Menu Utama

   WebLog PakLang Al-Azhary
 & Kroni

Paklang's profile




Tanda Buku Lawatan

Bunyi latar & Tag Mesej

Midi , Lagu & Radio

<bgsound src="http://geocities.com/mustanni/kennyg2.mid" loop="true">


<a href='http://cybermedia.mmu.edu.my/ext/ikimfm.asx'>Play Radio IKIM.fm</a>
(klik play)

                      TagBoard

Nama Anda

Web atau Mail-E Anda

Messages(emoticon)

Antara Coretan² Lalu

  • Gejala Sosial- Realiti Malaysia
  • Rahmat Ramadhan
  • Untuk Apa Wakil Amerika Hadiri Perbicaraan Lina Jo...
  • kekejaman israel zionis laknatullah
  • Terhina akibat perbuatan sendiri !
  • Cerita lengkap seorang pengunjung hadir di Hotel C...
  • Apakah Kita Perihatin Sebagai Ummat Islam ?
  • Takziah Untuk Keluarga Allahyarham Emy @ Sri Syarm...
  • FINAS jangan gadaikan maruah masyarakat Malaysia
  • Jangan peluk cium, jadi pelacur ok
  • Arkib Coretan Kami

  • 06/2003 - 07/2003
  • 07/2003 - 08/2003
  • 08/2003 - 09/2003
  • 09/2003 - 10/2003
  • 10/2003 - 11/2003
  • 11/2003 - 12/2003
  • 01/2004 - 02/2004
  • 04/2004 - 05/2004
  • 05/2004 - 06/2004
  • 06/2004 - 07/2004
  • 08/2004 - 09/2004
  • 09/2004 - 10/2004
  • 10/2004 - 11/2004
  • 11/2004 - 12/2004
  • 12/2004 - 01/2005
  • 01/2005 - 02/2005
  • 02/2005 - 03/2005
  • 03/2005 - 04/2005
  • 04/2005 - 05/2005
  • 05/2005 - 06/2005
  • 07/2005 - 08/2005
  • 08/2005 - 09/2005
  • 09/2005 - 10/2005
  • 10/2005 - 11/2005
  • 01/2006 - 02/2006
  • 04/2006 - 05/2006
  • 05/2006 - 06/2006
  • 07/2006 - 08/2006
  • 08/2006 - 09/2006
  • 10/2006 - 11/2006
  • 03/2007 - 04/2007
  • Current Posts

  • Permata Mukmin

    Tidak Aku jadikan jin dan manusia malainkanuntuk pengabdian kepada-Ku. Aku tidak mengkehendaki rezki sedikitpun daripadamereka dan Aku tidak mengkehendaki supaya mereka memberi Aku makan.”
    - Surah az-Zariyat: ayat 56-57.

    Laman Cetusan Ilham PakLang Hak Cipta Terpelihara 2003-2004-Weblog-

    This page is powered by Blogger. Isn't yours?

    Current Idol


    Tuhanku HambaMu, Nabiku Ummatmu....

    Sunday, October 31, 2004

    Nodai Ramadan (dari harian metro)

    Apabila membaca laporan dibawah ini terjengah di fikiran fenomena islam hadhari di malaysia. Samaada kerajaan memang tak berdaya mencegah ataupun tiada perundangan ditambah lagi dengan tidak keseriusan membasmi.
    Kalau benar kita betul2 nak realisasikan islam hadhari yang diperkatakan itu, tak mungkin hal tersebut berlaku dengan tanpa segan silu. Maknanya fenomena tersebut berlaku dengan pengetahuan dan tak mustahil dengan keredhaan!!

    Membicakan hal ini amat perlu untuk mengingati orang yang lalai dan tak ambil pusing, tapi amat perlu juga kita tanyakan diri kita apa tanggungjawab kita terhadap hal ini? apa yang kita terdaya buat agaknya? fikirkan...


    Oleh AHMAD SHAHRUL NIZAM MUHAMMAD, EFINDI BADARUDDIN, ZALIFAH MOHD YATIM, NOR HAIRULNIZAM WAHID, ASMIZAN MOHD SAMIRAN, MOHD NUR ASNAWI DAUD dan MOHD AMIN JALIL

    KUALA LUMPUR: Kedatangan Ramadan tidak memberi keinsafan kepada sesetengah umat Islam di negara ini kerana mencemari bulan mulia itu dengan pelbagai kegiatan maksiat.
    Mulai awal malam sehingga lewat pagi, mereka akan mengunjungi pelbagai lokasi popular seperti disko, kelab malam, lorong pelacur atau mak nyah serta pusat hiburan yang dikenali sebagai ‘bar korek’.

    Senario itu semakin menjadi-jadi menjelang tengah malam apabila mereka menganggap pihak berkuasa terutama jabatan agama Islam negeri menghabiskan masa beramal ibadat.

    Mereka beranggapan penguatkuasa hanya menumpukan operasi pada siang hari, iaitu menahan umat Islam yang tidak berpuasa.

    Dalam ‘Ops Hiburan’ yang dijalankan di Cheras, minggu lalu sebuah pusat karaoke yang menjalankan operasi pada waktu ‘luar biasa’ dari jam 4 pagi hingga 3 petang turut dikunjungi pelanggan beragama Islam.

    Ketika polis melakukan serbuan pada jam 8 pagi, 55 orang termasuk beberapa pelanggan beragama Islam sedang berhibur.

    Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras untuk menjalani ujian air kencing dan 17 daripada mereka didapati positif menggunakan dadah.

    Tinjauan Metro Ahad di ibu kota juga mendapati suasana tengah malam Ramadan memang tercemar dengan kemunculan beberapa kumpulan wanita berpakaian menjolok mata bersama pasangan masing-masing berpeleseran di beberapa disko sehingga waktu bersahur.

    Ketika mengunjungi satu daripada pusat hiburan itu, kelihatan seorang wanita Melayu sukarela berdiri di atas kerusi untuk menyajikan aksi tarian mengghairahkan.

    Sambil menghisap rokok, wanita itu terus menari bersama seorang lelaki yang turut mempertontonkan pelbagai aksi lucah.

    Malah, pada satu tahap, perlakuan tarian pasangan itu seolah-olah menunjukkan mereka sedang melakukan hubungan seks.

    Di satu sudut lain yang suram, ramai pengunjung yang datang berpasangan bebas bercengkerama tanpa timbul perasaan hormat terhadap bulan mulia ini.

    Sementara itu, bagi pasangan Islam yang datang berkumpulan, mereka lebih gemar mengangguk-anggukkan kepala mengikut alunan muzik yang membingitkan telinga.

    Mereka berkumpul di satu tempat sambil bercerita, disulami hilai ketawa dan selepas bosan bercerita, mereka akan turun ke ruang menari mempamerkan ‘bakat’ masing-masing.

    Tidak cukup dengan itu, ada juga yang minum arak hingga mabuk.

    Seorang pengunjung disko itu yang mahu dikenali sebagai Asraf, 27, berkata dia menjadi pengunjung setia disko itu sejak dua tahun lalu.

    Menurutnya, sama ada Ramadan atau tidak, disko itu tetap dikunjungi muda mudi Islam yang dahagakan hiburan.

    “Biasanya jam 1 pagi, semakin ramai pengunjung datang ke disko ini. Saya akui pengunjung beragama Islam lebih ramai.

    “Saya datang bersama rakan untuk berhibur dan dapat bawa gadis yang dikenali, ia lebih menyeronokkan,” katanya.

    Asraf berkata, dia tidak menafikan kadangkala jumlah pengunjung beragama Islam pada bulan puasa lebih ramai berbanding bulan lain.

    Katanya, ia mungkin disebabkan mereka menganggap ketika itu mereka berpeluang berhibur tanpa perlu bimbang operasi penguatkuasa jabatan agama Islam.

