Menu Utama

   WebLog PakLang Al-Azhary
 & Kroni

Paklang's profile




Tanda Buku Lawatan

Bunyi latar & Tag Mesej

Midi , Lagu & Radio

<bgsound src="http://geocities.com/mustanni/kennyg2.mid" loop="true">


<a href='http://cybermedia.mmu.edu.my/ext/ikimfm.asx'>Play Radio IKIM.fm</a>
(klik play)

                      TagBoard

Nama Anda

Web atau Mail-E Anda

Messages(emoticon)

Antara Coretan² Lalu

  • Gejala Sosial- Realiti Malaysia
  • Rahmat Ramadhan
  • Untuk Apa Wakil Amerika Hadiri Perbicaraan Lina Jo...
  • kekejaman israel zionis laknatullah
  • Terhina akibat perbuatan sendiri !
  • Cerita lengkap seorang pengunjung hadir di Hotel C...
  • Apakah Kita Perihatin Sebagai Ummat Islam ?
  • Takziah Untuk Keluarga Allahyarham Emy @ Sri Syarm...
  • FINAS jangan gadaikan maruah masyarakat Malaysia
  • Jangan peluk cium, jadi pelacur ok
  • Arkib Coretan Kami

  • 06/2003 - 07/2003
  • 07/2003 - 08/2003
  • 08/2003 - 09/2003
  • 09/2003 - 10/2003
  • 10/2003 - 11/2003
  • 11/2003 - 12/2003
  • 01/2004 - 02/2004
  • 04/2004 - 05/2004
  • 05/2004 - 06/2004
  • 06/2004 - 07/2004
  • 08/2004 - 09/2004
  • 09/2004 - 10/2004
  • 10/2004 - 11/2004
  • 11/2004 - 12/2004
  • 12/2004 - 01/2005
  • 01/2005 - 02/2005
  • 02/2005 - 03/2005
  • 03/2005 - 04/2005
  • 04/2005 - 05/2005
  • 05/2005 - 06/2005
  • 07/2005 - 08/2005
  • 08/2005 - 09/2005
  • 09/2005 - 10/2005
  • 10/2005 - 11/2005
  • 01/2006 - 02/2006
  • 04/2006 - 05/2006
  • 05/2006 - 06/2006
  • 07/2006 - 08/2006
  • 08/2006 - 09/2006
  • 10/2006 - 11/2006
  • 03/2007 - 04/2007
  • Current Posts

  • Permata Mukmin

    Tidak Aku jadikan jin dan manusia malainkanuntuk pengabdian kepada-Ku. Aku tidak mengkehendaki rezki sedikitpun daripadamereka dan Aku tidak mengkehendaki supaya mereka memberi Aku makan.”
    - Surah az-Zariyat: ayat 56-57.

    Laman Cetusan Ilham PakLang Hak Cipta Terpelihara 2003-2004-Weblog-

    This page is powered by Blogger. Isn't yours?

    Current Idol


    2 lelaki sedang solat tidak dipukul ombak

    Thursday, December 30, 2004

    Al fatihah kepada semua muslimin yang menjadi mangsa gempa bumi dan tsunami di wilayah2 terbabit serta takziah buat keluarga mereka..dan takziah buat semua manusia yang terbabit. Semoga apa yang terjadi itu menjadi pengiktibaran kepada kita semua/mereka dan kaffarah kepada mangsa2 tersebut insyaAllah. Kita redha dengan segala apa yang berlaku dan yakini di sana ada hikmah yang Allah kehendaki di sebalik tragedi itu. Tiada sesuatu apa pun yang berlaku melainkan dengan kehendak serta kekuasaanNya jua. Orang2 yang paling berntung adalah mereka yang mengambil iktibar di setiap perkara, sentiasa sedar dengan kebesaran Allah lalu langsung mahu kembali kepadaNya jika berlaku kelampauan diri dalam segala hal di dunia ini.

