agaknya yang terlalu emosi menghadapi keadaan.Aku tak tahu apa patut aku buat selepas ini,samaada menghubunginya untuk menjernihkan keadaan yg keruh ataupun membiarkan kelodaknya mendap ke dasar dgn sendirinya.Oh ye,sudah tentu keegoankan mengatakan pilihan kedua itulah yang bagus.heh...aku as always la jua adanya..

    kelmarin juga menyaksikan sesi perbualan aku dgn seorang sahabat yang cuba menghimbau kenangan silam. Aku ni terkadang tu mudah sangat membincangkan topik yg aku tak nak dicetuskan,tapi ntah kenapa hari tu tak dapat lari dari topik tersebut.Menyerah kalah dan siap mendapat motivasi lagi dari sahabat yang aku sangat hargai itu.Dia tetap baik dan ikhlas denganku walau pelbagai peristiwa ganjil berlaku antara kami di waktu2 lalu.Dia seorang yang terbuka dan sedia menerima apa juga natijah walaupun pedih sangat bagi kaum yg berjiwa lembut sepertinya. Aku kagum dan insyaAllah atthayyibaat li atthayyibiin, aku belum berjaya lagi meloloskan diri ke dalam golongan tersebut,astaaghfirullaah bila agaknya..
    Yang anehnya perbualan tu menyentuh pula seorang kenalan baik aku yang lain,yg sering muncul dan hilang,yg sering minta agar kami tidak ter`lost contact` padahal dia yang selalu mengabaikannya..seseorang yg aku tak pernah lupa sejak lebih kurang 5 tahun dulu hingga tarikh lahirnya aku masih ingat. Barangkali disebabkan dialah orang pertama yg memberikan aku satu pengalaman yg agak aneh bagiku.hmm pengalaman hilang dan pergi dalam diri sendiri.heh.. ntah lah kalau difikirkan tu aku yang tak pernah jelas dalam setiap lapangan...
    Ketika aku hampir mengakhiri sesi internet aku hari itu,tiba2 si kenalan sorang ni menegurku.Yeah,terkejut sungguh sebab tak tersangka akan hal itu,kebetulan pula aku baru saja tersebut namanya kepada kenalan aku awal tadi.Sebelum ini aku merasakan aku tak akan menemuinya lagi selepas `kehilangannya` akhir tahun lepas. Tapi si dia ni muncul kembali bagai tiada apa2 yang berlaku langsung.Memang aneh aku rasakan keadaan ini sejak dahulu lagi.
    Seperti biasa antara ayat aku bila bertemunya ;hilang dan muncul kembali,dan dia macam biasa pula ;aku yang tak pulang2 ke tanah air tu apa hal pulak,bila nak pulang wan?..hee..hal tu selalu membuatkan aku tersenyum sendirian..kelakar ke tu?
    Manusia ni memang la kalau fikirkan hal sebegitu akan membuatkannya jadi sikit gila` kalau tak banyak pun ada juga sikit2,maklum la senyum sorang2 kan..
    dalam posting sebelum ni pun aku dah bagi amaran bahawa aku sekarang ni agak kurang normal,tu sebab yang malas nak menulis tu. Nanti tertaip apa yang tak patut ditaip.
    Sebenarnya bukan semua kisah kita boleh kita dedahkan kepada orang lain.Lebih2 lagi yang berkaitan dgn aib dan dosa kita,itu sebenarnya hal kita dengan Allah. Bahkan lagi ada hadith yag melarang kita mendedahkan hal itu sedangkan Allah telah menutupinya maka untuk apa lagi kita menyingkapnya kepada manusia lain yg belum tentu menghargai keikhlasan dan keinsafan kita? Apa yang patut kita lakukan ketika itu adalah bertaubat dan berusaha merubah diri ke arah yang lebih baik.Sesungguhnya Allah itu maha pengampun,sentiasalah berbaik sangka terhadap Allah. Kalau boleh setiap hari kita cuba mulakan lembaran hidup kita dengan taubat dan keazaman menjadi muslim yang baik alangkah bagusnya.

    Terima kasih kepada semua sahabat yg telah banyak mengajar aku erti kehidupan walaupun tak semua pengalaman itu aku gunakan dengan betul dalam kehidupan aku..barangkali disebabkan aku antara mukmin yg lemah yg sering disengat dalam lubang yang sama beberapa kali.
    sabda junjungan kita dalam satu hadith yang thabit "seseorang mukmin itu tidak sepatutnya disengat dalam lubang yang sama" au kama qal.
    Pengalaman sepatutnya membuatkan seseorang mukmin semakin matang dan kuat imannya dan bukan sebaliknya pula.