    Ketika ditanya sama ada dia berpuasa pada siang hari, Asraf berkata, ia bergantung kepada kemampuannya.

    “Kadang-kadang saya berpuasa. Selepas habis berseronok di disko, walaupun bersama wanita berpakaian seksi kami ke restoran untuk bersahur,” katanya.

    Seorang wanita yang dikenali sebagai Wirna, 23, berkata dia janggal jika tidak berpakaian seksi ketika ke disko.

    Katanya, pakaian adalah perkara penting yang perlu diutamakan untuk menonjolkan diri terutama ketika menari.

    “Tidak kira bulan puasa atau tidak, jika ke disko saya mahukan perhatian. Sebab itu saya tidak ada masalah memakai pakaian menjolok mata,” katanya.

    Di Pulau Pinang, pusat istirahat seperti ‘bar korek' tidak putus-putus menerima kunjungan pelanggan termasuk di kalangan umat Islam, manakala hampir semua pelayan pelanggan (GRO) di situ pula adalah wanita Islam.

    Sambutan semakin meningkat pada malam minggu atau cuti umum. Tambahan pula ada GRO di bar korek tertentu yang sanggup memberikan khidmat seks kepada pelanggan dengan tawaran yang lebih lumayan.

    Di Negeri Sembilan pula, belia dan remaja dikesan tidak teragak-agak melakukan hubungan seks atau bersekedudukan.

    Malahan, kes yang dikesan pihak berkuasa negeri itu menunjukkan berlaku peningkatan tangkapan berbanding di luar Ramadan.

    Sementara itu, di Pahang, golongan ‘mak nyah’ tidak mempedulikan kemuliaan Ramadan dengan terus menyediakan perkhidmatan kepada mereka yang ingin memuaskan nafsu di malam hari.

    Mereka selalunya bergerak secara berkumpulan berkeliaran sambil menayangkan tubuh mereka yang ‘seksi’.

    Antara lokasi popular mereka adalah di kawasan gelap dan samar seperti belakang bangunan Jalan Rusa, Jalan Haji Abdul Aziz, Jalan Pasar dan Jalan Besar.

    Di Johor, beberapa lokasi seperti hotel murah, pub dan pusat rekreasi menjadi tumpuan mereka yang ingin melakukan maksiat bersama pasangan.



    Muharram, Rejab, Syaaban, Ramadhan ...

    Tuesday, October 26, 2004

    Bismillahirrahmanirrahim
    salawat dan salam buat junjuangan kita Nabi Muhammad dan keluarganya...

    Tidak sepatutnya seseorang itu walau siapa pun dia terburu2 dalam menghukum sesuatu hadith itu adalah lemah atau tidak boleh diterima sebelum dia betul2 mengetahui setiap riwayat yang berkaitan dengan permasaalahan tersebut. Demikian itu kerana di sana berkemungkinan wujud lagi hadith2 lain yang thabit melalui jalan lain ataupun hadith yang sama tapi melalui jalan yang berbeza yang sahih. Kalaulah ahli hadith pun pernah tergelincir dalam hal ini apatah lagi apabila si penghukum itu tiada pengetahuan dalam bidang ini ataupun sekadar setahun jagung mengkaji hal hadith dan lebih teruk kalau sekadar taqlid membuta tuli dan taassub kepada sesuatu aliran.
    Tidak boleh juga seseorang itu mengatakan hukum itu adalah muktamad sebegitu sekadar mengikut kata2 oramng terdahulu tanpa meneliti atau bertanyakan ahl zikr terlebih dahulu.
    Diketika itulah timbul kalimah bid'ah kufur,syirik dan sebagainya.. itu reality masyarakat kita dan dunia islam kini.

    Harus diingat, barangsiapa yang menolak hadith2 yang boleh diterima maka seolah2 dia memasukkan sesuatu yang bukan daripada hadith itu, kedua2 hal itu adalah pendustaan terhadap Nabi s.a.w. sabda nabi dalam satu hadith mutawatirr "sesiapa yang mendusta ke atasku maka sediakannlah tempat duduknya daripada api neraka".

    Imam Ahmad bin Hanbal apabila ditanya kenapa terdapat hadith yang sanadnya dhaif di dalam musnadnya sedangkan beliau sendiri tahu?.. beliau menjawab:"Aku risau berkemungkinan hadith itu thabit sahihnya dari jalan2 lain,maka ketika itu aku seolah2 telah menolak sti hadith daripada hadit2 rasulullah"!!
    Lihat betapa wara'nya imam Ahmad dalam membuat hukuman terhadap sesuatu hadith,apatah lagi kita yang entah berapa istilah ulum hadith yang baru kita ketahui!

    Dikesempatan ini sukalah saya menyentuh sikit tentang hal2 yang selalu dicetuskan di sana sini,setiap tahun pasti masaalah ini dibangkitkan apabila tiba bulan2 tertentu. Walaupun sesetengah hal yang diperkatakan disini telah berlalu akan tetapi tetap akan timbul pula nanti, oleh itu saya rasa eloklah saya catatkan di sini hal yang berkaitan itu, terutamanya yang berkaitan dengan fadhilat bulan2 tertentu.

    Pertama sekali berkenaan fadhilat bulan2 haram seperti bulan rejab dan syaaban. Hal ini selalu ditanyakan kepada saya, samaada di kalangan sahabat di sini ataupun di malaysia. Barangkali tidak sepatutnya di bumi ilmu ini hal ini masih jadi persoalanan disebabkan banyak rujukan dan tuan2 syeikh yang berwibawa. Akan tetapi yang peliknya segelintir mahasiswa memang tidak boleh membuang tabiat taqlid membuta tuli walaupun telah sampai di sini. Itu kelemahan kita. saya sendiri pun begitu juga dalam kebanyakan hal.

    Berbalik kepada fadhilat bulan2 tadi.,logika melebihkan masa2 tertentu dan bulan2 tertentu eloklah dirujuk kepada muqaddimah coretan sebelum ini yang bertajuk `kalam ramadhan`.
    Secara umumnya memang tidak terdapat sebarang hadith yang sahih yang menceritakan fadhilat bulan rajab secara khusus dan galakan berpuasa dalam bulan ini. Itu adalah apa yang saya tahu dan itulah yang ditegaskan oleh kebanyakan ulama2 yang muktabar. Walaupun begitu di sana terdapat hadith nabi yang maqbul yang menggalakkan kita berpuasa di dalam bulan haram secara umumnya. Bahkan disebutkan hal ini dalam kitab feqh syafie contohnya hassyiataan qalyuby wa `umairah.
    Jadi nanti dulu sebelum mengatakan amalan puasa dalam bulan ini adalah bid'ah! Itulah masaalah segelintir pencinta ilmu sekarang yang cepat menghukum apabila baru sahaja mengetahui beberapa kerat ilmu!!

    Begitu juga bulan syaaban,kita akui terdapat banyak2 hadith2 yang tertolak di segi ilmiah yg berkaitan dengannya, akan tetapi hal itu tak sepatutnya dijadikan hukuman umum bagi kelebihan bulan syaaban. Itu satu penzaliman terhadap amanah ilmu sedangkan di sana banyak lagi hadith lain yang diterima sebagai hujjah dalam menyabitkan kelebihan bulan ini dan galakkan berpuasa di dalamnya.
    Tahun lepas saya sudah pun sentuh hal ini dengan membawakan satu hadith yang disyarahkan dalam majalah al azhar. Silalah rujuk arkib coretan kami.
    Di sini eloklah saya hanya sekadar datangkan contoh hadith yang thabit menjadi hujjah bagi orang2 yang ditaqdirkan membaca coretan ini dan berlapang dada menerima dan merujuk untuk kepastian. MOga bermanfat buat semua.