    Allahumma hawalina wa la `alainaa .... (salah satu lafaz doa nabi ketika hujan turun dengan melampau dalam satu peristiwa.. ) au kama qall

    wallahu a'lam

    Dari harian metro ..
    Edisi Utara: 2 lelaki sedang solat tidak dipukul ombak


    GEORGET0WN: Seorang mangsa yang terselamat dalam bencana tsunami Ahad lalu, mendakwa dia ternampak seorang lelaki yang sedang bersolat Zuhur di atas batu tidak dipukul ombak, walaupun ramai orang lain menjadi korban.
    Malah, mangsa terbabit, Anuar Mahmud, 36, berkata dia juga ternampak seorang lagi lelaki yang sedang menunaikan solat di dalam bot berhampiran juga terselamat walaupun dipukul ombak kuat.

    “Ombak seperti terbelah, bot itu masih ada di situ, selesai saja solat bot berkenaan ditolak ombak ke tebing (pantai),” katanya yang kehilangan anaknya, Nur Iffah, 5, dalam kejadian di Pantai Pasir Panjang, dekat Balik Pulau.

    Katanya, kejadian itu memberi hikmah dan menunjukkan kebesaran Allah.

    Sejak empat hari lalu Anuar dan isterinya, Haliza Husaini, 37, berlegar-legar di kawasan pantai berkenaan dengan harapan dapat menemui Nur Iffah.

    Penantian itu berakhir apabila pasukan penyelamat menemui mayat kanak-kanak perempuan itu, semalam.

    Anuar mengesahkan mayat itu anaknya ketika diminta seorang pegawai polis marin membuat pengecaman.

    Anuar mengecam mayat berkenaan berdasarkan baju yang dipakai anaknya pada hari kejadian.

    Suasana semakin pilu apabila Haliza menyebut “Ya Allah...kesiannya anak aku, Masyaallah!”

    Mayat anak pasangan berkenaan ditemui kira-kira jam 10.30 pagi terapung di laut beberapa kilometer di perairan pantai berkenaan. Mayat itu kemudian dibawa ke pantai dan sampai kira-kira jam 11.55 pagi.

    Anuar yang tinggal bersama keluarganya di Tasik Gelugor, Seberang Prai Utara berkata, pada Ahad lalu dia datang berkelah ke situ bersama enam ahli keluarga dan rakannya serta lima keluarga lain yang baru dikenali, semuanya 17 orang.

    “Kami baru saja sampai ke situ. Baru beberapa minit meletakkan hamparan serta bekalan dan bersiap untuk mandi saya lihat ombak menuju ke arah bukit, ketika cuba menyelamatkan diri saya jatuh dan berpusing-pusing.

    “Saya tidak sempat pegang (Nur) Iffah sebab agak berjauhan ketika itu,” katanya yang cedera di kaki dan tangan serta dikenakan lima jahitan.

    Bagaimanapun isterinya, dan tiga lagi anaknya terselamat. Mereka ialah Nur Sahirah, 10, yang sempat berpaut pada dahan pokok, Mohd Dannial, 8 (dibawa ombak tetapi sempat ditarik seseorang) manakala anak bongsunya, Nurain, 9 bulan, dipegang isterinya.

    Dia dan isterinya yang mengendalikan pusat latihan komputer di Kepala Batas bersama seorang rakan mengusahakan sebuah kilang serbuk kopi dan teh di Bukit Minyak, Seberang Prai Tengah (SPT).

    Sementara itu, Haliza berkata, kehilangan Nur Iffah sangat dirasai kerana dia anak paling rapat dengannya dan suami.


    UMAT ISLAM UMPAMA BUIH...

    Monday, December 13, 2004

    Inilah berita paling menyedihkan apabila aku melayari akhbar hari ini dan aku hampir2 menitiskan air mata ketika membacanya. Perasaan benci dan semangat nak membalas kezaliman kekufuran amerika meluap-luap! Tiada daya dan kata melainkan doa agar Allah selamatkan mereka dan memberikan ganjaran syahid untuk mereka yg terkorban..

    Tapi lebih sedih lagi melihatkan sebahagian ummat islam terus leka dan terpana dengan budaya2 mungkar yang ditaja kebanyakannya secara langsung atau tidak oleh amerika yahudi ini! Aku tak hairan sangat kalau ada sebahagian kita yang terpengaruh `sikit` dengan hal itu, tapi sungguh memalukan dan sungguh melukakan nurani melihat sebahagian kita yang terlampau fanatik pula dengan hiburan maksiat dan menjadikan itu antara agenda harian mereka !!! Seolah2 hidup mereka untuk itu dan tiada apa yang mereka nak bicarakan melainkan hal itu !!!??

