Menu Utama

   WebLog PakLang Al-Azhary
 & Kroni

Paklang's profile




Tanda Buku Lawatan

Bunyi latar & Tag Mesej

Midi , Lagu & Radio

<bgsound src="http://geocities.com/mustanni/kennyg2.mid" loop="true">


<a href='http://cybermedia.mmu.edu.my/ext/ikimfm.asx'>Play Radio IKIM.fm</a>
(klik play)

                      TagBoard

Nama Anda

Web atau Mail-E Anda

Messages(emoticon)

Antara Coretan² Lalu

  • Gejala Sosial- Realiti Malaysia
  • Rahmat Ramadhan
  • Untuk Apa Wakil Amerika Hadiri Perbicaraan Lina Jo...
  • kekejaman israel zionis laknatullah
  • Terhina akibat perbuatan sendiri !
  • Cerita lengkap seorang pengunjung hadir di Hotel C...
  • Apakah Kita Perihatin Sebagai Ummat Islam ?
  • Takziah Untuk Keluarga Allahyarham Emy @ Sri Syarm...
  • FINAS jangan gadaikan maruah masyarakat Malaysia
  • Jangan peluk cium, jadi pelacur ok
  • Arkib Coretan Kami

  • 06/2003 - 07/2003
  • 07/2003 - 08/2003
  • 08/2003 - 09/2003
  • 09/2003 - 10/2003
  • 10/2003 - 11/2003
  • 11/2003 - 12/2003
  • 01/2004 - 02/2004
  • 04/2004 - 05/2004
  • 05/2004 - 06/2004
  • 06/2004 - 07/2004
  • 08/2004 - 09/2004
  • 09/2004 - 10/2004
  • 10/2004 - 11/2004
  • 11/2004 - 12/2004
  • 12/2004 - 01/2005
  • 01/2005 - 02/2005
  • 02/2005 - 03/2005
  • 03/2005 - 04/2005
  • 04/2005 - 05/2005
  • 05/2005 - 06/2005
  • 07/2005 - 08/2005
  • 08/2005 - 09/2005
  • 09/2005 - 10/2005
  • 10/2005 - 11/2005
  • 01/2006 - 02/2006
  • 04/2006 - 05/2006
  • 05/2006 - 06/2006
  • 07/2006 - 08/2006
  • 08/2006 - 09/2006
  • 10/2006 - 11/2006
  • 03/2007 - 04/2007
  • Current Posts

  • Permata Mukmin

    Tidak Aku jadikan jin dan manusia malainkanuntuk pengabdian kepada-Ku. Aku tidak mengkehendaki rezki sedikitpun daripadamereka dan Aku tidak mengkehendaki supaya mereka memberi Aku makan.”
    - Surah az-Zariyat: ayat 56-57.

    Laman Cetusan Ilham PakLang Hak Cipta Terpelihara 2003-2004-Weblog-

    This page is powered by Blogger. Isn't yours?

    Current Idol


    Sehari di kuliah ... Al-Azhar Tanta

    Friday, April 29, 2005

    Sebenarnya dah lama aku tak ke kuliah. Maklumlah orang yang ada `special kes` ni memang tak perlu ke kuliah melainkan untuk menguruskan hal2 yang berkaitan dengan urusan kuliah saja.
    Apabila sampai ke kuliah hari tu terkejut juga aku disebabkan ada beberapa perubahan ketara. Antaranya padang tempat budak2 arab bermain bola tu sedang dibina bangunan kuliah quran yang baru. Kesian la bebudak tu takleh main dah lepas ni, tapi dalam hati aku suka sangat sebab aku tengok lebih banyak masa terbuang dengan kebudak-budakan mereka di padang tersebut. Biarla dibuat bangunan `ilmu` di situ kerana itu lebih utama. Sekarang nampaknya kawasan kuliah dah padat dengan bangunan. Alangkah bagusnya kalau azhar ada peruntukan untuk cantikkan kawasan kuliahnya dengan melapangkan kawasannya serta menghiaskannya dengan lanskap macam universiti2 di malaysia., barulah semangat sikit dan ceria pemikiran pelajar2nya. Tapi faham2lah, azhar di sini umpama SAR di malaysia. InsyaAllah keilmuan yang ditawarkan itu lebih utama dari segalanya, cuma perlukan mujahadah tanpa sebarang alasan oleh pelajar2nya.