    Diriwayatkan daripada sayyidina `Ali, bahwa rasulullah bersabda:"Apabila tiba malam nisfu syaaban,maka qiamlah pada malamnya, dan berpuasalah pada siangnya, sesungguhnya Allah Taala turun diketika itu pada langit dunia lalu berkata :`Apakah tiada peminta istghfar maka aku akan mengampuninya, Apakah tiada peminta rezki , maka aku akan meberikannya rezki, Apakah tiada penerima ujian maka aku akan melegakannya, Apakah tiada... seterusnya.. sehinggalah terbit fajar "
    Hadith ini adalah riwyat ibnu majah dan addaru Qutny dengan sanad hasan. Selama mana sanad itu tiada pertikaian maka hadith itu diamalkan dan jadi hujjah apa yang terkandung di dalamnya. Hadith itu menunjukkan kelebihan malam nisfu syaaban;digalakkan qiam di malamnya dan berpuasa pada siangnya.
    Dua ibadat ini adalah sebaik2 ibadat yang dituntut di sepanjang masa, akan tetapi tuntutan pengamalannya pada hari2 yang berkat tentulah lebih lagi.
    Saya tak pasti kenapa wujud lagi kata2 bid'ah terhadap hal ini padahal perkhabaran tentangnya adalah thabit! Kalaulah golongan yang bising2 ini memfokuskan serangan mereka terhadap kemungkaran yang jelas tentulah lebih berfaedah bagi mereka dan ummat islam.

    Setelah kita jelas tentang hal itu,eloklah saya ulangi lagi bahawa amalan membaca yasin 3 kali serta berniat begitu dan begini tidaklah warid dalam mana2 perkhabaran yang saya ketahui. Jadi tak perlulah kita melakukan sesuatu yang tak pasti. Bahkan yang pasti pun belum tentu kita terdaya lakukan. Begitu juga perkumpulan di masjid pada malam ini tiada galakkan, jadi lebih baik dielakkan dan lakukan apa yang nabi lakukan pada malam itu sahaja.,iaitu qiam dan berdoa di rumah masing2, itu lebih selamat dan selamat daripada khilaf.
    Manakala berkaitan doa masyhur untuk nisfu syaaban yang warid daripada sahabat nabi pula tanpa disandarkan kepada bagnda sendiri maka itu tak mengapa diamalkan kerana tidak mungkin doa yang mengandungi makna sebegitu adalah dibuat oleh sahabat sendiri, bahkan itu adalah dari ajaran nabi kepada mereka. Lihat satu contoh kalimah mereka setelah meriwayatkan doa2 tersebut "tidaklah sesekali seseorang hamba berdoa dengan doa ini melainkan Allah akan meluaskan kehidupannya".(ibnu jarir,ibnu munzir dan Thabraby daripada ibnu mas'ud)
    Tak mungkin seseorang sahabat boleh memberi khabar tentang ganjaran amal yang ghaib melainkan dengan perkhabaran dari rasul jua adanya. fafham..

    Akhir sekali berkenaan dengan fadhilat ramadhan, rasanya semua sudah makruf kelebihan2 ramadhan yang sahih. Jadi tak perlulah kita menyebarkan lagi hadith yang membicarakan tentang kelebihan qiam ramadhan setiap malam secara detail kerana hadith tersebut tiada nilai ilmiah dan sanad yang diterima.
    Jadi fahamilah dan mengertilah agar kita tidak termasuk dalam amaran nabi yang melarang pendustaan ke atas baginda. Pada ketika itu nerakalah tempat kita ! walau apa pun alasan kita untuk menyebarkan perkhabaran begitu tetap adalah haram dan boleh dihukum takzir kalau dilaksanakan hukum islam. Barangkali satu sahaja alasan dibolehkan iaitu dengan niat hendak memaklumkan kepada orang lain tentang kebathilan hadith tersebut dan menyatakannya dengan jelas dalam mesej2nya.
    Segala yang baik itu daripada Allah taala dan segala kekurangan itu dari hambaNya ini jua dan pohon diperbetulkan.

    Wallahua'lam

    ~PakLang as always~


    Kalam Ramadhan

    Monday, October 25, 2004

    -berdasarkan realiti mesir-

    Allah subhanahuwataala mencipta dan memilih apa yg Dia kehendaki. Dialah yang memilih dan menghukum dan membuat keputusan, tiada penolakan bagi pilihanNya,tiada juga pertikaian tiada hukuman selepas keputusanNya.

    Allah menjadikan zaman lalu Dia memilih daripada zaman2 tersebut mana yang Dia kehendaki dan melebihkan zaman tersebut drp zaman2 atau masa2 lainnya. Dialah juga yang menjadikan tempat lalu memilih beberapa tempat dan melebihkannya ke atas tempat2 yang lain. Mafhum firmannya "Allah memilih dari kalangan malaikat itu akan utusan2, dan juga dari kalangan manusia" -al-hajj 75-

    Allah menjadikan segala perbuatan,perkataan dan harta lalu memerintahkan hamba2Nya beribadat dengan perbuatan2 tertentu, perkataan2 tertentu dan harta2 tertentu. Dengan perintah2 tertentu yang dikaitkan dengan perbuatan dan perkataan tertentu juga manusia beribadat, melalui semua itu hambaNya disucikan, dengan semua itu juga hambanya menambahkan nilai ketaqwaan dan dengannya juga dipilih hamba2Nya yang terpilih. Lalu perintahnya diikuti setiap hambaNya yang bahagia,yang dijuruskan kepada kebaikan, manakala enggan dan engkar pula orang2 yang celaka,yang terpinggir dari rahmatNya.

    Allah subhanahuwataala memilih bulan ramdhan, diriwayatkan dalam satu hadith qudsy "Puasa itu untukku dan akulah yg akan memberikan ganjarannya". Puasa merupakan benteng penjagaan dan kubu. Sabda rasulullah "puasa itu pendinding".. lalu Allah taala memilih puasa untuk meninggikan kedudukan dan halnya... maka beruntunglah bagi hambaNya yang mempersembahkan apa yang diredhaiNya dan disukaiNya sehinggalah dia menemui tuhannya untuk menerima ganjaran persembahannya itu.
    Alangkah sedihnya apabila kita dapat lihat pula segolongan manusia tergamak dan berani mengotorkan apa yang khas untuk Allah ini!!. mereka ini dengan sengaja mengoyak dan meruntuhkan apa yang disebut oleh nabi sebagai pendinding dengan tangan2 mereka sendiri.
    Bahkan sebahagaian daripada mereka tak mencukupi dengan perbuatan keji mereka itu lalu menggalakkan menusia lain pula mengikut jejak langkah mereka mencacatkan kecantikan bulan ini.
    Ya, itulah media massa yang dilihat dan didengar..yang senantiasa menggalakkan ummat untuk terus lalai daripada mengingati dan memakmurkan bulan ini.Setelah sepanjang tahun mereka menyediakan pelbagai program mungkar maka nampaknya mega mungkar adalah dalam bulan ALlah yang khas ini juga mereka pilih. Pelbagai program `khas` mereka sajikan hanya khas untuk bulan ini sahaja. Kepada merekalah kita tujukan "Ittaqullaah fi ummatikum.. takutlah Allah pada ummat2 kalian, muraqabahlah Allah dalam setiap tindak tanduk kalian, takutlah akan hari kamu dikembalikan kepadaNya nanti..!

    Wahai orang2 yang merubahkan bulan ramadhan kepada mainan dan lalaian murahan bertaqwalah kalian kepada Allah dan ketahuilah bahwa kalian dipersoalkan apa yang telah dilakukan, Tidaklah ALlah itu lalai daripada apa yang telah kalian lakukan.

