Menu Utama

   WebLog PakLang Al-Azhary
 & Kroni

Paklang's profile




Tanda Buku Lawatan

Bunyi latar & Tag Mesej

Midi , Lagu & Radio

<bgsound src="http://geocities.com/mustanni/kennyg2.mid" loop="true">


<a href='http://cybermedia.mmu.edu.my/ext/ikimfm.asx'>Play Radio IKIM.fm</a>
(klik play)

                      TagBoard

Nama Anda

Web atau Mail-E Anda

Messages(emoticon)

Antara Coretan² Lalu

  • Gejala Sosial- Realiti Malaysia
  • Rahmat Ramadhan
  • Untuk Apa Wakil Amerika Hadiri Perbicaraan Lina Jo...
  • kekejaman israel zionis laknatullah
  • Terhina akibat perbuatan sendiri !
  • Cerita lengkap seorang pengunjung hadir di Hotel C...
  • Apakah Kita Perihatin Sebagai Ummat Islam ?
  • Takziah Untuk Keluarga Allahyarham Emy @ Sri Syarm...
  • FINAS jangan gadaikan maruah masyarakat Malaysia
  • Jangan peluk cium, jadi pelacur ok
  • Arkib Coretan Kami

  • 06/2003 - 07/2003
  • 07/2003 - 08/2003
  • 08/2003 - 09/2003
  • 09/2003 - 10/2003
  • 10/2003 - 11/2003
  • 11/2003 - 12/2003
  • 01/2004 - 02/2004
  • 04/2004 - 05/2004
  • 05/2004 - 06/2004
  • 06/2004 - 07/2004
  • 08/2004 - 09/2004
  • 09/2004 - 10/2004
  • 10/2004 - 11/2004
  • 11/2004 - 12/2004
  • 12/2004 - 01/2005
  • 01/2005 - 02/2005
  • 02/2005 - 03/2005
  • 03/2005 - 04/2005
  • 04/2005 - 05/2005
  • 05/2005 - 06/2005
  • 07/2005 - 08/2005
  • 08/2005 - 09/2005
  • 09/2005 - 10/2005
  • 10/2005 - 11/2005
  • 01/2006 - 02/2006
  • 04/2006 - 05/2006
  • 05/2006 - 06/2006
  • 07/2006 - 08/2006
  • 08/2006 - 09/2006
  • 10/2006 - 11/2006
  • 03/2007 - 04/2007
  • Current Posts

  • Permata Mukmin

    Tidak Aku jadikan jin dan manusia malainkanuntuk pengabdian kepada-Ku. Aku tidak mengkehendaki rezki sedikitpun daripadamereka dan Aku tidak mengkehendaki supaya mereka memberi Aku makan.”
    - Surah az-Zariyat: ayat 56-57.

    Laman Cetusan Ilham PakLang Hak Cipta Terpelihara 2003-2004-Weblog-

    This page is powered by Blogger. Isn't yours?

    Current Idol


    Sejenak Bersama `maksiat'

    Thursday, September 30, 2004

    Keburukan Maksiat..

    Bismillahirrahmanirrahim...
    Alhamdulillah Tuhan semesta alam...yang menjadikan keizzahan dan kebahagian kepada sesiapa yang mentaatiNya.Dan Dialah juga yang menghukum dengan kehinaan dan penderitaan kepada sesiapa yang menyanggah dan menderhakaiNya

    Sesungguhnya Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Dia dan nabi Muhammad itu pesuruhNya.Dialah yang menjadikan makhluk agar mereka menyembahNya lalu diberikan kepada mereka nikmat yang banyak agar mereka mensyukurinya...
    Firman Allah dalam surah adzzariyat "Tidaklah aku menjadikan manusia dan jin itu melainkan untuk menyembahku"

    Aku mengakui dan bersaksi bahawa RasulMu nabi Muhammad itu adalah sebaik-baik orang yang menyeru kepadaMu. sabda baginda yg mafhumnya:"Setiap ummatku akan memasuki syurga melainkan orang yang enggan,:ditanya kepada rasul:siapakah yang enggan wahai rasulullah?! Jawab rasul:"sesiapa yang mentaatiku, masuk syurga,dan sesiapa yang menderhakaiku maka sesungguhnya dialah orang yang enggan".

    Wahai diriku dan juga juga semua yang membaca coretan ini...
    Sesungguhnya semua kebaikan itu adalah yang diperintahkan oleh ALlah dan kejahatan itu apa yang dilarang dan ditegah kita daripada melakukannya.