    Lihat diri kita atau orang terdekat kita berapa banyak yang terpukau dan terhibur oleh rancangan2 mungkar? filem di tv menjadi perbualan dan analisis mereka, pelakon2nya menjadi idola dan kegilaan mereka, yang paling menyedihkan dan mengesalkan lagi antara kita turut sama mempromotkan dan memeriahkan program2 mungkar itu lalu terus lalailah ummat bersama gugurnya saudara kita di sana sini dalam penderitaan sedangkan kita berseronok dan berfoya dengan program dan segala hiburan yang ditaja dan dicanai oleh pembunuh saudara2 kita tersebut !!

    Benarlah sabda rasululla dalam satu hadith "Umat lain akan meratah kamu dengan rakus sebagaimana anjing-anjing yang mengelilingi hidangan makanan. Sahabat bertanya adakah kerana bilangan umat Islam yang sedikit? Baginda menjawab Tidak, bahkan jumlah kamu masa itu banyak sebagaimana banyaknya buih di permukaan air banjir. Allah mengikis perasaan gerun di dalam hati musuh terhadap kamu dan Allah mencampakkan dalam hati kamu 'al-wahan'. Sahabat bertanya apa dia wahan itu ya Rasulullah. Jawab baginda 'cintakan dunia dan bencikan akhirat."

    Ya Allah, apa bencana yang menimpa hamba2Mu ini.. berilah kami petunjuk dan kekuatan.. amin ya robb ..

    Winter in my mindd..
    PakLang

    dari berita harian...
    Fallujah hadapi krisis kemanusiaan

    BAGHDAD: Ketika penduduk Amerika Syarikat (AS) bergembira dan bersedia menyambut Hari Kesyukuran, anggaran 100,000 penduduk bandar raya Fallujah terperangkap di dalam rumah masing-masing, berjuang untuk hidup tanpa makanan segar dan bekalan air atau elektrik yang dipotong oleh tentera AS pada 8 November lalu.

    Menurut laporan American Free Press (AFP) , pada masa sama di jalan raya sekitar bandar raya itu dengan penduduk lebih 300,000, anjing kelihatan berkeliaran memamah mayat kembung dan reput yang masih tidak dikebumikan.

    Beribu-ribu keluarga di bandar raya itu dilaporkan berada dalam keadaan krisis kemanusiaan kritikal selepas tentera penceroboh AS menghalang penghantaran bekalan bantuan.

    Konvoi bantuan kemanusiaan Persatuan Bulan Sabit Merah Iraq (IRCS) dilaporkan dihalang oleh tentera AS selama lebih dua minggu sebelum dibenarkan menghantar bantuan kepada penduduk di Fallujah pada 25 November lalu.

    Pada Hari Kesyukuran, tentera penceroboh AS membenarkan konvoi IRCS yang membawa beribu-ribu bungkusan makanan, selimut, khemah dan bekalan perubatan memasuki bandar raya itu dan membenarkan salah sebuah klinik dijadikan hospital sementara merawat mangsa yang cedera.

    Bagaimanapun, pegawai Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) di Geneva, Rana Sidani, memberitahu AFP terdapat ‘ramai penduduk awam’ masih dihalang dari menerima bantuan atau rawatan perubatan.

    Pada mula operasi tentera penceroboh di Fallujah pada 5 November lalu, sebuah hospital di daerah Nazzal musnah akibat serangan udara dan pengeboman AS.

    “Kawasan berhampiran yang digunakan oleh hospital besar Fallujah untuk menyimpan bekalan perubatan turut dimusnahkan,” kata saksi kepada agensi berita Reuters.

    Hospital utama Fallujah ditawan oleh tentera AS sebaik serangan darat dilancarkan - tindakan yang jelas mencabuli undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

    “Mayat dapat dilihat merata-rata dan penduduk menangis apabila menerima bungkusan makanan. Ia memang menyedihkan. Ia memang bencana kemanusiaan,” kata jurucakap IRCS di Baghdad, Muhammad al-Nuri.