    Barangkali mereka akan beralasan "sekarang era langit terbuka, arus maklumat datang dari segenap penjuru maka apa kami boleh buat?"
    Tepuk dada tanya iman, ketahuilah setiap jiwa itu dipertanggungjawabkan dengan apa yang dilakukannya.. berilah alasan dan dalih kalian itu kepadaNya di hari kemudian...

    Sebenarnya bukan setakat media massa sahaja bahkan pemakmur2 web persendirian juga memainkan peranan penting dalam mempengaruhi tingkah laku segelintir manusia. Penulis weblog umpamanya juga dipertanggungjawabkan dengan apa yg mereka tulis walau apa pun alasan mereka. Setiap maklumat atau kalimah yang mengandungi kata2 meraikan kemungkaran tetaplah diperkirakan..apatah lagi yang jelas meredhai dan menggalakkan segala macam bentuk dan nilai2 yang memang bertentangan dengan pekerti mukmin..
    Muhasabahlah diri barangkali kita termasuk dari kalangan mereka tanpa kita sedari dan cepat2lah kita baiki diri...
    Allahumma sallim sallim... amin

    wallahua'lam

    ~middle east delta~
    PakLang


    Kiriman Rindu By ProfDr

    Wednesday, October 20, 2004

    Assalamualaikum...

    Buat tatapan yang disayangi selalu...,

    Druangan cepisan web blog kali ini, saya sekali lagi meringankan tangan melakarkan tanda ingatan hanya untuk tatapan Sayang.

    Semoga ketika hadirnya surat ini, sayang berada dalam kebahagian dan ketenangan . Tiada yang merungsingkan sayang dan tiada kepayahan dalam melakukan apa jua kehendak sayang. Cukuplah dengan lirikan senyuman sayang ketika ini tanda kecerian hati sayang ketenangan jiwa saya di sini.

    Saya baik,alhamdulillah.. sihat dan ceria. Tidak perlulah sayang merungsingkan hati kerana ingatkan saya. Cukuplah dengan mendoakan saya bahagia dan berjaya dalam kehidupan.Sebagai tanda ingatan sayang pada saya.

    Tinggal beberapa minggu sahaja lagi untuk saya mengulangkaji mata pelajaran . Terasa pahit getir dan payah mula terasa. Bagai mula menahan kepanasan matahari untuk merasai kepanasan padang mahsyar kelak. Moga-moga inilah percubaan yang membenar-benar membuahkan hasil dalam merasai kenikmatan di akhirat nanti.... Nak kata payah giler exam nie, rasanyer tak lah sampai mati. Yang perlu hanya cuba berusaha dan serahkan pada pencipta segalanya.Semua perkara di dunia ini perlukan usaha berterusan untuk terus maju. Dengan kata lain berkorbanlah!! Berjihadlah!! Hijrah jer!!! Pasti kamu dibentangkan kenikmatan yang luas di dunia malah kiranya kamu menemui ajal kamu pasti mendapat ganjaran yang terhebat.

    Bagi mereka yang pernah mengeluh dan mencari kehidupan yang sempurna di dunia dan hanyalah untuk akhirat, pernah atau pun tidak kita berkorban sehingga mengorbankan harta benda dan nyawa??? Kerana bagi saya sayang...,istilah berkorban itu akan terbukti kiranya kita menyatakan aku sanggup korbankan segala-galanya termasuk nyawaku.

    Dalam kesibukan mentalaah buku, saya pernah bertanya pada diri ini 'benarkah aku benar- benarlah beriman kepada Mu Ya Allah? Adakah aku menyayangi saudara Islamku sebagaimana aku mencintai diriku?Kerna ku tahu, tidak akan sempurna iman seorang hamba itu jika tidak menyayangi saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya.

    Namun, jauh di sudut hatiku ini saya pernah berangan untuk memperolehi kenikmatan dan kemanisan iman . Yang bukan hanya cukupku dipanggil seorang yan beriman. Rasulullah pernah memberi panduan bagaimana untuk memperolehi kemanisan iman tersebut. Di antaranyer dia mestilah lebih mencintai Allah dan Rasulnya dari yang lainnya. Dan begitu juga dia takut melakukan dosa sebagaimana dia takut dirinya dicampakkan ke dalam api.

    Sayangku,

    Puasa ku hari ini sudah pun masuk dihari kelima . Saya cuma mengeluh kerana ibadahku di bulan Ramadhan kali ini cukup memalukan. Orang kata 'Cakap pun tak guna kalau masih tak berubah, baik duk diam-diam'. Ishhhhhhhh tak betul tu geng.... Bagiku itu adalah ucapan syaitan sebenarnya.Yang sememangnya syaitan tidak inginkan manusia ini berubah kearah kebaikkan. Tapi yang pasti 'Berubahlah sekadar mana kemampuan kita untuk terus mencapai kesempurnaan ibadah'. Kiranya hari ini adalah hari pertama kita berpuasa dan kita memang tak tahan untuk berpuasa sepenuh hari, so apa salahnya kita mencuba sekerat hari dahulu dan keesokkan harinya kita kemungkinan telah pun berjaya sepenuhnya. Ade ker mereka yang puasa macam nie??? Syabas!!!! kerana menjadi seorang yang sanggup berubah... Rasulullah pernah mengajar buatlah apa jua pekerjaan walaupun sedikit namun berterusan..

    Cuaca disini mula nak masuk musim sejuk . Tapi masih boleh tahan bermandikan air paip kecuali kalau dah masuk bulan 12/1/ dan 2. Ramai yang hanya mandi sekali seminggu. (Kekadang termasuk jugak aku sorang nie) Yerlah sejuk .. nak buat guano..

    Akhir bulan Nov atau awal Dsember mungkin saya pulang ke malayia... Sayang nak sambut ngan permaidani merah ke? heheh..Okeylah... Doakan saya agar menjadi seorang yangcekal hatinya dan jauh dari maksiat.

    Saya tetap merindui Sayang .. Ajarilah saya kehidupan agarku dapat mengenang jasa mu kita sayang tiada di sisiku,..

    wassalam.



    Mengharap Berjiwa Tauhid Bukan Hanya Berfikiran Tauhid

    Tuesday, October 19, 2004

    Mengharap Berjiwa Tauhid Bukan Hanya Berfikiran Tauhid

    Semalam Prof ada membaca satu atikel yang dimuatkan dalam Majalah I keluaran bulan Oktober. Uhh... Sungguh mencuit hatii, bukan kerana lucu tapi terasa benar apa yang dinukilkan . Satu muka surat sudah mencukupi untuk merenung kembali tahap keimanan kita kepada Allah dan RasulNya. Tajuk atikel tersergam indah 'Antara Berjiwa Tauhid dan Berfikiran Tauhid' merakamkan maksud tersembunyi yang seolah untuk menanyakan pada kita 'Kau Berjiwa Tauhid Atau Hanya Berfikiran Tauhid?' .

    Ku mula berfikir seketika setelah selesai membacanya, adakah aku ini seorg munafiq?Kerna ku mengerti maksud tajuk itu juga adalah bermaksud 'Antara Munafiq Atau Keimanan Sebenar'. (Kalau tak tahu makna munafiq... cari sendiri) Hari ini juga Aku melihat situasi yang buruk telah melanda negara tercinta kerana kurang memahami maksud sebenar percaya kepada Allah dan RasulNya. Yang lantas merujuk pada tajuk atikel tersebut Berjiwa Tauhid Dan Berfikiran Tauhid.

