Menu Utama

   WebLog PakLang Al-Azhary
 & Kroni

Paklang's profile




Tanda Buku Lawatan

Bunyi latar & Tag Mesej

Midi , Lagu & Radio

<bgsound src="http://geocities.com/mustanni/kennyg2.mid" loop="true">


<a href='http://cybermedia.mmu.edu.my/ext/ikimfm.asx'>Play Radio IKIM.fm</a>
(klik play)

                      TagBoard

Nama Anda

Web atau Mail-E Anda

Messages(emoticon)

Antara Coretan² Lalu

  • Gejala Sosial- Realiti Malaysia
  • Rahmat Ramadhan
  • Untuk Apa Wakil Amerika Hadiri Perbicaraan Lina Jo...
  • kekejaman israel zionis laknatullah
  • Terhina akibat perbuatan sendiri !
  • Cerita lengkap seorang pengunjung hadir di Hotel C...
  • Apakah Kita Perihatin Sebagai Ummat Islam ?
  • Takziah Untuk Keluarga Allahyarham Emy @ Sri Syarm...
  • FINAS jangan gadaikan maruah masyarakat Malaysia
  • Jangan peluk cium, jadi pelacur ok
  • Arkib Coretan Kami

  • 06/2003 - 07/2003
  • 07/2003 - 08/2003
  • 08/2003 - 09/2003
  • 09/2003 - 10/2003
  • 10/2003 - 11/2003
  • 11/2003 - 12/2003
  • 01/2004 - 02/2004
  • 04/2004 - 05/2004
  • 05/2004 - 06/2004
  • 06/2004 - 07/2004
  • 08/2004 - 09/2004
  • 09/2004 - 10/2004
  • 10/2004 - 11/2004
  • 11/2004 - 12/2004
  • 12/2004 - 01/2005
  • 01/2005 - 02/2005
  • 02/2005 - 03/2005
  • 03/2005 - 04/2005
  • 04/2005 - 05/2005
  • 05/2005 - 06/2005
  • 07/2005 - 08/2005
  • 08/2005 - 09/2005
  • 09/2005 - 10/2005
  • 10/2005 - 11/2005
  • 01/2006 - 02/2006
  • 04/2006 - 05/2006
  • 05/2006 - 06/2006
  • 07/2006 - 08/2006
  • 08/2006 - 09/2006
  • 10/2006 - 11/2006
  • 03/2007 - 04/2007
  • Current Posts

  • Permata Mukmin

    Tidak Aku jadikan jin dan manusia malainkanuntuk pengabdian kepada-Ku. Aku tidak mengkehendaki rezki sedikitpun daripadamereka dan Aku tidak mengkehendaki supaya mereka memberi Aku makan.”
    - Surah az-Zariyat: ayat 56-57.

    Laman Cetusan Ilham PakLang Hak Cipta Terpelihara 2003-2004-Weblog-

    This page is powered by Blogger. Isn't yours?

    Current Idol


    Anda Bebas Menerima Atau Menolak,Seperti di dia jua :)

    Sunday, August 28, 2005

    Isu Mawi ke Kelantan: Tok Guru MB Kelantan beri penjelasan
    Dilulus terbit pada Sunday, August 28 @ 07:40:12 MYT oleh LinuxPro

    Oleh : ROSLAN SMS
    Walaupun telah banyak penjelasan diberikan namun ramai yang masih tidak berpuas hati. Ada yang pertikaikan, ada yang berhujah tidak syarie, ada yang kata jahiliyah dan berbagai lagi reaksi yang negatif dan tidak membina sama-sekali. Walaupun Harakah keluaran terbaru telah memuatkan penjelasan ahli EXCO PAS yang juga Naib Presiden parti Hj Husam Musa, kalau yang tak puas hati masih akan tetap tidak berpuas hati juga.

    Sebentar tadi Tok Guru Mursyidul Am yang juga MB Kelantan yang bertanggungjawab memberikan lampu hijau kepada konsert yang dimaksdukan telah menyentuh isu ini dalam ceramah beliau.

    PAS Kawasan Hulu Langat telah mengundang beliau ke Taman Melewar sebentar tadi dan dalam majlis tersebut Tok Guru telah mengambil peluang untuk melurutkan kekusutan didada mereka yang masih kusut dan berserabut, mudah-mudahan berpuas hatilah hendaknya.

    Kata Tok Guru sebagaimana yang pernah saya coretkan dalam BLOG ini sepatutnya tidak timbul sebarang masalah (dalam mengundang Mawi) kerana ini bukanlah kali pertama kerajaan negeri mengundang seorang penyanyi. Akil Hayy seorang bekas penyanyi rock pernah diundang, Ito seorang rocker pernah diundang, oleh itu apa bezanya apabila kerajaan negeri mengundang seorang lagi penyanyi iaitu Mawi.