    Dia berkata, sukar untuk bergerak di bandar raya itu disebabkan banyak mayat yang bergelimpangan di atas jalan. IRCS menganggarkan terdapat lebih 6,000 mayat di Fallujah, kata al-Nuri.

    – Agensi

    Ketika ditanya kepada Mejar Jay Antonelli, dari Pusat Maklumat Media (CPIC) di Baghdad sama ada anggaran IRCS itu boleh dipercayai, dia sekadar menjawab: “Kami tidak mengira bilangan penduduk Iraq yang meninggal dunia.”

    Antonelli juga mendakwa, tentera AS tidak pernah menghalang konvoi bantuan daripada memberi pertolongan kepada mangsa yang cedera.

    “Kami hanya mencadangkan supaya mereka tidak memasuki bandar raya kerana tentera pelbagai negara tidak dapat menjamin keselamatan mereka,” katanya. —Agensi



    Rupa Sebenar SPR...

    Thursday, December 09, 2004

    Ketelusan sekadar di bibir (spr) sahaja, wahai pejuang teruskan perjuangan dngan keikhlasan, maka Allahlah yang akan menilai dan memberikan ganjaran pengorbanan kalian, milik kalianlah samaada terkorban syahid atau kemenangan. Moga orng2 yang mahu berfikir akan berfikir dengan rasional... wa ma taufiqiy illa billaah

    Lihat artikel dari tranung ini --> klik


    Nasib Tok Guru....

    Monday, December 06, 2004

    Alhamdulillah, setelah ketakstabilan kesihatan semenjak bulan puasa dulu kini rasanya dah semakin serasi dengan cuaca winter berdebu mesir ni. Taktau la samaada disebabkan pertahanan diri yang semakin kuat atau cuaca yg berkurangan sejuk. Alhamdulillah kalau segala kesakitan kita terima dengan sabar dan redha lalu sudah tentu menjadi kaffarah kepada sebahagian dosa2 kita insyaAllah. Kalau sebaliknya maka alangkah ruginya diri ini... azab dunia dapat, dosa lama terus wujud dan barangkali bertambah pula kalau mengeluh yang seolah olah tidak meredhai musibah
    tersebut.
    Apabila kurang sihat dulu itulah alasan biasa bila meminta ditangguhkan kelas yang pengajian,tapi bila dah sihat rasa malas pula yang bertandang. tu la manusia ' aktharu syain jadala` banyak pertikaian. Teringat masa permulaan kelas untuk budak2 syariah selepas eid hari tu aku betul2 tak sihat, terpaksalah pujuk si sahabat yang sorang tu untuk menggantikanku sebagai pengajar sementara. Macam aku jugala, pelbagai alasannya untuk menolak, barangkali dulu bila aku minta dia tolong ngajarkan budak2 pompuan kat mansurah dia tolak sebab tak biasa mengajar apatah lagi budak2 pompuan pulak tu., kelakar,, agaknya takut kena buli dengan ustazah2 kot. tapi sesama lelaki nampaknya dia takleh nak buat alasan tu lagi.. selepas tarik dan tolak dia setuju jugak walaupun untuk sekali itu sahaja, lega rasanya sebab takder la bebudak syariah tu datang ke kelas sesaja tanpa tok guru. selesai
    masaalah hari tu.
    Hari seterusnya ada sorang ustaz yang masuk ke kelas tu datang bertandang ke rumahku. Aku pun bertanyakan dia pasal hal kelas kelmarinnya. Dia senyum, nampak macam bagus berjalan lancar reaksinya tu, tapii,,, dia tambah lagi, lucah la sikit katanya.!
    Ohh.. tak mungkin kelas ilmu begitu mengandungi unsur2 lucah pula aku fikir. Tak mungkin di majlis taklim begitu dan di antara org bertitle `ustaz` berlaku hal lucah?
    tapi tiada yg tak mungkinnya zaman sekarang. Tapi biasanya mmg lah tak patut berlaku.