    Sekiranya kita benar-benar memahami maksud beriman, sudah pasti bukan hanya otak sahaja mengatakan kita harus beriman tapi biarlah hati juga beriman dan angota lain beriman. Di Malaysia, telah muncul golongan yang hanya pandai bercakap tentang agama tapi bila ditanya bila ingin laksanakan ? mereka hanya pandai berdalih. Masyarakat majmuklah, tak sesuai dengan waktunya lah dan sebagainya . Begitu juga tidak kurang hebatnya golongan yang hanya berfikiran tauhid. Otak mereka hanya mempercayai kebenaran bukannya meyakini kebenaran . Sedangkan orang yang meyakini kebenaran adalah mereka yang akan patuh dengan apa sahaja suruhan Allah dan RasulNya walaupun pahit untuk menerimanya. Patuh dengan kata lain ialah mentaati dengan hati dan anggota keseluruhannya. Iklim sebegini bukan hanya diamalkan oleh golongan awam malah sebahagian golongan agama sendiri hanya pandai mengatur bicara tanpa mengamalkannya. Mereka juga telah pun membataskan hal keEsaan Allah dengan hanya perlu difikirkan dan bukannya diamalkan.

    Ku cukup kagum dengan mereka yang telah pun dipanggil berjiwa tauhid kerana mereka mengerti kehidupannya hanya sementara dan hanya Allah sahaja tuannya. Mereka patuh dengan arahan Tuannya dan mereka cukup marah bila Tuannya dikeji dan dipermainkan. Namun sebaliknya sampai bila harus kita menjadi golongan yang hanya mempunyai pemikiran tauhid atau pemikiran Islam tanpa mempunyai hati yang benar-benar faham dan mengerti ketauhidan itu perlu dipraktiskan .


    Ucapan Akhir....

    Monday, October 18, 2004

    Kelmarin barulah aku dapat mengetahui kes pembunuhan allahyarham ustaz zaki sekeluarga secara lebih sahih dan terperinci setelah membaca akhbar arab. Barulah puas hati kerana tidak perlu lagi tertanya2 dan bergantung kepada perkhabaran mulut yang biasanya penuh dengan hiasan yang tak perlu ada. Pagi tadi seorang sahabat menelefon menceritakan tentang hal itu mengikut gambaran salah satu akhabr malaysia.

    Hari ni aku meninjau beberapa akhbar2 malaysia di internet tentang kes tersebut; mencari yang nampak sesuai dengan laporan akhbar arab yg aku baca kelmarin. Nampaknya laporan dari akhbar harian metrolah yang lebih jelas dan tepat serta terkini kalau nak dibandingkan dengan utusan malaysia dan lain2. Jadi di sini sukalah saya siarkan laporan itu di sini untuk semua pengunjung. Barangkali kita dapat menginsafi diri serta juga mendoakan agar ruh mereka sekeluarga dicucuri rahmat.

    Gambar dari harian metro


    Gambar dari berita harian


    Gambar dari akhbar arab

    Kiri sekali adalah Allahyarham Ust Zaki Ayub
    Ditengah tu bukan isterinya,dilaporkan kesilapan teknikal telah berlaku
    Kanan sekali adalah si tertuduh yang telah mengaku.

    Oleh Hadzlan Hassan dan Norakmah Mat Youb

    SUNGAI BESAR: “Abang sempat mengucapkan selamat berpuasa kepada kami sehari sebelum kejadian dia dibunuh dan rumahnya dibakar di Kaherah,” kata Siti Hajar Ayub, 24, adik kepada Mohd Zaki Ayob, 27, pelajar tahun akhir Universiti al-Azhar yang dibunuh di rumahnya di 10th District, Madinat Nasr, Kaherah, Mesir, Jumaat lalu.
    Turut menjadi mangsa dalam kejadian jam 2 petang waktu Malaysia (8 pagi waktu Mesir) itu ialah isteri Mohd Zaki, Norhayati Bukhari, 27, dan dua anak mereka, Siti Maryam, 3, serta Muhammad Mu’az, 11 bulan.

    Norhayati, Siti Maryam dan Muhammad Mu’az ditemui rentung di bilik tidur, tetapi mayat Mohd Zaki ditemui di ruang tamu tidak terbakar.

    Siti Hajar yang ditemui di rumahnya di Sekinchan, berkata, ketika menerima panggilan telefon itu, arwah abang tidak menunjukkan sebarang tanda pelik.

    Abangnya seorang yang penyayang dan bertanggungjawab terhadap keluarga serta tidak mempunyai musuh.

    Menurutnya, dia sekeluarganya menerima berita sedih itu selepas berbuka puasa pada hari pertama, tetapi reda dengan ketentuan takdir.

    “Kami menyerahkan kepada pihak berkuasa Mesir untuk mengambil tindakan terhadap orang yang bertanggungjawab,” katanya yang tidak menyangka keluarga abangnya menerima nasib seperti itu.

    Siti Hajar berkata, jenazah abangnya sekeluarga akan dikebumikan di Kaherah.

    Menurut laporan akhbar negara berkenaan, dalam kejadian itu, Mohd Zaki ditemui berhampiran pintu bilik tidur mempunyai tiga kesan tikaman di depan dan belakang badannya, selain kesan kelar di leher dengan percikan darah ditemui di ruang tamu pangsapuri berkenaan, termasuk di dinding dan kipas meja.

    Selepas Mohd Zaki dan Norhayati dibunuh, bilik tidur itu dipercayai dibakar.

    Seorang warga Indonesia, Dharman Agustari, 33, yang mempunyai hubungan perniagaan dengan Mohd Zaki ditahan polis 24 jam selepas kejadian itu.

    Dia yang menjalankan perniagaan tukaran wang asing dengan Allahyarham, kemudian mengaku membunuh empat beranak dari Malaysia itu.

    Dharman berkata perbuatan itu dilakukannya kerana masalah kewangan.

    Sementara itu, ibu Norhayati, Noriyah Talibin, 53, terkejut dengan tragedi yang menimpa anak sulungnya.

    “Kami sangat terkejut tetapi reda dengan segalanya. Kami sedih kerana beliau adalah harapan dan contoh kepada adik lain,” katanya.

    Norhayati, adalah anak sulung Noriyah dan Bohari Safar, 55. Empat lagi adiknya termasuk Taufikurahman, 24; Khairisharil, 19; Nurul Fareha, 16 dan Mohd Faizul Ariffin, 11.

    Mohd Zaki adalah bekas pelajar Kolej Islam Sultan Alam Shah (Kisas) Klang, Selangor dan mula menuntut di universiti itu pada 1996, manakala isterinya bekas pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mengikut suaminya pada 2000.

    Allahyarham yang berasal dari Sekinchan, Selangor menjalankan perniagaan kedai makan bagi menampung perbelanjaan pengajian dan sara hidup sekeluarga di Mesir.

    Sementara itu, Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) di Kaherah, Wan Bakar Wan Dagang, ketika dihubungi, mengatakan Wisma Putra sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu, kelmarin.

    Ini pula dari berita harian:--

    Rakyat Indonesia mengaku bunuh empat beranak
    Oleh Nazmi Yaakub


    KUALA LUMPUR: Rakyat Indonesia, Dharman Agustari, 33, mengaku membunuh empat beranak warga Malaysia di pangsapuri mereka di 10th District, Madinat Nasr, Kaherah, Mesir Jumaat lalu, selepas ditahan pihak berkuasa Mesir, kelmarin.

    Pengakuan Dharman (gambar) yang ditahan dalam tempoh 24 jam selepas kejadian itu, disiarkan dua akhbar harian tempatan di Mesir, iaitu al-Ahram dan al-Akhbar, semalam.

    Dalam pengakuannya itu, Dharman berkata, dia melakukan perbuatan itu kerana masalah kewangan dan dibebani hutang.

    Akhbar itu mendedahkan, Dharman mengetahui Mohd Zaki Ayub, 27, banyak wang hasil keuntungan perniagaan yang dijalankannya.