    Betapa Rahmat dan ihsan Allah kepada kita bahawa Dia mengutuskan rasulNya kepada kita menyeru ke arah jalanNya yang lurus,menggesa melakukan amal yang berfaedah, dan menunjukkan kepada kita agar berakhlak mulia. Di ketika itu tiada lagi hujjah atau alasan untuk kita... lalu celakalah orang yang celaka selepas keterangan yang nyata itu dan hiduplah orang yang hidup dengan keterangan yg jelas itu jua.
    Tanggungjawab kita dan hak Allah ke atas kita adalah menyembahNya dan jangan sesekali melanggar perintahNya dan tidak juga menderhakaiNya.
    FirmanNya yang bermaksud:"Whai orang2 yang beriman sahutlah seruan Allah dan rasulnya apabila ia menyeru kalian dengan apa dia hidupkan kalian"-al-anfal

    Dia menegah kita daripada kemaksiatan disebabkan kekejian dan kotornya maksiat itu;membawa kepada akibat yang pedih dan natijah yang buruk.Itulah kemaksiatab daripada amalan syaitan dan syaitan itu kita ketahui jelas musuh kita yang menyesatkan sentiasa menyuruh keapada kejijikan dan kemungkaran.
    FirmanNya yg bermaksud:'syaitan itu menjanjikan kalian kefaqiran dan menyuruh kalian melakukan kekejian, dan sedangkan Allah menjanjikan kalian maghfirah dan kelebihan..."-annisa-

    Disebabkan kemaksiatanlah terjadinya permusuhan dan perbalahan antara manusia,juga menghalang manusia daripada mengingatiNya.
    Apakah yang dimaksudkan dengan maksiat?
    Maksiat itu secara umumnya adalah keluar atau berpaling daripada apa yang telah ditetapkan oleh syara'...itu termasuklah hal yag berkaitan dengan pegangan2 dan juga akhlak mmoral. Setiap muslim perlu tahu pegangan dan pendiriannya terhadap sesuatu hal itu selari dengan kehendak syara'. Mithalnya apakah pendiriannya apabila berhadapan dengan hal2 yang ditegah dan dikeji syara'? jadi tentulah dengan menolaknya dengan kemampuan yang ada dan bukanlah pula tumpang menikmati atau meraikannya pula.
    Lihatlah realiti ummat kita yang senang hati tanpa segan silu meraikan program2 mungkar.. lihat sahaja di sekeliling kita atau pun paling mudah lihatlah apa yang berlaku di dunia maya (cyber)... moga kita dan mreka sentiasa diberikan peluang menginsafi diri...

    Maksiat sebenarnya banyak kemudharatannya samaada dalam masa jangka panjang ataupun pendek. Jangan ditanya akibatnya di hari penghakiman terbesar...Maksiat juga menukarkan kemesraan kepada permusuhan,keamanan kepada ketakutan dan keizzahan/kemenangan kepada kehinaan dan kefaqiran..
    OLeh demikian itulah Islam dalam ajaran dan cara hidupanya sentiasa memberi amaran tentang kebahayaan apa yang dinamakan `maksiat` ini.
    DIsebut oleh ulama bahawa tidaklah terserlah kemaksiatan dalam ssatu masyarkat itu melainkan mereka akan tertegah daripada mendapat nikmat Allah...lalu berlaku kepada mereka pelbagai penyakit dan musibah yg tak pernah berlaku kepada orang2 sebelum mereka.

    Kemaksiatan yang dihiasi syaitan kepada pendokong2nya itu ada pelbagai kelas. Ada diantaranya dosa2 besar dan ada diantaranya kecil walaupun itu hanyalah sekadar nama bahkan tetap dinamakan maksiat dan juga keji adanya. Diriwayatkan daripada said bin jubair drp ibnu Abbas:'Sesunggunya setiap perkara yang diderhakai Allah itu adalah dosa besar! Jadi nanti dulu sebelum mengatakan tak mengapa melakukan apa yang dilabelkan sebagai kecil sebab itu hanyalah nama sebagai perbandingan antara sama jenis.
    Mithalnya neraka mempunyai tahap dan pelbagai...ada bahagian atas dan bahagian paling bawah sekali adalah untuk goloangan munafiq,yang pastinya atas ataupun bawah tetaplah dinamakan neraka dan penuh dengan seksaan dan azab yang tak terbayang...