    Aku bertanya lagi lucah yang bagaimana yang dia maksudkan tu? SeLepas cuba memahami apa yang dia nak sampaikan barulah aku faham. lucah yg dia maksudkan itu adalah penyebutan kalimah2 tertentu secara terus tanpa kias dalam penerangan teks feqh syafie tersebut.
    Aku tak salahkan dia, cuma aku tak bersetuju dia kelasifikasikan itu sebagai lucah kerana istilah itu tak sesuai, Seolah2 ustaz pengganti aku itu melucah pula jadinya. Barangkali teman tu seorang yang terlalu sopan lemah lembut yang jarang mendengar hal2 begitu secara terus terang lalu mengklaskan itu sebagai lucah dan tak sesuai atau aku yang tak pasti hal apa yg berlaku sebenarnya ?barangkali juga.
    Aku cuba menerangkan kepadanya bahawa dalam hal2 tertentu agama suka berterus terang, terutamanya dalam hal2 yang berkaitan dengan hukum hakam agar orang lebih jelas dan tiada syak. Dan satu perkara biasalah apabila kita menyentuh bab `thaharah`/bersuci` si ustaz yang nak menerangkan hal tersebut terpaksa menyebut secara terus terang tanpa berlapik agar lebih mudah difahami dan jelas sejelas2nya kerana kesahihan ibadat itu tergantung juga kepada sucinya tubuh badan dari najis dan hadath.

    Pernah diriwayatkan dalam satu hadith yang thabit bahawa nabi memuji wanita2 ansar,yang tak malu untuk bertafaqquh/mempelajari dalam agama" Mereka selalu bertanyakan hal ehwal wanita seperti haid dan sebagainya kepada Nabi,hingga satu ketika berlaku nabi yang terlalu malu ini tiada kalimah lagi untuk menerangkan lalu baginda sekadar mengucap subhanallaah!..
    siti Aisyah yang mendengar perbualan itu lantas menarik si perempuan yang bertanya tersebut dan menerangkan apa yang dimaksudkan oleh nabi itu. Lihat betapa malunya nabi walaupun ketika menerangkan perkara tersebut walaupun hal itu harus. Tapi manusia sekarang menjadikan hal2 lucah sebagai gurauan biasa pula adanya. sedihnya ummat islam kita.. tanpa segan situ meraikan budaya biadab musyrik dalam kehidupannyya...

    Kembali kepada kes kita tadi,barangkali ustaz tu menggunakan bahasa yang mungkin dianggap terlampau dalam dialek si teman tu tapi tidak bagi dialek kawasan si ustaz tu di dalam situasi yang diharuskan menyebut hal itu.
    Jadi secara umumnya bagiku tidaklah patut kita mengatakan semua kalimah yg ada unsur lucah adalah lucah dalam semua keadaan. Sepatutnya ia tidak dikatakan lucah kalau digunakan pada tempat yang diharuskan syara'. apatah lagi si ustaz itu bukan bermaksud untuk berlucah dan seumpamanya. Pelucah adalah terlaknat apabila dia biasa melucah dan adat dia berlucah dan dia hidup dalam kelucahan! Menerangkan yang benar itu bukan berlucah namanya. moga difahami..

    Mengingatkan hal itu aku risau juga dikatakan `ustaz lucah` apabila masuk ke kelas di hari seterusnya. Disebabkan dah berlaku hal itu ke atas kawanku maka aku amat berhati-hati ketika sampai kepada bab2 yang berkaitan. Sebelum menyebut hal itu aku ada menyentuh pasal kalimah2 tersebut dan mengatakan bahawa ini bukan untuk melucah dan tak sepatutnya diklaskan dalam kelucahan. Alhamdulillah .. aku rasa ketidakhadiranku kerana tak sihat sebagai `tok guru` pada hari pertama tu ada hikmahnya jua selain dari kaffarah dosa ;) juga pengajaran dan pengalaman buat si sahabat penggantiku itu yg tak sebaik nasibku walaupun sihat di hari itu.aa nak cerita banyak la kesnyaa.. cukupla sekadar itu ,waktu kecederaan.. bertemu jika diizinkanNya...

    Junjunglah islam walau di mana kita berada..
    Wala tamuutunna illa wa antum muslimuunn... bukan kalimah remeh tapi kalimah yang bermakna besar...

    wallahua'lam
    Middle east delta as always
    PakLang