    “Dia menghubungi Mohd Zaki untuk menukar wang berjumlah AS$16,000 (RM60,800) bagi mendapatkan mata wang Mesir dan berjanji untuk datang ke rumah mangsa pada jam 9 pagi, Jumaat lalu.

    “Di rumah Mohd Zaki, Dharman membunuhnya dengan pisau, sebelum masuk ke bilik tidur untuk membunuh isteri mangsa, Nurul Hayati Bohari, 27,” kata akhbar itu.

    Akhbar berkenaan melaporkan, selepas melakukan pembunuhan itu, Dharman meletakkan dua anak mangsa, Siti Maryam Hafizah, 3, dan Muhammad Muazz Hafiz, 11 bulan di sebelah Nurul Hayati, lalu membakar bilik tidur itu walaupun kanak-kanak berkenaan masih hidup.

    “Dharman membakar mangsa sekeluarga untuk menghilangkan bukti bagi mengelaknya ditangkap,” kata akhbar itu.

    Akhbar itu berkata, Dharman kemudian ke sebuah hospital kerajaan untuk mendapatkan rawatan akibat luka di tangannya.

    “Polis berjaya menahan Dharman di rumahnya di Swisry, Madinat Nasr dan dia turut mengaku mencuri 44,000 pound Mesir dan dua telefon bimbit mangsa,” kata akhbar itu

    Sekian..

    ~PakLang~


    Tragedi di Awal Ramadhan...

    Saturday, October 16, 2004

    Hari ini aku baru je dapat tahu satu berita yang berlaku kelmarin (jumaat). Berita yang menggemparkan dan menyedihkan semua pihak terutamanya bagi pelajar malaysia di sini. Satu keluarga pelajar malaysia ditemui terbunuh;disembelih dan dibakar ketika ummat islam sedang menunaikan jumaat (dalam satu laporan) di hari pertama ramadhan.!
    Yang lebih sahihnya tragedi itu berlaku sebelum solat jumaat kerana polis dikatakan pergi ke sana selepas mengetahui rumah tersebut terdapat kesan terbakar dari luar. Apabila diperiksa maka ditemuilah sekeluarga tersebut ditemui terbunuh dalam keadaan yang mengerikan.
    Dilaporkan bahawa mayat isterinya ditemui berpelukan dengan anak bongsunya. Peristiwa 80 an dulu berulang kembali di mana seorang pelajar lelaki malaysia dibunuh di haiyyu sabiek.
    Pada awal mengetahui berita tersebut aku merasakan itu mungkin khabar angin sahaja seperti mana kebanyakan khabar yang bertiup di kalangan azhary. Aku hairan kenapa perkhabaran di kalangan azhary ni susah nak dipastikan, selalu sahaja ada tokok tambah dan pengurangan.. budaya yang paling aku meluat dan benci.
    Disebabkan itu aku mendoakan agar berita itu tak benar dan aku cuba merisik2 dari sumber lain.
    Aku bertemu seorang teman di internet yang berada di cairo, dia mengesahkan berita tersebut tapi tidak mengetahuinya secara terperinci.hmm.. tapi dia menyebut bahawa dikatakan mangsa adalah pelajar thailand. Aku tak puas hati dan bertanya lagi, lalu akhirnya aku dapat kepastian.
    Kepastian yang tidak tergambar ianya boleh berlaku dan aku tak sanggup menggambarkannya. Aku tak pasti apa motifnya pembunuhan tersebut. Yang pastinya betapa tiada perikemanusiaan si pelaku perbuatan terkutuk itu biar apa pun alasannya!
    Moga Ustaz Zaki serta isteri dan dua orang anaknya dicucuri rahmat.

    Apabila aku melayari beberapa weblog persendirian, aku dapati ada juga tulisan mengenai hal ini. Ada beberapa reaksi yang aku kurang bersetuju. Antaranya yang menunjukkan rasa perejudis diri mereka terhadap orang mesir.. dari penulisan itu pun aku dah dapat rasakan... macamlah kesemua orang malaysia itu bagus sangat!!? dan dari sudut lain pula tak patut juga si *** itu menuduh orang mesir yang lakukannya lantaran kes ini masih lagi dalam penyiasatan polis... itu buruk sangka namanya. Lagipun dari sumber lain yang aku perolehi mengatakan bahawa polis mengesyaki orang indonesia dan orang malaysia bermotifkan dendam.wallahua'lam. Apa2 hal pun tidak patut ada buruk sangka mana2 pihak terhadap mana2 pihak disebabkan kes ini masih lagi dalam penyiasatan.
    Berserah kepada penghakiman di hari akhirat nanti kerana itu yang muktamad. Tidak perlu ada buruk sangka dan suu` dhan sesama sendiri sebelum timbul bukti yang nyata.

    Yang penting sekarang semua orang sepatutnya mengambil langkah berhati2 di setiap masa dan tempat. dan.. perlu diingat sangat bahawa ajal itu apabila datang tidaklah ia cepat atau lambat sesaat pun. Jadi bersedia la dengan sebenar2 apa yang dinamakan presediaan.

    Allahummarhamhum.. waghfir 'anhum wa'anna...jamiaa..

    Middle east delta as always
    Wallahua'lam


    Ramadhan Karim...

    Thursday, October 14, 2004

    Assalamualaikum warahmatullaah..

    Esok atau lusa Ramadhan yang penuh keberkatan menjelma lagi. Memberi peluang kepada Hamba2Nya yang sedar akan kelebihannya lalu sedaya upaya berusaha merangkum nikmat itu agar tidak terlepas begitu sahaja. Moga kita di kalangan hamba2 itu.

    Di kesempatan ini sukalah saya mengucapkan selamat menyambut ramadhan almubarak terutamanya kepada insan2 yang pernah mengenali diri ini, keduanya khusus kepada sesiapa sahaja yang melayari laman ini, seterusnya kepada semua saudara seaqidah.. moga ramadhan ini menyaksikan peningkatan diri dalam iman dan amal. Barangsiapa yang pegerakan hidupnya tiada penambahan amal kebaikan maka saksikanlah sesungguhnya ia semakin berkurangan... Moga dijauhkan kita daripada hal tersebut.

    2-3 hari lepas aku nampak jiran arab sedang menggantungkan kertas-kertas putih yang dibuat corak di jalan hadapan rumah kami Mereka mempunyai cara tersendiri untuk menunjukkan rasa kegembiraan mereka dengan kedatangan bulan yang penuh berkat ini. Di lorong lain pula pernah aku tengok mereka menggantung plastik2 keropok `cekedeh` yang entah diambil di mana sebanyak itu.Yang pastinya lepas ramadhan nanti kesemua itu akan diturunkan dan jadi sampah pula selepas ramadhan nnati. Menggantung `fanus` atau tanglong itu sudah menjadi tradisi.Itulah antara fenomena apabila ramadhan semakin hampir.

    Sebetulnya aku sendiri seronok melihat hal itu ntah kenapa. Barangkali kerana sekurang2nya orang masih tahu apa itu bulan ramadhan walaupun belum tentu dia akan memakmurkannya sebaik mungkin. Barangkali hal itu mengingatkan juga suasana kampung di malaysia,apabila aku di waktu kecil begitu beriya2 untuk memasang pelita minyak di lorong menuju rumah atau sekeliling rumah... hmm memang hal itu mendatangkan suatu suasana yang sering aku himbau bila ramadhan kembali lagi.