    Oleh itulah kita lihat golongan salafussoleh dahulu tidak suka mengkelas2 dan menamakan jenis maksiat kepada Allah itu besar ataupun kecil memandangkan betapa besarnya keagungan Allah itu hingga mereka tak sanggup menamakan kemaksiatan kepadaNya sebagai kecil?!!

    Wahai diriku dan sahabatku..
    Sesungguhnya berterusan melakukan dosa yang dinamakan kecil itu adalah dosa besar jua adanya. yang akan membawanya kepada kebinasaan. Bagaimana? ya ..kerana seseeorang yang terus melakukan kemaksiatan (kecil) itu adalah sengaja melampau sedangkan dia mengetahui larangan2 itu dan tidaklah dia dikatan orang yang betul2 beriman dengan rasul dan akur dengan syariatNya... yg pastinya setiap larangan itu dijanjikan azab pedih...
    Firman Allah yang mafhumnya:"Sesiapa yang menderhakai Allah (maksiat) dan melampaui batas2nya nescaya dia akan dimasukkan ke dalam neraka abadilah ia di dalamnya, dan baginya azab yang mnghinakan"!!!-annisa` 14-

    Diriwayatkan daripada Thauban,rasulullah pernah bersabada:"Sesunguhnya seseorang itu dihalang rezkinya disebabkan dosa2 yang dia lakukan"-nasai-
    syeikh al manawi (faidh alqadir) memberi komentar tentang khbar ini degan katanya :"dihalang keberkatannya atau keluasan resekinya ataupun dia mendapat rezki tersebut tapi dia tak mensyukurinya!

    Lihat, tanpa bersyukur di atas rezki yang kita dapat itu adalah petanda kita terhalang rezki sebenar.. muhasabah diri,barangkali disebabkan kemaksiatan yg kita lakukan. Janganlah sesekali merasa aman dan selesa dengan rezki kita itu kerana belum tentu kita dapat mensyukuri rezki itu lagi dengan sebenar2nya lalu kita sebnarnya terhalang kebaikan hakiki walaupun mendapat habuan material.

    Renungkan firman Allah yang bermaksud" Dan sesiapa yang berpaling dari mengingatiku maka baginya kehidupan yang sengsara dan kami akan mengumpulkannya hari kiamat nanti dalam keadaan buta!'.. *lalu dia bertanya:"wahai tuhanku kenapa engkau kumpulkan aku dalam keadan buta sedangkan aku di dunia dulu adalah orang yang berpenglihatan?'
    Lalu Allah menjawab:"demikian itu kerana kamu didatangi dengan ayat2 kami lalu kamu melupainya,ebgitulah kamu hari ini dilupai' Dan begitulah kami membalas sesiapa yang melampau dab tidak mempercayai dengan ayat2 tuhannya, sesungguhnya azab akhirat itu sanagt keras dan kekal.." -thaha-7

    KOmentar Syeikh Hijazy tentang ayat ini :" Sesiapa yang berpaling daripada mengingati Allah lalu megikuti jalan kesesatan dan syaitan, maka baginya kehidupan sengsara,kehidupan yang penuh dengan keletihan dan kepedihan..."

    Jgn kita bayangkan hanya kepedihan jasad bahkan difahami di situ adalah kelelahan dan kepedihan jiwa yang tak pernah merasa cukup dan tidak merasa ketenangan hidup.

    wahai sahabat..
    Kita akan dikumpulkan di hari kemudian nanti seperti yang dikhabarkan di dalam quran yg maksum tersebut.. ya dalam keadaan buta jikalau kita melupai Allah dan ayat2 nya yang berupa jalan hidup yg sempurna lalu mengikuti Jalan kesesatan syaitan. Jalan2 itu adalah jalan2 maksiat.

    Ini sekadar peringatan bagi mukmin kerana peringatan itu berfaedah bagi seorang mukmin. Semua mengetahui maksiat dan kemudharatannya di dunia dan akhirat.
    Maka jauhilah dan bertaubatlah kepada Allah kerana orang yang bertaubat itu adalah kekasihNya. Sesungguhnya orang yang bertaubat itu seumpama orang yg tiada dosa baginya. Semoga kita sekelian beroleh kejayaan dan sentiasa mengharapNya....


    Sekian Khutbah subuh... 4:58 AM 9/30/2004

    Middle east delta
    ~PakLang as always~


    Nasyid Michael Jackson !

    Wednesday, September 29, 2004

    Assalamualaikum Warahmatulllaah...

