Menu Utama

   WebLog PakLang Al-Azhary
 & Kroni

Paklang's profile




Tanda Buku Lawatan

Bunyi latar & Tag Mesej

Midi , Lagu & Radio

<bgsound src="http://geocities.com/mustanni/kennyg2.mid" loop="true">


<a href='http://cybermedia.mmu.edu.my/ext/ikimfm.asx'>Play Radio IKIM.fm</a>
(klik play)

                      TagBoard

Nama Anda

Web atau Mail-E Anda

Messages(emoticon)

Antara Coretan² Lalu

  • Gejala Sosial- Realiti Malaysia
  • Rahmat Ramadhan
  • Untuk Apa Wakil Amerika Hadiri Perbicaraan Lina Jo...
  • kekejaman israel zionis laknatullah
  • Terhina akibat perbuatan sendiri !
  • Cerita lengkap seorang pengunjung hadir di Hotel C...
  • Apakah Kita Perihatin Sebagai Ummat Islam ?
  • Takziah Untuk Keluarga Allahyarham Emy @ Sri Syarm...
  • FINAS jangan gadaikan maruah masyarakat Malaysia
  • Jangan peluk cium, jadi pelacur ok
  • Arkib Coretan Kami

  • 06/2003 - 07/2003
  • 07/2003 - 08/2003
  • 08/2003 - 09/2003
  • 09/2003 - 10/2003
  • 10/2003 - 11/2003
  • 11/2003 - 12/2003
  • 01/2004 - 02/2004
  • 04/2004 - 05/2004
  • 05/2004 - 06/2004
  • 06/2004 - 07/2004
  • 08/2004 - 09/2004
  • 09/2004 - 10/2004
  • 10/2004 - 11/2004
  • 11/2004 - 12/2004
  • 12/2004 - 01/2005
  • 01/2005 - 02/2005
  • 02/2005 - 03/2005
  • 03/2005 - 04/2005
  • 04/2005 - 05/2005
  • 05/2005 - 06/2005
  • 07/2005 - 08/2005
  • 08/2005 - 09/2005
  • 09/2005 - 10/2005
  • 10/2005 - 11/2005
  • 01/2006 - 02/2006
  • 04/2006 - 05/2006
  • 05/2006 - 06/2006
  • 07/2006 - 08/2006
  • 08/2006 - 09/2006
  • 10/2006 - 11/2006
  • 03/2007 - 04/2007
  • Current Posts

  • Permata Mukmin

    Tidak Aku jadikan jin dan manusia malainkanuntuk pengabdian kepada-Ku. Aku tidak mengkehendaki rezki sedikitpun daripadamereka dan Aku tidak mengkehendaki supaya mereka memberi Aku makan.”
    - Surah az-Zariyat: ayat 56-57.

    Laman Cetusan Ilham PakLang Hak Cipta Terpelihara 2003-2004-Weblog-

    This page is powered by Blogger. Isn't yours?

    Current Idol


    Apa nak Jadi- Islam Hadhari??

    Thursday, February 24, 2005

    Islam Hadhari?? Apa nak jadi?? Badan yang ditugaskan sebagai mencegah kemungkaran, diperlekehkan? Mungkar disanjung, amal makruf dah diketepikan. Sedih sungguh. Siapa lagi nak diharapkan untuk mencegah perkara mungkar yang dilakukan oleh umat islam?
    Jawi di saman? Kerana menagkap mereka dari golongan kenamaan, biarpun mereka ini terang-terang melakukan kemungkaran. Malahan mereka ini disokong oleh puak yang mengagungkan islam hadhari. Puak yang menyanjung Malaysia ini sebagai negara Islam. Inilah negara Islam yang kita banggakan.
    Siapa lagi yang kita harapkan untuk bela Islam? Adakah kita sensitif dengan isu yang sedang melanda? Atau kita alpa dengan program yag dihalakan oleh segala macam chanel tv? Ntahla..saya sedih melihatkan perkara ini. artis yang terang nyata melakukan maksiat di kelab malam di pinggir Jalan Ampang itu dibela sedang yang mencegah kemungkaran pula disaman. Wahai sahabat ku, marilah kita berjuang amal makruf nahi mungkar.
    Tanyalah diri kita adakah dalam hati kecil kita terdetik satu perasaan?? atau berbagai2 perasaan?? atau takde perasaan langsung??



    shams


    Sekadar Coretan

    Tuesday, February 08, 2005

    Mengimbas kembali kisah 2, 3 hari lepas sewaktu habis kelas syariah di UM. Bersantai sebentar di depan kawasan menunggu. Di kawasan itu juga, tersenyum dengan kawan-kawan lama yang tidak lagi sekelas. Di situ jugalah, memerhati orang. Sempat juga menjeling dan berkata-kata di dlam hati.

    Dila seorang sahabat yang baru ku kenali sama-sama satu kelas. Sebelum ini dia mengambil Usuluddin. Dan kini mula mengambil syariah pula. Dila menceritakan kisahnya dengan seorang kaum adam beberapa tahun yang lalu. Berusia 4 tahun lebih muda daripada aku. Berasal dari Penang dan tinggal bersama keluarga di Kelana Jaya. Dia sangat mengagumi insan ini. Sebenarnya mereka sama-sama mengikuti persatuan Islam ini. Dila dalam jurusan perubatan lebih kurang begitula. Lelaki ni pulak dalam aliran syariah.
    Menurut Dila itulah satu-satunya lelaki yang pernah dikenalinya yang sifatnya tidak ada pada lelaki lain. Barangkali berinteraksi bersama mengendalikan persatuan tersebut membibitkan perasaan yang sukar diterjemah. Memang teramat baik. Peribadinya amat Dila kagumi, begitu menurutnya. Aku sekadar terkedu. Sukar sekali untuk gambarkan insan tersebut. Mungkin begitu anak didik Akedemi Pengajian Islam UM, detik ku!
    Menurutnya mereka sebenarnya hampir disatukan. Dengan diuruskan oleh orang tengah, Dila pun berbincang dengan keluarganya. Waktu itu, Dila di tahun 1 begitula kalau tidak silap. Bagi mereka yang berada di dalam jemaah, adalah baik sekiranya kedua-dua pihak yang suka sama suka ini disatukan. Begitulah adat kebiasaaannya.
    Ibubapa menasihatkan agar Dila tamatkan studi dulu. Akur kata ayahbonda..dalam diam Dila redha. Si lelaki kalau tidak silap mungkin hampir tamat studi pada waktu itu. Agak kecewa sedikit. Pada pemikirannya mungkin tidak setaraf dengan student jurusan perubatan.
    Di akhirnya, menurut Dila yang pernah menghubungi lelaki itu ataupun m ungkin melalui orang lain, dia telah pun berkahwin. Menyambung master di US.
    Sehingga kini Dila masih menyanjung insan tersebut. Banyak jugak lamaran yang ditolak, justeru tiada setanding dengan yang lama.
    Aku menyakat, masih ada 3 kekosongan untuk diisi oleh Dila.
    Dila setuju dengan aku...

    "apa yang kita suka itu, mungkin tidak baik untuk kita, dan yang dibenci pula barangkali yang terbaik untuk kita..Itu ketentuan illahi. Dia yang maha mengetahui"