    Hampir lupa pula, sebenarnya tujuan utama ke kuliah hari itu adalah untuk membayar yuran kuliah yang tertangguh beberapa bulan. Akhir tempoh waktu kecederaan macam ni barulah biasanya aku akan menyelesaikan urusan kuliah..macam-macam la alasannya. Apabila sampai saja depan si `mustaffa` si kerani yang ditugaskan menyelesaikan hal ehwal pelajar ni, dia tersenyum je tengok aku. Dia kata " aku dah bagitau hang dah seminggu dua sebelum ni cepat jelaskan yuran kalau tidak pengajian akan digantung tak boleh masuk imtihan'.. hee. dan macam selalu aku sengih je dan dia pun tau hampir setiap tahun tahu aku macam tu, cuma tahun ni berkaitan dengan yuran la pulak. Segala urusan lain seperti kad kuliah sudah tentu belum aku buat macam tahun2 sudah, bila last minit barulah aku selesaikan segalanya. Hshh nampaknya perangai aku ni tak berubah lagi sejak dulu smpai hari itu. Mujurla si mustaffa ni dia tak berleter melampau macam biasa 'alhamdulillah kalau tidak sakit hati juga dibuatnya apabila bising2 menyebutkan hal aku ni kepada sahabat2 dia pekerja2 di situ !!.

    Sambil makan roti eish bersama kacang ful dia mempelawa aku bersarapan sekali serta menyuruh aku menunggu sebentar sementara dia nak bersarapan sedangkan pada waktu itu dah pukul 9 pagi lebih !! huh sabar sajalah kerana itu adalah fenomena biasa di sini.
    Semasa berada di hadapan mejanya yang berselerak dengan segala macam benda tu , tiba-tiba datang sorang pekerja bersama cawan dan bercakap sesuatu seperti sedang memujuk,ahh rupanya si bawwab tu meminta gula spare yang tersimpan dalam laci si mustafa untuk membancuh tehnya. Aaa,, tergendala sebentar urusan aku disebabkan acara pujuk memujuk yang akhirnya kekalahan di pihak mustafa lalu dia pun keluarkan gula kesayangannya tu dan beri beberapa sudu kepada si bawwab tersebut. Kelakar betul aku tengok pelbagai karenah pekerja2 hal ehwal pelajar ni, nak mengeluh tak berguna sebab itu memang hal biasa di sini dan aku hanyalah saksi bisu terhadap suasana tersebut. Seolah-olah tiada tatacara bekerja langsung!! kalaulah pekerja2 mesir mempunyai disiplin yang kuat nescaya negara mereka lebih cepat membangun. Tapi itulah diantara fenomena tabiat ummat islam di sebuah negara islam.

    Banyak kalau nak ceritakan di sini, itu belum lagi tentang pelajar2nya yang hampir tak terikat dengan disiplin, berperangai kebudakan dan sebagainya yang terkadang kita pun tak percaya bahawa mereka ini adalah pelajar yang dikaitkan dengan ilmu Allah... tapi itulah hakikatnya sungguh pahit utuk ditelan.
    Patutlah profesor2 pun selalu tensen dalam dewan apabila menghadapi karenah2 mereka ini. Sabar je la itu memang kerja mereka untuk sampaikan ilmu yang insyaAllah akan membentuk akhlak mulia. Di sinilah medan awal perjuangan dan bukan alasan untuk menutup kelemahan keazaman diri sendiri. Di mana sahaja berada di situlah Islam di junjung...

    "Berjihadlah dijalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka"
    (Surah At-Taubah: 20)
    Kehidupan adalah satu perjuangan..

