Menu Utama

   WebLog PakLang Al-Azhary
 & Kroni

Paklang's profile




Tanda Buku Lawatan

Bunyi latar & Tag Mesej

Midi , Lagu & Radio

<bgsound src="http://geocities.com/mustanni/kennyg2.mid" loop="true">


<a href='http://cybermedia.mmu.edu.my/ext/ikimfm.asx'>Play Radio IKIM.fm</a>
(klik play)

                      TagBoard

Nama Anda

Web atau Mail-E Anda

Messages(emoticon)

Antara Coretan² Lalu

  • Gejala Sosial- Realiti Malaysia
  • Rahmat Ramadhan
  • Untuk Apa Wakil Amerika Hadiri Perbicaraan Lina Jo...
  • kekejaman israel zionis laknatullah
  • Terhina akibat perbuatan sendiri !
  • Cerita lengkap seorang pengunjung hadir di Hotel C...
  • Apakah Kita Perihatin Sebagai Ummat Islam ?
  • Takziah Untuk Keluarga Allahyarham Emy @ Sri Syarm...
  • FINAS jangan gadaikan maruah masyarakat Malaysia
  • Jangan peluk cium, jadi pelacur ok
  • Arkib Coretan Kami

  • 06/2003 - 07/2003
  • 07/2003 - 08/2003
  • 08/2003 - 09/2003
  • 09/2003 - 10/2003
  • 10/2003 - 11/2003
  • 11/2003 - 12/2003
  • 01/2004 - 02/2004
  • 04/2004 - 05/2004
  • 05/2004 - 06/2004
  • 06/2004 - 07/2004
  • 08/2004 - 09/2004
  • 09/2004 - 10/2004
  • 10/2004 - 11/2004
  • 11/2004 - 12/2004
  • 12/2004 - 01/2005
  • 01/2005 - 02/2005
  • 02/2005 - 03/2005
  • 03/2005 - 04/2005
  • 04/2005 - 05/2005
  • 05/2005 - 06/2005
  • 07/2005 - 08/2005
  • 08/2005 - 09/2005
  • 09/2005 - 10/2005
  • 10/2005 - 11/2005
  • 01/2006 - 02/2006
  • 04/2006 - 05/2006
  • 05/2006 - 06/2006
  • 07/2006 - 08/2006
  • 08/2006 - 09/2006
  • 10/2006 - 11/2006
  • 03/2007 - 04/2007
  • Current Posts

  • Permata Mukmin

    Tidak Aku jadikan jin dan manusia malainkanuntuk pengabdian kepada-Ku. Aku tidak mengkehendaki rezki sedikitpun daripadamereka dan Aku tidak mengkehendaki supaya mereka memberi Aku makan.”
    - Surah az-Zariyat: ayat 56-57.

    Laman Cetusan Ilham PakLang Hak Cipta Terpelihara 2003-2004-Weblog-

    This page is powered by Blogger. Isn't yours?

    Current Idol


    Jangan peluk cium, jadi pelacur ok

    Sunday, April 30, 2006

    http://ladang.net.my

    Jangan peluk cium, jadi pelacur ok
    Posted on Saturday, April 15 @ 04:29:12 MYT by admin


    Oleh Haniza Talha

    Keputusan Mahkamah Persekutuan memberi kuasa kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan terhadap pasangan yang berkelakuan tidak senonoh dan tidak sopan di taman awam mendapat reaksi berbagai. Dalam perkara berkaitan, Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim telah mempersoalkan adakah perbuatan berpeluk, bercium di tepi jalan atau di taman awam boleh diterima penduduk Malaysia? Beliau menyokong keputusan mahkamah terhadap perilaku pasangan tersebut di taman awam.


    Tetapi lain pula pandangan Majlis Peguam. Badan tersebut mempersoalkan bagaimana soal moral dan kesopanan, suatu hal yang subjektif boleh diperundangkan. Apabila ditinjau akhbar-akhbar harian yang ada, akhbar Melayu dan Inggeris menunjukkan kecenderungan pembaca, yang jelas berbeza.

    Akhbar Melayu bersetuju dengan keputusan mahkamah bahawa perlakuan ‘tidak sopan’ di tempat awam mungkin boleh diterima di negara Barat seperti Amerika Syarikat atau Britain, tetapi tidak dapat diterima rakyat negara ini.Akhbar berbahasa Inggeris rata-rata mempersoalkan adakah PBT boleh dipercayai untuk diberi hak membuat peraturan menjaga akhlak dan moral orang ramai. Ada yang khuatir anggota penguat kuasa bertindak keterlaluan mengheret pasangan ke pengadilan, termasuk suami isteri yang berpegangan tangan atau berkucup untuk mengucap selamat tinggal di lapangan terbang. Mereka juga mempersoalkan peraturan berbeza PBT mengenai apa yang dianggap tidak senonoh dan tidak sopan.

    Apa yang perlu di sini ialah orang ramai perlu melihatnya dari segi kebaikan untuk manusia keseluruhannya. Pandangan dan pendirian jangan dipengaruhi oleh fahaman mana-mana kaum.