    Beliau menambah yang kerajaan negeri undang adalah Mawi bukan Akademi Fantasianya. Kesalahan Mawi hanyalah kerana beliau menyertai AF, dan kerajaan negeri pun tidaklah berminat pada AF, hanya Mawi sahaja.

    Tambah beliau lagi sebagai sebuah kerajaan negeri yang berlandaskan Islam, tugas beliau dan pimpinan negeri adalah untuk menapis dan meneliti apa sahaja yang penting untuk Islam.

    Malah kata Tok Guru istilah menyanyi itu sendiri sepatutnya tidak dihadkan dengan menyanyi yang kita dengar dan ikuti hari ini. Sesungguhnya nasyid dan marhaban itu juga menyanyilah asalnya. Di zaman Rasulullah saw dahulu, terlalu ramai mereka dizaman itu yang telah mempersembahkan syair di hadapan baginda, antara yang terkenal adalah Hassan bin Tsabit. Bersyair itu kata Tok Guru menyanyilah juga hakikatnya.

    Tok Guru menjelaskan lagi bahawa dipasaran hari ini terdapat terlalu ramai penyanyi yang boleh dipilih, namun tidak diundang ke Kelantan kerana perangai dan gaya serta persembahan mereka tidak menonjolkan imej Islam.

    Beliau turut menyentuh persembahan dikir barat dan wayang kulit yang asalnya telah diharamkan oleh kelrajaan PAS. Walaubagaimanapun setelah terdapat versi yang baru yang mengandungi mesej dan unsur Islam, maka larangan terhadapnya telah ditarik balik.

    dalam ucapannya Tok Guru turut menasihatkan orang-ramai khususnya mereka yang mencintai Islam agar jangan cepat melenting dan bersikap negatif dalam hal ini.

    Tok Guru tidak ketinggalan mengulas kenyataan Ketua Pemuda Umno yang mengatakan kerajaan PAS Kelantan berada dalam siatuasi tertekan, kata Tok Guru PAS tidak pernah merasa dirinya tertekan di Kelantan. Insyallah katanya Islam bila dipantau oleh alim-ulamak dengan sendirinya ia akan menjadi selamat.

    Tok Guru turut menafikan kononnya kerajaan negeri turut berhasrat mengundang Siti Nurhaliza ke Kelantan sebagaimana yang didakwa Hishamuddin. Jangankan penyanyi perempuan, qariah di Kelantan pun sekadar dibenarkan membaca al quran secara tartil sahaja dan tidak secara taranum (berlagu).

    Mudah-mudahan penjelasan Tok Guru ini akan segera menamatkan polemik Mawi ke Kelantan ini. Kita doakan sahajalah ianya berjaya dan kelak akan dapat menambat hati anak-anak muda untuk dekat dan akhirnya bersama-sama mendokong dan menyokong perjuangan Islam insyallah. roslan_s@yahoo.com

    SILA LAWATI BLOG ROSLAN SMS
    http://n32.blogspot.com/


    No hugging please we are Muslims

    Sunday, August 14, 2005

    Jangan amalkan larangan agama: Najib

    Oleh : Roslan SMS
    No hugging please we are Muslims:
    Harap jangan berpeluk-pelukan, kita umat Islam.

    Demikianlah komen TPM Najib Tun Razak apabila mengkritik aksi di dalam beberapa rancangan realiti TV yang popular dewasa ini.

    Kata Najib lagi sebagaimana yang dipetik oleh THE STAR ketika berada di Langkawi:

    This is not a question of young or old people hugging. This is about religion. It is forbidden in the religion

    Ianya bukan soal yang muda memeluk yang tua. Ini soal agama. Ianya dilarang oleh agama.

    Barangkali Najib merujuk kepada batas hubungan antara lelaki dan wanita dalam Islam sebagaimana yang terkandung dalam Surah an Nisa ayat 30 dan 31 yang antara lain berbunyi:

    Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.

    Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki (sehingga penghujung ayat).

    Sememangnya aksi para remaja yang digalakkan berpeluk-pelukan dalam rancangan-rancangan seumpama ini sungguh memberikan gambaran yang buruk dan hodoh terhadap Islam dan budaya Melayu. Lalu layaklah sangat TPM mengeluarkan teguran sedemikian.


    Tapi jangan berhenti setakat itu. Najib pasti tahu bahawa bukan berpelukan-pelukan sahaja yang merupakan larangan agama. Najib perlu membuka matanya serta toleh disekelilingnya. Mudah-mudahan teguran itu dibuatnya dengan niat yang ikhlas. Mudah-mudahan ianya akan turut disusuli dengan teguran-teguran lain termasuklah berjabat tangan antara bukan mahram, memelihara aurat dan lain-lain.

    Kuasa dan pemerintahan terletak ditangannya. Dengan yang demikianlah sepatutnya dipimpin rakyat kearah mencinta dan mentaati peraturan Allah. Kuncinya, mahu ataupun tidak.