    Alhamdulillah hari ini diberi sedikit kesempatan dan kemahuan untuk mencoret sesuatu.
    Beberapa hari lalu saya dikhabarkan tentang pengislaman seorang artis barat yg rasanya semua orang kenal,tak kiralah samaada kenal sebab meluat atau pun sebab minat. Bagi saya khabaran sebegitu biasa sahaja tidak mengejutkan sebab beberapa tahun dulu pun dilaporkan bahawa michael jackson ni masuk islam ketika nak memasuk jeddah wallahua'lam. Tapi iya..macam kita tahulah.. iman di hati tu mesti diterjemahkan kepada kehidupan zahir...
    Apabila saya searh di internet pasal pengislaman MJ ni maka macam2 la saya tengok respon orang,antaranya ada yang mengatakan "he may not convert" aa macam2 la lagi. Ada sekadar yang mengatakan dia hanya sekadar menyertai persatuan "Nation of islam" jadi bukan revert ke islam sebenarnya... Depa ni la yang bersimpati dan menyokongnya dalam kes pertuduhan pencabulan budak2 olehnya. Barangkali itu cara dakwah mereka dan pendekatan untuk menarik MJ kembali ke islam.
    Walaubagaimanapun kita optimis dan berharap sangatlah agar dia betul telah menjadi dan meyakini sebagai muslim insyaAllah. Allah memberi hidayat kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Yang pastinya mana2 pendirian yang dia ambil, untung atau rugi adalah dirinya jua..dan juga rugi adalah manusia2 yang mendewa2kannya dan menjadikannya sebagai idola dirinya ketika dia masih lagi menyebarkan kemungkaran dengan kegilaan atas nama seni.
    Apabila saya mendengar lagunya atau lebih sopan lagi kot kita namakan nasyid, saya berani mengatakan bahawa dia memang islam kalau dia meyakini apa yang dia tuturkan dalam lagu atau nasyidnya itu.,barangkali itu boleh kita katakan sebagai penunjuk besar bahawa dia memang betul2 islam.?insyaAllah.. :)
    Di sini saya pastekan lirik lagunya dan saya jadikan lagunya tu dalam bentuk flash,bolehla kita dengar bersama2..cuma filenya besar..jadi page ni mengambil masa sikit untuk loading. harap bersabar. Klik butang play bawah panel kawalan bunyi biasa tu..dan nikmatila nasyid michael jackson!
    Di ketika kita optimis dan merasa gembira dengan hidayat orang2 terkenal pada masa yang sama apabila kita melayari page2 personal maka kita akan merasa sedih pulak melihat saudara/sahabat2 kita sedang fanatik dengan kemungkaran... Ya sedih.. mana mungkin seorang muslim gembira melihat saudaranya meraikan dan menyokong kemungkaran lalu tanpa malu pula dengan rasa bangga lagi mempertontonkan kecenderungannya itu (bahkan elok namakan pelampauan) kepada umum. Hal dosa dan aib kita biarkan kita sendiri yang tahu dan cuba berubah walaupun tak sepatutnya kita lakukan sejak awal lagi...dalam satu hadith dikhabarkan bahawa Allah amat membenci orang yang mengkhabarkan keaibannya setelah Allah sendiri yang menutup keaiban itu. Ya bagaimana tidak, pembuat dosa sepatutnya merasa malu akan tetapi lain pula bagi mereka ini yg suka heboh2kan dosa mereka kepada umum!
    1-menyokong dan meraikan kemungkaran
    2-membantu mempromosikan hal2 mungkar kepada umum.
    3-tidak menghargai dan bersyukur kepada Allah yang telah menutupi dosanya itu dan tidak cuba untuk merubah diri.

    Terkadang kalau kita menasihati mereka,kita akan dikatakan tidak menghormati mereka. Mereka menyuruh kita menghormati mereka dengan mengakuri dan menerima diri mereka dengan cara mereka seadanya. Ohh,sahabat, apakah maknanya saya sebagai saudara muslim memperakui dan mengatakan ya,itu diri engkau..aku menghormati engkau maka aku tak perlu peringati engkau dan biarkan engkau terus dalam hal tersebut?
    Satu kaedah ulama "Arredha bil maksiyyah maksiatun" Redha dengan maksiat itu adalah maksiat !!!
    Apakah itu tangungjawab sebagai saudara muslim? membiarkan dan meredhai sahabatnya terus bersekongkol dengan kemungkaran atas dasar menghormati sahabat/peribadi orang lain? ohh sungguh tak masuk akal!!! Fikirlah wahaii...
    Jangan sesekali kita mengganggap orang yang menegur/menasihati kita itu sengaja mencari keaiban ataupun bencikan diri kita bahkan pandanglah semua hal itu dari sudut yang positif. Sebenarnya dia menyayangi kita kerana tak meredhai kita terus berada dalam keadaan tersebut.. buktinya fahamilah maksud hadith ini :"TIdak sempurna iman seseorang itu sehngga dia menyukai saudaranya perolehi apa yang dia sendiri suka memperolehinya" au kama qaal..