    Mesir.. engkau mencatatkan sesuatu yang berharga di minda ku untuk selamanya...agar dapat aku himbau semula kenangan itu...

    ntah apa yang aku ngarutkan di pagi jumaat ni.. mmm :)


    Renungan

    Sunday, April 24, 2005

    Allaah,, tak sihat lagi hari ni, selsema sokmo.. nanti malam ada kelas pula, Moga diberikan kemudahan dan kesihatan untuk menyampaikan sepatah dua kata mengenai ilmuNya nanti. ya Robb..

    Lima syarat Ibrahim Adham elak lakukan maksiat

    "WAHAI yang mulia Ibrahim, selama ini aku gemar melakukan maksiat. Tolong berikan aku nasihat agar aku tidak mengulangi perbuatan itu?” Kata seorang lelaki kepada ulama dan ahli sufi Ibrahim bin Adham.

    Setelah mendengar perkataan itu, Ibrahim berkata dalam bentuk sindiran; "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."

    Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

    Ibrahim bin Adham berkata; "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia menaikkan kening seraya berkata; "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

    "Syarat kedua, kalau mahu melakukan maksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya; "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

    "Ya! Anda benar!" kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat ketiga. Ibrahim menjawab; "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!"

    Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata; "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"

    "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

    Ibrahim selanjutnya menerangkan: "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, “Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

    "Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

    "Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringimu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

    Perkataan itu membuat lelaki itu insaf. Dia berkata: "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah," katanya.


    Sekadar keluhan...

    Sunday, April 17, 2005

    Hari ni baru ada kesempatan lagi untuk menjengok dunia net ni. Semalam adalah antara hari yang paling letih bagiku mengerah minda. Dari pagi sampai 11 malam aku ada 4 kelas taklim. Aku pun tak pasti bagaimana aku boleh memberikan persetujuan untuk menerima permintaan hamba2 Allah tersebut. Begitu susah nak menolak apabila ada permintaan dari tempat berdekatan.
    Serba salah dibuatnya, bukan sengaja nak hampakan manusia lain tapi disebabkan rasa berat kerana tanggapan mereka itu terlampau terhadap kebolehan diri. Agaknya disebabkan ketandusan tok guru maka aku terpaksa jadi `bomo terjun` mengisi ruangan yang sentiasa minta diisikan. aaa nampaknya tanta ada krisis 'tok guru` pelapis ulama agaknya... ataupun belum ada lagi insan wibawa yang sanggup zahirkan dirinya. Yang tak seronoknya selepas sesi penyampaian apa yang terdaya tersebut, ia sedikit sebanyak akan bermain di pemikiran kembali kerana betul2 risau kalau ada kesilapan dalam penyampaian. Sungguh membebankan tanggungjawab sebegini, rasa tertekan terkadang itu... moga Allah bagi kemudahan dan petunjukNya sentiasa..

    Diriwayatkan dari Ibnu Majah dalam sunannya, hadith Anas bin Malik bahawa Rasulullah bersabda: Sesungguhnya di kalangan manusia ada sebahagiannya yang menjadi kunci pembuka kepada kebaikan dan penutup kepada kejahatan, dan sebahagin manusia ada yang menjadi kunci pembuka kepada kejahatan dan penutup kepada kebaikan, maka beruntunglah orang2 yg Allah jadikan dia sebagai kunci pembuka kebaikan, dan celakalah orang2 yang Allah jadikan dia sebagai kunci pembuka kejahatan".. au kama qal ...

    Semoga kita termasuk dalam kalangan orang yang beruntung tersebut. Sebenarnya kita dalam kehidupan harian terdedah sentiasa kepada pembuka kejahatan ataupun kebaikan. Setiap tindak tanduk kita ada kaitan dengan agama dan akan diperkirakan di hari kemudian, apatah lagi kalau keaiban yang kita lakukan itu akan diteladani pula oleh manusia lain maka saham nya terus menerus mengekori kita. Jadi beruntunglah bagi mereka yang melakukan kebaikan dan diteladi pula kerana mereka ketika itu telah menjadi pembuka kepada kebaikan lalu saham kebaikannya akan terus berkembang memberi keuntungan kepadanya asalkan diasaskan kepada niat yang ikhlas.