    Cukup setakat itu coretan kali ini,kalau nak cerita semua cerita2 yang membingungkan dan aneh berlaku di dalam hidup tentu tak tercatat di sini dan akan tersasar ke arah yang melampau pula nanti. Biarlah yang agak `bertapis` yg cukup untuk menunjukkan aku generasi yang pernah menghadapi berbagai pengalaman hidup walaupun agak terhad dunia interaksi dan percampuran pergaulan. Barangkali aku bernasib baik kerana belum pernah teruji dgn ujian besar lalu kalah dalam ujian,tak sesekali aku pinta diuji akan tetapi mohon kesabaran dariNya apabila teruji.

    Allahumma ajirna min annarr.. amin ya robb..

    Middle east Delta tatau bila nak kembali
    Musafir Kelana


    Nadi Lagi

    Tuesday, June 15, 2004

    Assalamualaikum..

    Ketika pulang tadi sekali lagi aku mendapat satu surat layang mengenai ketidakpuasan hati si penulis tentang tindakan exco nadi umno mesir. Sekali lagi hal mengaibkan itu berlaku disebabkan dilakukan oleh orang yang sama. Di lokasi yang sama,cumanya yang ini dah terlajak sikit. si exco tersebut telah menampar seorang pelajar yang menegurnya kerana bersembang berduaan secara kurang sopan dengan seorang pelajar perempuan dari kalangan nadi umno yang berpakaian `tidak senonoh` mengikut laporannya.

    Aku tidaklah pasti apa yang dimaksudkan dgn `tak senonoh` tu. Tapi yang pastinya aku pernah menyaksikan satu cd rakaman satu majlis nadi umno yang amat mnjengkelkan aku. Majlis yg dianjurkan oleh `agamawan` nadi umno itu tak sepatutnya ada sesi tarian gelek sesama mereka. Bahkan tarian tu disertai pula oleh seorang perempuan arab menari bersama. Nasib baiklah golongan perempuan nadi umno ni masih ada nilai kemelayuan untuk ikut bersama menari.Oh sungguh mengaibkan!!

    Aku bukanlah seorang yang anti perempuan sampai nak mengasingkan mereka langsung daripada segala macam aktiviti yang berkaitan. Akan tetapi rasanya segala kelonggaran yang dilakukan itu tak sepatutnya dilonggarkan lagi dengan menghalalkan pergaulan yang melampau adab dan malu.

    Rasanya interaksi antara pelajar lelaki dan perempuan di sini dah terjaga dan dalam keadaan yang harmoni secara umumnya bahkan dah cukup longgar. tapi agaknya kenapala mereka2 ini tetap tak puas hati lagi dengan kelonggaran yang ada seolah2 ingin membuangkan identiti agamawan dari cara hidup mereka agar sama sahaja dengan manusia yang tidak pernah mempertimbangkan halal dan haram. Ataupun barangkali mereka ada tafsiran mreka sendiri islam bagaimana yang mereka dambakan... Islam hadhari yang dicanang2kan sekarang agaknya? islam hadhari yang tiada batas dalam pergaulan?islam yang membenarkan perempuan mendedahkan auratnya di sana dan sini?islam yang membenarkan pemimpin perempuan mereka berpelukan dengan pemimpin lelaki mereka di malam kemenangan pilihanraya yang penuh dengan kepalsuan?
    apakah islam itu yang Ahli2 kelab umno ini cari? Nak jadikan islam macam kristian?itulah sekular yang merupakan satu bentuk irtidad (murtad) yg banyak manusia islam terpedaya dgnnya... dunia mmg dah nak kiamat!

    Dikala pihak kedutaan menasihatkan pelajar2 agar tidak menceburkan diri atau aktif dalam politik ketika masih belajar,maka ketika itu juga mereka sendiri menaja kelab UMNO.Ohh...cakap tak serupa bikin. Bahkan merekalah yang selalu meniupkan sentimen2 begitu terhadap kesatuan pelajar mesir. Inilah yang dikatakan pelik bin ajaib,tapi dah tiada kepelikan apabila tindakan itu dari pihak mereka sendiri.

    renungkan satu hadith "alislam ya'lu wala yu'la `alaih" Islam itu tetap tinggi...biarpun mereka sentiasa merendahkannya dengan pelbagai penafsiran mereka...

    Allahumma ij'alna minalmuflihiin

    as always masih ber`nadi` islam


    tak tau nak tulih apa...

    Tuesday, June 01, 2004

    tak balik lagi. dah kul 5.45ptg pun. terasa dari awal pagi tadi memang byk kjer nak buat. pulak tu tinggal sorang. ntah. dah blurr la.nak balik..ada yang tak sudah lagi rasanya. ya allah, apa la aku ni!