    Di ketika ini terdetik juga di hati apakah hukumnya melakukan perkara2 begitu yang pada zahirnya seolah2 boleh dikatakan membazir? ya memang banyak pendapat dari kalangan ahli ilmu yang mengkelaskan itu daripada pembaziran yang mesti dielakkan.
    Akan tetapi barangkali itu sesuatu yang harus dan mungkin digalakkan juga apabila melakukan perkara itu menjadi satu syiar yang memberikan satu suasana yang bagus dalam bulan ini.?? ini tak jauh kemungkinan seperti mana yang pernah disebutkan oleh Syeikh Athiyah Saqar dalam fatawa al-ahkam apabila ditanya tenang amalan penggantungan `fanus` atau tanglong oleh masyarakat mesir dalam bulan ramadhan.
    Tapi harus diingat hal tersebut jgn pula dijadikan perkara keutamaan sampai mendahului hal lain yang penting, itulah yang salahnya.

    Apa2 hal pun yang paling aku pasti sekali adalah tumbuhnya program2 mungkar yang memang dikhaskan pada bulan ini. Hairan.. . Lihat tv sahaja dan pasti ada program2 yang memang sah mungkar seolah2 sengaja diada2kan untuk menyebukkan manusia daripada melakukan ibadat kepada TuhanNya. Bahkan itu adalah khas di bulan ramdhan sahaja, sungguh mendukacitakan. Itu antara fenomena ummat islam di bumi mesir menjelangnya bulan yang berkat ini.
    Barangkali di malaysia pun tak jauh bezanya. Mungkinkah era islam hadhari di malaysia sekarang menjanjikan sesuatu yang berbeza? sama2 lah kita lihat ramadhan hadhari di malaysia dan buatla kesimpulan berdasarkan akal rasional yang disandakarkan kepada budi bicara kesedaran agama.

    Nampaknya orang dah azan sekarang , tak sempat nak nulis lagi,, selamat berpuasa dan bertemu lagi jika diberikan kesempatan..

    Fi amaanillaah..

    middle east delta
    ~PakLang~


    Nabi Muhammad Dalam Kitab Hindu & Buddha

    Assalamualaikum..
    Bismillahirrahmanirrahim..

    Artikel ini saya temui dalam utusan malaysia hari ini. Saya rasa elok sangat dipaparkan di sini. Sesuatu yang berharga dan tidak jauh kemungkinannya apatah lagi mustahil. Telah diketahui bahawa kebanyakan ummat2 dulu telah sesat setelah datang keterangan yang nyata berupa utusan Allah bersama wahyu yang dikhaskan kepada kaumnya dalam kebanyakan hal. Begitu juga asal agama buddha dan hindu ni mungkin juga dari sumber yang sama tapi kemudiannya dirubah oleh hawa nafsu manusia itu lalu mereka sesat dan menyesatkan. Lihat sahaja apa yang Allah telah tegaskan tentang perubahan taurat dan injil,hal ini berterusan hingga akhir zaman.mereka merubah mengikut citarasa mereka.. itulah tabiat manusia yang engkarkan nikmat dan sering lupa khaliknya yang sebenar...lalu mendakwa segala macam dakwaan mungkar tanpa bukti yang nyata lalu membuang dan menolak pula kedatangan hidayat yang jelas..



    Benarkah Muhammad disebut dalam kitab Hindu dan Buddha?

    Menangkis Keraguan
    KISAH Nabi Muhammad s.a.w. juga ada di dalam kitab-kitab agama Hindu dan Buddha. Secara dasarnya, kitab-kitab ini tidak disebutkan di dalam al-Quran dan sunah sebagai kitab Allah.

    Namun sebahagian tokoh Islam seperti Pengarah Pusat Islam di Halifax, Kanada, yang juga Ahli Jawatankuasa Majlis Fikah Persatuan Islam Amerika Utara (ISNA), Profesor Dr. Jamal Badawi berpendapat, walaupun tidak ada sebarang nas yang menunjukkan kitab-kitab agama Hindu, Buddha dan seumpamanya datang daripada Allah, namun kita tidak boleh menolak kemungkinan ia juga datang daripada Allah.

    Ia berdasarkan nas-nas yang antaranya firman Allah dalam surah an-Nisa ayat 164 yang bermaksud, Dan Kami mengutus rasul-rasul yang Kami kisahkan tentang mereka kepadamu dahulu, dan rasul-rasul yang tidak Kami kisahkan tentang mereka kepadamu.

    Sehubungan dengan ini, Dr. Ved Prakash Upaddhayaya, seorang pakar bahasa Sanskrit dari Universiti Prayag berpendapat, Nabi Muhammad disebut di dalam Vedas dan Purana dengan empat nama dan gelaran:

    1. Narashangsa : Yang terpuji.

    2. Antim Rinshi: Utusan terakhir.

    3. Kalki Avatar: Utusan akhir zaman.

    4. Mamaha dan Ahamiddhi: Muhammad dan Ahmad

    Narashangsa dalam bahasa Sanskrit bermaksud `yang terpuji' dan maksud ini selari dengan maksud `Muhammad' di dalam Atharvaveda 20:127:2 dijelaskan, Narashangsa akan menaiki unta dan beliau mempunyai 12 orang isteri. Sifat-sifat ini selari dengan sifat Nabi Muhammad yang mengenderai unta dan memiliki 12 orang isteri termasuk seorang wanita yang bernama Mariah al-Qibtiah yang dihadiahkan oleh Raja Mesir kepada baginda.

    Di dalam Kalki Purana 2:5 pula disebutkan bahawa utusan akhir zaman ini dibantu oleh empat orang saudara bagi mengalahkan kemungkaran. Ayat di dalam Kalki Purana ini bermaksud: ``Wahai Tuhan, dengan bantuan empat saudara, aku akan hancurkan syaitan.'' Sifat ini selari dengan Nabi Muhammad kerana baginda memang dibantu oleh empat orang sahabat yang dikenali sebagai Khulafa ar-Rasyidin atau khalifah yang mendapat petunjuk.

    Di dalam Rigveda 1:27:1, dijelaskan bahawa utusan akhir zaman ini dikenali sebagai Mamaha dan beliau mempunyai sepuluh ribu orang pengikut. Ayat yang berada di dalam Rigveda ini bermaksud: ``Mamaha akan terkenal dengan 10,000 pengikut.'' Sejarah membuktikan sahabat-sahabat nabi yang bersama-sama baginda semasa pembukaan Mekah berjumlah lebih kurang sepuluh ribu orang. Justeru ayat ini juga selari dengan Nabi Muhammad.

    Di dalam kitab agama Buddha pula, Gautama Buddha pernah mengingatkan anak muridnya Ananda, berkenaan Buddha akhir zaman yang bergelar `Maitreya'. Buddha berkata: ``Dia akan mengajar kebenaran sebagaimana aku mengajar kebenaran. Dia akan memberikan kepada dunia ini satu cara hidup yang suci dan lengkap. Wahai Nanda, namanya ialah Maitreya.'' Di dalam majalah The Leader keluaran 16 Oktober 1930 disebutkan bahawa kalimat Maitreya bermaksud merciful ataupun Pembawa Rahmat. Perkara yang sama juga telah disebutkan oleh Warren di dalam Mohammad in the Buddhist Scriptures. Maksud ini selari dengan Nabi Muhammad yang disebutkan dalam surah al-Anbiya ayat 107 sebagai pembawa rahmat bagi seluruh alam.

    Middle east delta as always :)



    Memburu Dan Hati...

    Wednesday, October 06, 2004

    Malam kelmarin aku keluar menembak burung lagi, Itulah minat baru aku yang dipupuk pada tahun ini.heh.. seronok menembak ni walau terkadang tu mungkin tak dapat hasil atau terlalu sedikit hasil kalau nak dibandingkan dengan lelah mengendap burung dan masuk belukar.
    Setidak2nya bolehlah diumpamakan itu sebagai riyadhah dan sekaligus tarbiyyah askariyyah (konon).hmm aktiviti ni di malam hari je..masa unggas2 tu sedang lena..mudah la sikit.. :)

    Yang hairannya tak pernah pulak aku tengok orang arab sini pulun menembak macam kami. Sesekali tu ada la aku nampak arab ni menembak burung2 kecil kat taman..takder la nak masuk belukar macam kami. hee..terkadang tu terfikir jugak aku..datang ke negara orang buat macam kampung sendiri pulak,masuk kampung orang bawak senapang macam samseng hee...