    Pendakwah agama, para ulama mufti,ustaz2 ,guru2 dan orang2 yang membawa ilmu kebaikan.. mereka inilah merupakan pembuka kebaikan insyAllah. Begitu juga kita dengan sekadar upaya kita boleh juga menjadi pembuka kebaikan atau sebaliknya. Semua individu muslim sebenarnya bertanggungjawab menjadi pembuka kebaikan dan menghindari daripada bersifat dengan penutup kebaikan dan pembukan kepada kejahatan pula.

    Individu muslim yang menulis tentang kebaikan di mana2 ruangan untuk menyampaikan mesej yang baik maka beruntunglah baginya. Ini kita dapat lihat di akhbar2 ataupun artikel yng mempunyai isi membina. Begitu juga kita dapat lihat perkara sebaliknya berlaku, kita melihatkan artikel2 atau coretan2 di blog sebahagian kita yang lebih suka membicarakan mengenai kejahatan dan merangsang manusia lain mengikutinya. Mereka seolah2 menaja satu gaya hidup yang bercanggah dengan islam... Menjaja budaya2 hidup barat/none moslem.. segala penulisan mereka sedikit sebanyak akan menyelitkan nilai2 hidup yang tidak sejajar dengan Islam. Itulah reality sebahagiah ummat islam sekarang, leka dan terpana dengan nilai2 barat yang merosakkan!!

    Sedih dan hiba sebenarnya melihatkan kepunahan gaya hidup sebahagian remaja malaysia. Terpampang di akhbar2 pelbagai berita yang menyayat hati setiap hari tentang pemuda pemudi malaysia. Seolah2 Allah telah menarik keislaman dari jiwa mereka,,, waliayazubillaah,... muhasabahlah diri kita, koreksi diri apakah kita juga memberi saham dalam menyebarkan nilai2 yang merosakkan tersebut? lihat di mana jari kita yang menulis dan menaip tersebut, apa yang kita tulis dan taip juga setiap apa yang kita tuturkan atau lakukan...

    Semoga Allah memberikan keinsafan kepada kita untuk saling menasihati sebelum sampai keyakinan tersebut.. (mati)

    Mudah-mudahan Allah menjadikan kita sebahagian daripada kunci pembuka kebaikan tersebut dan menjauhi kita daripada menjadi pembuka atau pendakwah kepada kerosakan...

    wa ma taufiqy illa billaah..


    Mufti pun kena tegas...

    Friday, April 15, 2005

    Hari ni aku takleh lena lagi sejak semalam.. teringat apa ntah heran betoi.. alahai..
    Jadi pepagi lagi aku beronline.Yang paling menarik sekali aku rasakan dan sangat menggembirakan aku adalah berkaitan dengan berita yang aku pastekan dibawah ni. Ye memang menggembirakan dan aku pun tak sangka kenyataan tu dikeluarkan oleh Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Dr. Ismail Ibrahim mewakili sekelian mufti lain.
    Moga ketegasan mereka ini akan membuatkan kerajaan lebih bersungguh2 dalam merealisasikan `ISLAM HADHARI` mereka dengan cara yang lebih selaras dengan kehendak ISLAM. Kita tunggu lihat berusaha dan berdoa. Moga Allah memberikan hidayat dan petunjuknya kepada pemimpin2 kita untuk menginsafi nasib islam dan ummatnya. Tak sanggup lagi kita melihat pelbagai kemungkaran menyaluti masyarakat dan berbagai kerosakan menodai ummat.
    Mafhum Firman Allah:
    "Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu bahawa ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi; sebagaimana ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka sebagai khalifah yang berkuasa; dan ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka(islam) yang telah di redaiNya untuk mereka."
    An Nur 55

    Suatu hari Nabi SAW berkata kepada para sahabatnya "agama itu adalah nashihat", seseorang diantara mereka bertanya "bagi siapa ya Rasulullah?" Nabi menjawab "Bagi Allah bagi kitab-Nya, bagi Rasul-Nya, bagi pemimpin-pemimpin masyarakat, dan bagi umat pada umumnya".

    Nasihat untuk diriku dan kita semua....

    Wa ma taufiqy illa billaah..