    Suatu hari Nabi saw berkata kepada para sahabatnya: "Addin itu adalah nasihat", seseorang di antara mereka bertanya, "Bagi siapa ya Rasulullah?" Maka Nabi menjawab, "Bagi Allah, bagi kitab-kitab-Nya, bagi Rasul-Nya, bagi pemimpin-pemimpin masyarakat, dan bagi ummat pada umumnya."

    Jadi bagi sesiapa yang fanatik dan terus meraikan dan menyokong dengan pelbagai cara akan rancangan2 kemungkaran seperti malaysia idol,akademi fantasia dan yang sewaktu dengannya itu maka berhentilah. Ya memang betul Allah maha pengasih pengampun, tapi harus juga diingat bahawa ajal itu menziarahi kita tanpa diundang!
    Mari kita sama2 islamkan hadhari... jgn hadharikan islam... jom

    Michael Jackson

    Lyrics

    Give thanks to Allah,
    for the moon and the stars
    prays in all day full,
    what is and what was
    take hold of your iman
    dont givin to shaitan
    oh you who believe please give thanks to Allah.
    Allahu Ghefor Allahu Rahim Allahu yuhibo el Mohsinin,
    hua Khalikhone hua Razikhone whahoa ala kolli sheiin khadir

    Allah is Ghefor Allah is Rahim Allah is the one who loves the
    Mohsinin,
    he is a creater, he is a sistainer and he is the one who has power
    over all.

    Give thanks to Allah,
    for the moon and the stars
    prays in all day full,
    what is and what was
    take hold of your iman
    dont givin to shaitan
    oh you who believe please give thanks to Allah.
    Allahu Ghefor Allahu Rahim Allahu yuhibo el Mohsinin,
    hua Khalikhone hua Razikhone whahoa ala kolli sheiin khadir


    Allah is Ghefor Allah is Rahim Allah is the one who loves the
    Mohsinin,
    he is a creater, he is a sistainer and he is the one who has power
    over all.

    Updated Tuesday, August 31, 2004 Written by Moulay Abdessalam El
    Hassani

    ### Klik di sini untuk mendengar nasyid tu, -->SINI

    Middle East Delta
    ~Wan as always~


    Orang kita

    Saturday, September 25, 2004

    Henti hina bangsa sendiri’
    KUALA LUMPUR: Orang Melayu tidak patut menghina bangsa sendiri dengan memberi pelbagai gelaran, termasuk bangsa subsidi dan PPRT (Program Pembangunan Rakyat Termiskin), sedangkan mereka memang mahu dibela dan diberikan bantuan. berita penuh

    Keratan Akhbar di atas adalah dari berita harian http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Saturday/Nasional/20040924231159/Article/

    Amboi semangatnya si pemimpin tu nak bela maruah bangsa,tapi masa tok syeikh depa dah turun tahta barula berani... kalau tidak sekadar angguk dan terus angguk... mungkinkah datangnya tok syeikh baru ini dengan perubahan positif lalu menyebabkan bangsa melayu dalam gagasan itu bertambah berani? lalu berubahlah bangsa melayu semalaysia.. ? ya reittt.. bagusla kalau macam tuu..Allah memberi hidayat kepada sesiapa yang dikehendakiNya..


    S's MeetingImportance: High(Read even if you're busy)

    Pehabaq?dah lama tak nulis sini,untuk sementara ini marilah kita membaca satu mesej yang diforward kepada saya. Bagi saya ianya berfaedah untuk difikirkan dan dibandingkan dengan diri sendiri dan kehidupan sekeliling kita.. jumpa lagi di kesempatan lain yang belum pasti...