    Terkadang tu akal bebudak baik aku pernah juga terfikir,patut ke aku nembak burung2 tu manatahu barangkali dia pun ada anak2 dalam sarang, sapa nak jaga anak dia bila mak bapak dia kena tembak lalu dibuat gulai? kesian kan..
    tapi bila nak keluar menembak cepat2 aku tutupkan kebarangkalian dan bisikan2 macam itu sebab nanti tak sampai hati la aku nak menembak. Aku cuba membayangkan alasan2 lain untuk menyedapkan perasaan.

    Pertama sekali memburu itu adalah mubah tidak ada larangan syara' secara dasarnya.
    Yang penting sekali menembak untuk makan dan bukan untuk tujuan suka-suka mencari target atau `gharadh` seperti yang disebut dalam hadith bahawa Allah melaknat orang yang menjadikan binatang sebagai `gharadh`...-sahih- riwayat muslim kalau tak silap..au kama qal

    Yang keduanya setiap binatang dan manusia itu telah ditaqdirkan rezkinya takkan putus sebelum sampai ajalnya. Burung2 yang berkebarangkalian kehilangan emak bapaknya tu sepertimana yang disebut oleh Allah dalam salah satu ayat quran bahawa setiap ubun` binatang dalam genggaman Allah.. semua dalam kawalan dan pemerhatianNya. Jadi tak perlulah kita fikirkan hal kesian sangat selama mana kita tak menyalahi syara'. setiap yang berlaku telah diatur dengan penuh hikmah oleh Allah yang maha bijaksana.

    Malam kelmarin juga merupakan malam sejarah bagi kami kerana pertama kali mendapat hasil buruan yang agak banyak setelah hampir2 putus asa disebabkan kepekaan burung2 tersebut terhadap pergerakan kami. Setelah putus asa terhadap jenis burung yang biasa tidur di atas pokok kami pun pulang sambil berjalan menyuluh terusan2 kecil yg dipenuhi tumbuhan air. wahh,,rupanya di situ banyak itik air (aku namakan itik air je sebab tatau nama sebenarnya tak sempat nak berkenalan ;)).

    Di situlah kami mulakan kembali perjuangan;mengendap,menyuluh itik2 air yang sedang leka bermain2 di atas air dan ada juga yang tidur ataupun bersantai. Aku fikir itik2 air ni pun tak menjangka ada manusia yang akan memburunya sebab aku yakin belum ada orang lain yang menembak di kawasan itu selain daripada kami..hihihi...ini dia pemburu malizi ..!nasib hang la itik..

    Dalam pemburuan tu berlaku juga hal2 yang aku rasa tak sedap hati..samada perasaan aku betul atau aku yang terlalu sensitif, padahal perkara tu tiada apa2 pun.ntah..hmm..aku terfikir juga aku pun pernah bersikap begitu.

    Apabila permintaan dari seorang sahabat kepada sahabatnya berubah menjadi semacam arahan dan disertai suara yang keras memang aku rasa lain macam. Bagi aku perkara itu tak sesuai dan tak sepatutnya berlaku. Mmeburu burung2 itu bukan hal yang besar hingga nak mengeraskan suara menjadikan ianya seperti perintah degan cara kasar pula..macam askar!.
    Walaupun bukan diri sendiri yang yang diperintah, tapi rasa kasihan kalau kawan yang sorang jadi tukang suluh tu disuruh dgn cara kasar,dan kalau berlaku kesilapan si `sarjen` tu seolah2 macam menyalahkan si sahabat sorang tu pulak.

    Aku tahu si `sarjen` tu dah rasa `excited` sangat memburu tu sampai terlupa nak jaga tutur kata dan intonasi lafaznya hingga terlanjur jadi begitu. Lagipun antara kami memang dia yang paling berpengalaman jadi memang elok sangat dia berikan tunjuk ajar tentang hal itu. Tapi kalau dia guna cara yang lebih lembut tentu lebih bagus.
    Aku tak tahulah apa perasaan si yang dikeraskan suara tu samaada dia turut terasa ataupun tidak sebab dia hanya gelak2 dan sengih..tapi aku tetap rasa tidak puas hati ketika itu.
    Pada mulanya aku diam,tak nak kata apa2.. tapi apabila aku lihat berterusan macam tu beberapa kali, aku pun menyampuk sambil mengenakan tempelakanku terhadapnya yg berupa perlian tajam dalam nada gurauan yang mempunyai beberapa maksud.
    Aku harap mesej aku itu dapat menyedarkan keterlanjurannya tanpa mengesyaki aku memang bermaksud menyedarkannya. Hmm.. susah jugak ye...memang susah nak menjaga hati orang. hati hati menjaga hati nanti termakan hati merana sendiri...

    Aku tak salahkan dia 100%,hal itu pun terkadang berlaku kepada diriku dan kita semua. Contohnya apabila diminta untuk menunjuk ajar sesuatu perkara tu,terkadang aku rasa geram dan terlanjur mengeraskan suara jika si malang lambat faham apa yang diterangkan dan meminta penjelasan berulang kali. hee.. itu aku dan perkara itu berlaku terhadap diriku, tapi biasanya cepat aku tutup dengan lawak bodoh dan cuba sedarkan diri dengan berbisik dalam hati bahawa itu adalah sikap bongkak dan takabbur..iyalah kan kita seolah2 memandang rendah dan tiada hormat terhadap orang yang berhajat kepada kita.. astaghfirullaah..

    Berkemungkinan kita selalu dapat kawal perasaan tu dari terzahir, tapi terselit juga di hati kita perasaan begitu. Ketahuilah itulah antara penyakit hati yang susah nak dibuang
    Agaknya bagaimanakah cara untuk menghilangkan perasaan mazmumah begitu?
    Ya, sudah tentu dengan keikhlasan dalam setiap perkara- menolong dengan ikhlas kerana Allah.

    ya, sudah tentu juga dengan merendah diri dalam setiap hal;kita makhluk yang diberi kemampuan terhad dan seketika sahaja, tak masuk akal kita nak merasa bangga/sombong apabila diminta bantuan. Semuanya dengan kelebihanNya dan bersumberkanNya jua.

    Ya sudah tentu semua itu dengan keinsafan diri bahawa kita hanyalah hamba Allah yang kerdil... yg sentiasa mengharapkan rahmat dan belas kasihanNya..

    Apa2 hal pun peristiwa berburu pada malam itu memberikan aku beberapa pengajaran dan pengalaman.
    -Rezki sentiasa ada dan Allah tidak pernah menyia2kan makhluknya.
    -Sentiasa berbaik sangka terhadap ALlah dan bersikap lembut sesama hamba2Nya.

    Yang penting sekali dicatatkan di sini, peristiwa itu langsung tak meninggalkan apa2 kesan negatif terhadap kawan aku 2 orang tu. Cuma aku mencoretkan di sini apa yang aku rasa sahaja.
    Mungkin bagi mereka hal2 keras dan kasar memerintah itu hanyalah di keadaan `genting` itu sahaja dan mereka memahami hal itu dengan cara yang paling bagus;tiada apa2 nak disimpan di dalam hati. Begitulah hendaknya dan alangkah bagusnya bagi orang yang saling faham memahami dan sentiasa tolak ansur di atas keterlanjuran sahabatnya.

    Itik air banyak lagi ni, nak makan jemputlah ke rumah.. hingga jumpa lagi di kesempatan yang belum pasti jua adanya...

    wallahua'lam

    Middle east delta as always
    ~wan paklang~