    Kerajaan kena tegas - Mufti -- Pertahan penguatkuasaan undang-undang moral rakyat
    Oleh: MARHAINI KAMARUDDIN

    PUTRAJAYA 14 April - Satu muzakarah mufti-mufti hari ini mahu kerajaan bertegas dalam soal membanteras kemungkaran dan tidak menjadikan `kesalahan teknik' dalam satu dua insiden pihak berkuasa agama sebagai asas menolak undang-undang bagi menjaga moral rakyat.

    Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Dr. Ismail Ibrahim berkata, mufti-mufti berharap kerajaan akan mempertahankan konsep membuat kebaikan dan mencegah kemungkaran seiring dengan usaha membanteras rasuah, penyelewengan kuasa, penyalahgunaan dadah dan sebagainya.

    Menurutnya, tindakan penguatkuasaan berteraskan amal makruf nahi mungkar perlu diteruskan kerana ia dituntut oleh Islam bagi mempertahankan kewibawaan rakyat dan imej sesebuah negara.

    ``Apabila kita memilih sesebuah kerajaan, kita memberi kuasa kepadanya untuk mempertahankan nilai moral rakyatnya kerana kerosakan moral itu akan membawa banyak bencana kepada negara,'' katanya kepada pemberita selepas majlis muzakarah tersebut di sini.

    Baru-baru ini, Jawatankuasa Kaukus Parlimen Berkenaan Hak Asasi Manusia dilaporkan sepakat untuk bersama-sama 50 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menolak penggunaan undang-undang dalam menjaga moral individu.

    Pengerusi jawatankuasa itu yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dilaporkan berkata, ini kerana soal berkaitan moral adalah hak peribadi.

    Bagaimanapun, desakan NGO untuk mengetepikan pendekatan undang-undang bagi mengawasi akhlak rakyat di negara ini dipertikaikan pelbagai pihak, termasuk menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal undang-undang, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad.

    Persatuan Peguam Syarie Malaysia dilaporkan turut kesal dengan pendirian kumpulan berkenaan.

    Ismail berkata, adalah menjadi tugas kerajaan mempertahan dan menjaga kesejahteraan dan kewibawaan rakyat Malaysia termasuk dari sudut moral dan akhlaknya.

    ``Soal menjaga moral dalam pengertian Islam bukan setakat menangkap orang berkhalwat atau bercumbu di padang, tetapi merangkumi amalan seperti rasuah, penyelewengan kuasa dan sebagainya.

    ``Dalam hal ini, undang-undang yang memberi kuasa kepada jabatan atau majlis agama Islam supaya menjalankan penguatkuasaan mencegah perbuatan orang Islam minum arak, berkhalwat dan sebagainya, harus dipertahankan,'' katanya.

    Ditanya mengenai adanya NGO yang menggunakan alasan penjagaan hak asasi dan kebebasan individu dalam memperjuangkan agenda masing-masing, Ismail mengingatkan kumpulan itu agar tidak mencari alasan mengetepikan kewajipan kepada agama demi kepentingan diri.

    ``Saya rasa janganlah mencari satu alasan yang sesuai dengan kehendak kita, sedangkan kita tahu dalam dunia ini tak ada kebebasan mutlak sama sekali kerana kebebasan yang diberi mengikut had atau sempadan tertentu,'' katanya.

    Beliau menarik perhatian, tidak ada sesiapa pun yang tidak tertakluk langsung kepada undang-undang walaupun dalam merealisasikan hak asasinya.

    Dalam pada itu, menurutnya, muzakarah hari ini turut menyokong pendirian kerajaan supaya cadangan menubuhkan Suruhanjaya Antara Agama tidak diteruskan.

    ``Kita amat berharap supaya kerajaan bertegas dalam perkara ini kerana penubuhannya, kita rasa, ada menyentuh sensitiviti orang Islam dan kedudukan agama (Islam) dalam Perlembagaan di samping kuasa raja-raja Melayu,'' katanya.

    Muzakarah hari ini juga meluluskan garis panduan umat Islam mengenai amalan berkongsi perayaan seperti yang diperkenalkan kerajaan sejak beberapa tahun lalu.