    Satan called a worldwide convention of demons.In his openingaddress he said,"We can't keep Muslims from going to Mosque.""We can't keep them from reading their Quran andknowing thetruth."
    "We can't even keep them from forming anintimate relationship withtheir Allah and hismessenger Muhammad."
    "Once they gain that connection with Allah, ourpower over them isbroken."
    "So let them go to their Mosques; let them havetheir covered dishdinners,BUT steal their time,so they don't have time to develop arelationship with Allah andhis messnger Muhammad."
    "This is what I want you to do," said the devil:"Distract them from gaining hold of their Allahand maintainingthat vital connectionthroughout their day!"
    "How shall we do this?" his demons shouted."Keep them busy in thenon-essentials oflife and invent innumerable schemes to occupytheir minds," he answered.
    "Tempt them to spend, spend, spend, and borrow,borrow, borrow."
    "Persuade the wives to go to work for long hours and the husbands to work 6-7 days each week,10-12 hours a day, so they can afford theirempty lifestyles."
    "Keep them from spending time with their children."
    "As their families fragment, soon, their homes will offer no escapefrom the pressures of work!"
    "Over-stimulate their minds so that they cannothear thatstill,small voice."
    "Entice them to play the radio or cassetteplayer whenever theydrive."
    "To keep the TV, VCR, CDs and their PCs going constantly in theirhome and see to it that everystore and restaurant in the world plays music constantly."
    "This will jam their minds and break that unionwith Allah and hismessenger Muhammad."
    "Fill the coffee tables with magazines andnewspapers."
    "Pound their minds with the news 24 hours a day."
    "Invade their driving moments with billboards."
    "Flood their mailboxes with junk mail, mailorder catalogs,sweepstakes, and every kind ofnewsletter and promotional offering freeproducts, services andfalse hopes."
    "Keep skinny, beautiful models on the magazines and TV so theirhusbands will believe that out ward beauty is what's important, and they'll become dissatisfied with their wives."
    "Keep the wives too tired to love their husbandsat night."
    "Give them headaches too!"
    "If they don't give their husbands the love they need, they will begin to look elsewhere."
    "That will fragment their families quickly!"
    "Give them story books to distract them from teaching their children the real meaning of Salat."
    "Keep them too busy to go out in nature and reflect on Allah's creation.Send them to amusement parks, sporting events,plays, concerts, andmovies instead."Keep them busy, busy, busy!"
    "And when they meet for spiritual fellowship,involve them ingossip and small talk so thatthey leave with troubled consciences."
    "Crowd their lives with so many good causes theyhave no time toseek power from Allah."
    "Soon they will be working in their ownstrength, sacrificing theirhealth and family forthe good of the cause."
    "It will work!" "It will work!"It was quite a plan!
    The demons went eagerly totheir assignments causing Muslims everywhereto get busier and more rushed, going here andthere. Having littletime for their Allah ortheir families. Having no time to tell others about the power of Allah and his messenger&g t; Muhammad to change lives.
    I guess the questionis, has the devilbeen successful in hisschemes?You be the judge!!!!!Does "BUSY" mean: B-eing U-nder S-atan'sY-oke?Please pass this on, if you aren't too BUSY! Idon't think I know10 people who would admitthey love Allah. Do You Love Him? IF YOU LOVEAllah, PASS THIS ON!!!!!!!



    Sedikit info untuk dikongsi..

    Sunday, September 19, 2004

    Dah lama rasanya blog ni tak update. Terasa nak berkongsi sesuatu dengan teman-teman semua.:) Di bawah ini, saya ingin berkongsi info yang telah diperolehi semasa mengikuti kursus Datuk Dr. Fadhilah Kamsah beberapa bulan yang lepas. saya percaya sumer dah biasa buat perkara ini, tapi mungkin sekadar peringatan untuk kita yang terlepas pandang;)

    - Sebelum tido, maafkan sumer orang. Insyaallah Allah akan lipat gandakan rezeki.
    - Sebelum tido berdoa paling penting. ini kerana otak akan generatekan apa yang kita doakan dan harapan kita akan menjadi kenyataan. dan juga kita akan lebih bersemangat untuk menghadapi hari esoknya.
    - Sebelum tido juga, lakukan solat taubat dan solat istikharah. Supaya Allah beri petunjuk dalam membuat keputusan.
    - Makan buah sebelum makan nasi (breakfast, lunch, dinner)
    - Jangan minum air semasa makan. Minum air selepas 15-30 minit selepas selesai makan.

    * moga ada manfaatnya :)

    jumpa lagi noo..

    bersambung....

    shams r_adawiyahs