    Saya tidak setuju dengan sikap pembaca bukan Melayu yang sering melihat isu membanteras perlakuan tidak sopan ini sebagai tuntutan Islam. Mengapa saya berkata demikian ialah, tugas menjaga kesopanan dan kesantunan adalah tanggungjawab semua tanpa mengira kaum atau agama. Mengapa perlu bangkitkan isu tidak boleh bercumbuan kerana Islam mengatakan demikian? Sedangkan perilaku bercumbuan tidak ada dalam amalan adab ketimuran kita. Begitu juga dengan perbuatan minum arak dan judi, kedua-duanya tidak baik untuk semua kaum dan ia bukan isu hak kaum bukan Melayu dsb. Cuba lihat sesuatu perkara dari perspektif kebaikan sejagat bukan yang doipengaruhi perasaan Islamafobia. Atau mungkinkah indoktrinasi Barisan Nasional menggunakan isu kaum dan agama sudah berjaya diterapkan dalam pemikiran rakyat?

    Akta kelakuan tidak sopan ini bukan perkara baru, malah ia merupakan salah satu undang-undang kecil dalam akta-akta di negara-negara lain juga. Pada Januari 2005, Singapura telah mengenekan denda ke atas pasangan yang melakukan perbuatan tidak sopan di kawasan awam di bawah Miscellaneous Offences, Public Order and Nuisance Act. Oleh itu, bukan isu nilai murni Islam mahu dipaksakan ke atas mereka yang tidak menganut Islam, ia adalah isu menjaga keharmonian seluruh umat manusia.

    Saya juga tidak bersetuju dengan sikap pembaca akhbar Melayu yang hanya bising dan menyatakan sokongan apabila pasangan bercium dan berpelukan itu dikenakan hukuman sedangkan, ramai gadis-gadis yang dipaksakan melacur diri tidak dihiraukan serta tiada orang yang membela mereka.

    Mengapa orang ramai hanya bising dan berhujah bermati-matian dalam isu yang ’kecil’ jika dibandingkan dengan isu perdagangan manusia (trafficking) khususnya wanita dan gadis?

    Isu gadis-gadis yang dipaksakan melacurkan diri sudah beterusan bertahun-tahun lamanya, dan ia kian menjadi perdagangan yang menguntungkan. Kita sering melihat dan dengar, pihak berkuasa membuat serbuan di pusat-pusat hiburan dan rumah-rumah tumpangan, tetapi yang selalu ditahan, adalah gadis-gadis yang memberi khidmat, dan jarang sekali ketua-ketua sindiket yang bertanggungjawab.

    Media juga tidak memaparkan isu perdagangan wanita dan gadis ini dengan lebih serius bagi mendidik masyarakat dan mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan yang tegas terhadap pesalah-pesalah yang terlibat. Oleh kerana tiada keazaman politik (political will) di pihak pemerintah, perkara ini tidak dapat dibanteras atau setidak-tidaknya berkurangan.

    Perniagaan ”human flesh” ini begitu laris kerana ada pelindung dan penaungnya. Ada kalangan pegawai-pegawai penguatkuasa sama ada pihak berkuasa tempatan atau polis, yang mendapat habuan masing-masing dengan memberi kerjasama kepada sindiket-sindiket haram tersebut.

    Baru-baru ini, saya telah berjumpa dengan Irene Fernandez, Pengarah Tenaganita, yang menceritakan bagaimana seorang gadis Indonesia yang ditipu akan diberi perkerjaan telah dipaksa menjadi pelacur. Apabila gadis tersebut enggan tunduk kepada arahan majikannya, dia telah dibogelkan dan diancam akan dirogol. Dalam cubaan majikannya merogol gadis tersebut, mereka telah bergelut dan lelaki tersebut telah ditikam beberapa kali oleh gadis tadi. Gadis tersebut melarikan diri meminta tolong dan bagi memendekkan cerita, akhirnya, gadis tersebut telah dijatuhkan hukuman dua tahun penjara kerana membunuh majikannya. Gadis tersebut telah merengkuk di dalam penjara dan telah menjalani hukuman penjara dua tahun tetapi kesnya belum selesai sehingga ke hari ini.

    Dalam kes ini, yang menjadi mangsa telah dihukum sedangkan yang lain yang terlibat dalam jenayah perdagangan gadis ini, tidak diadili. Mengapa pihak berkuasa mensia-siakan hidup gadis malang tersebut. Berapa ramai lagi gadis-gadis yang mengalami nasib sepertinya dan mungkin lebih dahsyat daripada itu. Apakah yang telah kita lakukan sebagai masyarakat yang prihatin?

    Dengan itu, rakyat yang prihatin terhadap keadaan sekarang di mana ramai muda-mudi negara ini dipengaruhi terlalu banyak perlakuan buruk akibat daripada ledakan maklumat sehingga tidak lagi berpegang kepada kesopanan dan tata susila ketimuran, jangan lagi berpolemik mengenai boleh cium atau pegang tangan saja tetapi lihatlah ia dari perspektif yang lebih luas iaitu menjaga kesejahteraan manusia sejagat.