    ``Kita sediakan garis panduan mengenai adab dan perlakuan yang boleh diikuti umat Islam di negara ini ketika meraikan sambutan hari kebesaran agama lain.


    macam-macam fitnah akhir zaman

    Thursday, April 14, 2005

    Lebih kurang seminggu aku tak boleh tidur malam. Ntah kenapa. Barangkali disebabkan perubahan cuaca. Lebih kurang pukul 4 pagi dah masuk waktu subuh, 6 setengah pula waktu maghrib. Pertukaran musim ni orang kata waktu penyakit, ramailah yang kena demam selsema dan sebagainya,aku adalah di antara mereka itu.
    Taktau nak cerita apa buat masa ini, kebelakangan ini aku mula aktif di forum astorajabat pendusta agama tersebut. Mulanya saja nak tengok apa yang ahlinya bincangkan di situ akhir sekali turut serta setelah tak tertahan melihatkannya sering mengeksploitasi/menyeleweng komentar2 dan perselisihan yang berlaku di antara ulama. Dia sengaja menimbulkan isu2 sensitif dan berlagak sebagai mujtahid yang berauthority bercakap pasal hal agama sehingga memperlekehkan ulama lain yang disifatkannya sebagai jumud dan konservatif.
    Sering memutarbelitkan fakta dan menafsir nas agama mengikut fahaman orientalis, menyeleweng dan menyesatkan manusia lain. Yang pastinya dia tetap mempunyai pengikut dan pendokong idea2 korupnya itu sehinggalah dia diberi peluang melebarkan lagi idea fitnah penyesatnya itu di dalam majalah al-islam. Alangkah kasihannya bagi mereka yang tiada asas lalu mudah termakan segala kata2nya yang penuh racun tersebut !! Segala kritikan jahatnya dihalakan kepada ulama lebih2 lagi parti pembangkang, tiada sedikitpun yang dihalakan kepada pemerintah seolah wujud agenda yang semua orang faham sangat.
    Tapi alhamdulillah Allah telah menyelitkan beberapa pejuang agamaNya di situ untuk menepis hujjah2 dan karutan si astora dan pengikutnya biar dia enggan.
    Terkadang sempat juga aku sebutkan pasal Astora ni dalam majlis taklim apabila ada perkaitan tertentu. Sebenarnya saja nak tengok respon bebudak2 merangkap ustaz tu.. tapi tak memberangsangkan pula... Kelakar juga apabila sorang pimpinan nak cadangkan aku bentangkan kertas kerja mengenai itu, aku belum berkebolehan untuk menyampaikan sebenarnya.
    Banyak isu yang menyentuh ummat islam sebenarnya kebelakangan ini, tapi agak menyedihkan kebanyakan ummat islam tidak punyai sensitiviti sebagai ummat islam sebenar. Agaknya sebab sering diuliti dengan hiburan2 candu masyarakat tersebut. Zalimnya mereka yang bertitlekan ISLAM ini menaja program2 seperti itu. Membaca berita di internet membayangkan keruntuhan akhlak masyarakat, jenayah sosial dan sebagainya di tahap meruncing. Sedih sesedihnya dan kesal sekesalnya... asyku batthi wa huzni ilaAllahh..

    ((Hai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu dan takutilah suatu hari yang pada hari itu seorang bapak tidak dapat menolong anaknya dan seorang anak tidak dapat pula menolong bapaknya sedikitpun. Sesungguhnya janji Allah adalah benar, maka janganlah sekali-kali kehidupan dunia memperdayakan kamu, dan jangan pula penipu (syaitan) memperdayakan kamu dalam mentaati Allah))-Luqman 33-

    Lihat dalam surah an-naas bagaimana Allah menyuruh kita agar berhati2 terhadap syaitan jin dan syaitan manusia. Barangkali inilah yang dikatakan syaitan manusia? Manusia yang melakukan kerosakan atas nama agama? Katakanlah, aku berlindung dengan tuhan manusia,dari segala kejahatan yang dibisikkan oleh jin dan manusia....