    Yang anehnya, mereka yang berilmu agama dalam kerajaan tidak pula kedengaran mengeluarkan teguran-teguran seumpama ini. Seorang pemimpin wanita yang memiliki Phd berlatarbelakangkan agama, biasa dilihat di kaca TV berjabat tangan dan bersalaman dengan bersahaja sesama bukan mahramnya, sedangkan sebelum bercakap berdegar-degar berkenaan syariat dan hukum.

    Benarlah firman Allah yang bermaksud:

    Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut jejak langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu. Al Baqarah: 208. roslan_s@yahoo.com

    SILA KUNJUNGI BLOG ROSLAN SMS
    http://n32.blogspot.com

    Wan PakLang : Ada perubahan `aneh` pada TPM kita kebelakangan ini. Tempoh hari beliau menegur rancangan reality TV seperti malaysia idol dan akademi fantasia, ketika itu aku rasakan bagai bermimpi pula.. walaupun di hari berikutnya dia mengatakan bukanlah nak suruh hentikan.,tapi tak nak cedokla seratus peratus macam barat punya tu. Alangkah kecewanya aku bila membaca ucapan kali keduanya tu.. masih nak bersimpang siur lagi. Tapi apa2 hal pun sekurang2nya dia mention pasal `agama` kali ini. Alhamdulillah.

    No hugging please we are Muslims (no hugging no la AF dan Idol dan seumpamanya ? )


    Hasil Agenda Hadhary ?

    Friday, August 05, 2005

    Fenomena Mawi ..Agenda Astro-Yahudi Memupuk Generasi MTV Malaysia.
    Dilulus terbit pada Friday, August 05 @ 20:39:26 MYT oleh LinuxPro

    http://tranungkite.net

    ahmadhadeed menulis - "Ibu Mawi mahu anak lelaki yang disayangi nya itu mengikuti kursus Bilal di Johor. Ibu Mawi mahu Mawi menjaga Rumah Allah serta melaungkan azan disubuh hari , memangil ummat Islam bangkit dari tidur lena untuk solat dan jangan mensyirikan Allah. Namun ayah Mawi mahu Mawi menjadi penyanyi Nasheed termashur saperti Raihan dan Rabbani , supaya Mawi dapat menyampaikan daawah , memanggil Ummat Islam kasih kepada Allah dan Rasul melalui lagu dan irama . Semua nya mempunyai niat baik termasuk Mawi. Mawi memang dianugerah Allah mempunyai suara yang baik untuk membaca ayat Allah dan berzanji meriwayat seerah rasulullah.

    Ayah Mawi tidak tahu apakah Akademi Fantasia sebenarnya. Mungkin bapa Mawi ingat , Akademi Fantasia itu adalah sekolah swasta yang mengajar budak budak muda berbakat perbetul suara, supaya jangan pecah semasa bernasheed. Apa salah nya. Bapa Mawi tidak tahu Akademi Fantasia adalah satu intitusi ala yahudi , merekrut anak muda berbakat suara , membuang sifat malu dan halal haram untuk menjadi penghibur yang berani menentang budaya islam , yang boleh menyebut perkataan Allah diatas pentas dalam keadaan dipenuhi penyanyi gelek ala padang pasir

    .. Bapa Mawi mungkin tidak tahu bahawa anaknya akan menjadi mangsa kepada ASTRO yang bukan setakat mengaut untung dari langganan tetapi mempunyai niat jahat menjadikan masyarakat islam nusantara sebagai masyarakat MTV.Kalau Setan Pin di puja oleh sami hindu sebagai tuhan , kini Astro juga cuba mendewakan Mawi sebagai Dewa Penghibur supaya pemuda pemudi Islam melaung , melolong mendewa Mawi dalam roadshow Concert Mawi seluruh negara. Mungkin ini akan memenangkan pilihanraya UMNO akan datang.

    Mawi mara kehadapan dengan lagu bertenaga dan islamik bertajuk Intifadah . Semua terpegun mendengar suara Mawi. Apabila mereka tahu Mawi pandai bersilat dan pandai membaca quran , penonton lagi bertambah kagum.Namun Guru Besar Akademi Fantasia dan ASTRO tidak mahu Mawi menggunakan platform ASTRO untuk memuji Allah dan Rasul. Maka Mawi dipaksi beraksi dalam keadaan haram , bercampur perempuan lelaki dalam lagu O fatimah , menyebut nama Allah sambil dikelilingi oleh wanita separuh telanjang yang bergelek ala arab jahiliyyah dalam lagu nuru Ain dan menyanyi lagu hindustan dengan tangan didada saperti menyembah berhala.Kesian Mawi, budak muda Islam yang menjadi mangsa ASTRO yang memang menjadi penyebar fasad paling besar melalui rancangannya di Malaysia.

    Bagaimana Mawi dirosakkan?Ia melalui satu process saperti juga BTN mengdoktrin anak orang Islam jadi sekular malay. Photo menunjukkan bagaimana process mawi di indokrinasi supaya hancur akhlak nya.
    sila ke laman web kebenaran http://ahmadhadeed.tripod.com
    "